Friday, May 30, 2008

Bukan perempuan sempurna...

Menulis...dan terus menulis... aku punya kata-kata yang hampir menggengdangkan pendengar jiwa hati. Mengapa menulis?Lalu aku letakkan pen,memandang dan befikir...menulis?Sejujurnya merindui karangan habiburahman el-shirazy,sayang... filemnya tidak mampu mengangkat kehebatan adab-adab Islam. Gagal sama sekali. Siapa aku untuk menilai? Kadg2 aku fikir,kita manusia suka menilai,sedangkan diri? Masih tidak tahu tahap iman dan ketinggian budi.

Memetik kata-kata Hamka,' Kecantikan abadi terletak pada ketinggian ilmu dan keelokan akhlak bukan paras rupa dan pakaiannya'.

Itulah...bukan perempuan sempurna. Tujuan aku menulis,kerana ilmu yang sgt kurang bahkan tak sampai setitis dari lautan ilmu Tuhan amat sayang untuk aku simpan dan tidak diingatkan pada diri. Bukn mengutuk diri tetapi akhirnya mengenali kekuatan dan diri sendiri.Jujurnya itulah manusia,lebih-lebih lagi perempuan.Aku tidak sehebat penulis yang mendapat ilham ketika mentaddabur ayat-ayat suci surah yusuf dan as-zukhruf,aku tidak scantik Aisyah dan Khadijah dari mana-mana segi. Terlalu kurang,terlalu kecil...

Izinkan aku meminta secebis idea dari pelayar alam maya,aku mencari-cari jawapan. Lalu kutemui dalam tulisan-tulisan yang paling dilaungkan umat Muhammad. Teruskan perjuangan penulis-penulis agung berpandukan kitab suci,aku seorang pembaca yang amat dahagakan segala di sebalik tulisan-tulisan...

Thursday, May 29, 2008

June...

sejujurnya,memiliki blog bukanlah satu perkara yang dirancang... Tak punya masa dengan jadual yang padat dan menggila di sekitar bulan June. Bulan Mei penuh (kalau boleh dianggap penuh) dengan aktiviti yang agak inactive. menonton tv.membaca karya-karya penulis kegemaran dan merehatkan tubuh yang sememangnya penat dihambat ujian saat-saat exam menjelma. Ujian kali ini menduga,mencabar emosi dan hampir membuat diri kecundang menghadapinya. Teringat kata-kata pujangga dan nasihat seorang penulis Inggeris, "Don't let your emotion run your life". Tersedar dan bangkit memohon pada Allah agar tidak menjadikan emosi sebagai panduan. Bangun menyemai cinta semula pada ilmu,meng'revise' kenapa dan tujuan sebenar di menara gading. Cinta... Cinta sebenar yang telah merajai ruang hati membuatkan diri kembali ke jalan Ilahi. Baik2,aku perlu belajar lagi,meneguhkan cinta dan bekarya dengan tujuan mencari keredhaanNya. Semoga aku tidak tersesat lagi...amin.