Wednesday, September 22, 2010

CINTA-awak sanggup tolak saya?




KERANA MU,AKU BERSABAR

"Biar buat kerja lambat asalkan jgn buat kerja cepat tapi salah."Cepat saja dia melancarkan serangan mulutnya itu.

Aduh... sy benar2 terasa. Sy akui saya cepat dalam menyiapkan kerja. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu kerja melambak kerana saya tahu kesihatan saya ini cepat pasang surutnya. Sejak mula praktikal di hospital saya cuba sedaya upaya memberi komitmen menyiapkan semua tugasan dengan baik.
Walaupun sekembali dari hospital kepala sy diserang migraine. Bukan sekali perkara ini berlaku. Berkali-kali hingga sy sendiri sudah boleh mengesan dengan tepat bila demam dan pening yg bakal menyerang.

Rutin hospital bermula dengan bangun jam 5.30 pagi,bersiap utk ke hospital,naik bas jam 6.30, mula bertugas jam 8 hingga berakhir jam 5 petang sudah cukup menyeksakan fizikal saya. Dan waktu senggang yg ada sy amat perlukan untuk berehat.
Saya ini pesakit SLE. Penat saya bukan penat biasa. Penat saya mampu menyakitkan. Kerana itu sebolehnya sy mahu segera menyiapkan tugasan jika ada masa di hospital. Di rumah sewa,sy mahu mengulangkaji dan berehat secukupnya.

Ini sebahagian dugaan saya. Cuba menjadi team player yg baik walau kdg2 ahli sekerja sy banyak yg tidak faham keadaan sy malah tidak membantu pun. Sy dianggap lembap,bodoh dan menyusahkan.

Tiada bantuan. Cuma kata-kata yg menyakitkan. Namun,demi matlamat utk menghabiskan pengajian sy diamkan saja. Kebiadapan rakan setugas sy balas dengan diam. Cukuplah Allah memahami saya. Saya mengumpul redha dalam keadaan diuji bersangatan.

ADA YANG LEBIH SUSAH

Bermula jam 8,kami sudah memasuki wad untuk menyemak file pesakit. Kes saya kali ini ialah pesakit colorectal cancer. Atau kanser usus besar. Kebanyakan pesakit terdiri daripada lelaki.

Kami memasuki wad pesakit perempuan di tingkat 3 pula. Meneruskan pembacaan file pesakit demi mencari kes utk Cytotoxic Drug Monitoring. Untuk colorectal patients,pesakit perempuan agak sukar ditemui.

Kebanyakan file yang dibaca ialah pesakit kanser payudara. Dan sy terhenti agak lama di salah satu katil pesakit. Saya memandang tepat wajah beliau. Mukanya pucat malah sudah memakai scarf kepala tanda alopecia(rambut gugur).Mengikut filenya, kanser payudara sudah berada di Duke D stage.

Di sebelah beliau terdapat sebuah kerusi malas di mana sy lihat seorang lelaki pertengahan umur sedang berehat. Wajahnya menampakkan tanggungan kesusahan yang tidak mampu dikatakan. Sy dapat agak yg pakcik ini merupakan suami kepada pesakit saya.

SANGGUPKAH KAMU?

Sy terus menyemak file pesakit lagi. Dinyatakan suaminya berhenti kerja demi menjaga beliau. Sy terpempan. Rawatan pesakit kanser bukan murah. Sy perhatikan semula pesakit saya. Beliau kelihatan sangat lemah selepas chemotherapy. Suaminya kadang2 menyuapkan air selain bertanya keperluan beliau di sisi katil.

Sy tahan air mata. Di hospital yang serba sederhana ini sy menemui cinta suami isteri yang tinggi nilainya.

Remaja di luar sana, jika sedang ghairah mencari cinta. Sy ingin berkongsi soalan ini. Andainya semasa sihat dan senang ini sentiasa bersama,sanggupkah pasangan anda dalam susah dan sakit juga masih sentiasa bersama?

Sedalam mana cinta monyet itu? Sanggupkah awak tolak kerusi roda saya?

6 comments:

lupie said...

This is a very touching post.

Take good care of yourself. I know what you mean by putting in extra effort because with SLE, it is full of uncertainties. Macam ala-ala chipsmore ad, now you feel okay, now you don't!

Still, please do not over-work and keep away from stress. We cannot control what others might say about us, so let's just try to ignore those nasty ones!

Ahh ... love, like they say, we only see true love when we are sick. BUT again, it does exist!!

Take care!

Koishie said...

Jagalah kesihatan diri dengan sebaiknya. Usah dipedulikan bingar keliling yang tentunya tidak mahu memahami selagi diri sendiri tidak diuji. Doa kesejahteraan untuk kamu Anumz.

Selamburb said...

Allah sentiasa menolong hambanya yg sabar dengan dugaanya..wat yg terbaek yer anum..cakap org kita x leh tutup, wat x taw jer ;p apa2 pun slmt ari raya maaf zahir batin 0-0 eh..hehe

anumz sarah said...

Salam lupie,

I've been a silent reader of your blog for ages. The truth,happiness,sadness and all the colours of emotions in your writing is so honest,that it could give so many reactions inside. Thank you for sharing,Mrs Lupie.

When it comes to love and reality I choose reality over it. I hope maybe..just maybe I could learn more than just choosing between them both....

Thank you so much for the suppot Mrs Lupie.=) I appreciate it so much.

anumz sarah said...

Salam koishie,

Terima kasih atas sokongan mu teman. Insan yang lemah dan diuji ini selalunya memang berperasaan begini. Aku bersyukur Allah menciptakan manusia-manusia alam maya yang erti makna sebenar empati walau tidak pernah bertentang mata!

Sekali lagi,aku menghargai sokongan mu.=)

anumz sarah said...

Salam selamburb,
wah lama x dengar khabar. Selamat ahri raya dan maaf zahir batin ya...=) Syukran atas nasihat dan sokongan yg selamburb beri speanjang perkenalan. Anum amat menghargainya. Semoga Allah membalas jasa kalian.=)