KEBAHAGIAAN IMPIAN
Sy sbnrnya sudah pun ada rumah impian. Malah mengharapkan kehadiran gurauan senda dari kanak-kanak. Namun,dalam angan2 sy itu tiada gambaran seorg teman sehidup semati.
Bukan sy menafikan anjuran sebuah ikatan perkahwinan. Tidak. Sy kes terpencil. Cukuplah yg sbnrnya sy ini terlalu kurang dari pelbagai segi lalu tiada perkataan perkahwinan terlintas dlm planner hidup. Jangan. Hentikan salah anggap juga sinisme. Tidak,sy tidak mahukan kesian. Juga tulisan ini bukan minta simpati.
Maaf,brgkali sy terkesan melihat org sekeliling sy. Mereka yg sudah lama, baru dan bakal berumahtangga. Ada sesuatu di situ yg buat sy merasakan aura kebahagiaan dan risiko. Ini kejujurannya.
Manusia berubah. Hatta cinta juga. Sama ada semakin mendalam atau berubah menjadi mimpi ngeri.Sy mahu melihat cinta ini dari perspektif kedewasaan. Dari perspektif segar. Malah perspektif penuh sedar.
LUMRAH,SUNNATULLAH DAN UJIAN
Bibik baru sy mengomel.
"Kesian mak cik kamu tu. Org nya baik,bnyk harta pula tapi tidak berkahwin.'
Sy senyap. Terus memotong sayur.Ada nada kasihan,juga nada kefahaman.
"Dia tak mahu suaminya macam ayahnya. Dia takut kot kak... Akak pun fahamkan ayahnya bagaimana.." Sy memberi jwpn logik.
Kami sekeluarga tahu bagaimana sikap ayah makcik sy ini. Tidak bertanggungjawab. Kaki judi. Pukul anak. Kaki minum dan segala kaki yg ada. Yg menghairankan ibu kepada makcik sy terus setia di sisinya. Malah selalu mendoakan dan berada di sisi tika sakit.
Kami sekeluarga sudah hilang komen bila sampai hal keluarga makcik sy. Cinta sejati? Taat tak tentu hala? Ujian? Entahlah.... bukan tempat letak sy memberi pendapat. Tetapi begitulah halnya tentang hidup. Ia juga dipenuhi segala perkara luar logik yg sebenarnya sudah ditentukan Tuhan. Kehendak Dia,ketentuan-Nya. Manusia hanya bisa menjalani dan berusaha sehabis daya.
YANG DINAMAKAN CINTA
Luarbiasanya kekuatan cinta itu sy tidak tahu. Sy anggap ia satu perkara yg memerlukan komitmen,kekuatan yg mantap dr segi emosi dan panduan yg betul. Untuk berada dlm satu hubungan kekal dan panjang (perkahwinan) memerlukan kerjasama 2 pihak. Jika 1 pihak saja takkan menjadi.
Dan utk 1 pihak mencari pihak lain yg benar2 mahu memberi komitmen dlm menjayakan hubungan merupakan satu cabaran juga. Hidup ini juga penuh kejutan-kejutan yg menduga. Juga menggembirakan.
Kadang2 dari awal segala macam usaha malah prosedur yg betul telah dilaksanakan. Tetapi hujungnya penuh kesengsaraan. Atau kadang2 sebaliknya berlaku.
Itulah yg sy kagumkan tentang konsep cinta oleh Stephen R Covey dlm bukunya. Ia bukan semata2 perasaan. Ia adalah kata kerja yg memerlukan komitmen,usaha dan kemahuan dari kedua-dua pihak.Ini pendapat peribadi.
Dan yg menariknya ialah pilihan teman itu satu keputusan juga. Keputusan yg dimana mesti dihadapi apa jua yg berlaku kelak. Baik elok atau tidak.
Bukan namanya cinta jika tiada ujian atau sedih.Tidaklah memanjang tersengih dan suka aja.
USAHA KITA,KETENTUAN ALLAH.
Kadang2 dgn org yg paling kita tidak sangka rupanya sedang melafaz akad nikah berwalikan bapa kita. Itulah halnya,kehidupan ini segalanya pun ketentuan Dia.
Kita,usaha dengan cara yg baik,mengikut undang2 agama,berdoa dan tawakal. Semoga segalanya baik-baik belaka. Apa jua ketentuanNya nanti terimalah dgn hati yg redha. Usah terlalu gusar hati. Ada hikmahnya.
Semoga Allah memberi ketentuan yg baik-baik belaka. Amin.
p/s: Khas buat sahabat-sahabat saya,semoga Allah memberi jodoh yg baik,kebahagiaan yg berkekalan, rumahtangga yg utuh penuh mawaddah dan diberkatiNya. Ameen....