Monday, November 29, 2010

wondering December...

BEFORE COMPLEXITY

I don't know how life can turn very complex. Before all the chaotic SLE life, there this me,a geek at heart who longed for adventures at foreign land. Armed with books,love of people,cultures and deep interest of knowledge.

Now I can't even leave places without the exhaustion. Simple chores and the morning jog that cheers my Sunday morning become a burden. Sometimes I wondered who am I now.

It's like there's pre and post SLE me.

I'm wondering,will every start of new year give me an eventful life or chaos challenges and heartbreaking physical pain on every muscles? Me and pain is like a natural combination of bees and honey.

I'm wondering will the start of December and Awal Muharam(0n 7th December) be a good start or just another typical emotional and physical drain.

I don't know anymore. Before this I am so sure of what I want to be or who I would like to be.

Now, I'm just so unsure. Very unsure.

FRAGILE

If there's a box stamped with fragile,well considered it's mine. Hold with care-if you ever care to hold anyway.

What I miss most in life,is my confident to perform well in everything I choose to do. Choosing activities that I like is easy,but choosing what I could manage is hard.

Choices,limited choices. If all of you bloggers,internet wanderers who read my blog and this particular post-know this: I am in a very disastrous mood for unknown causes and wish badly things just turn around and be okay.

But deep in my heart-I know it's my perspective of seeing things could just switch the situation.After 8 years of doing it so( try every time to see things positively,yada yada yada...huh it will make anyone tired you know), I realized there are things in life that I just can't lie to myself.

Pain is still a pain. It hurts badly. Inside and outside. I wish God just make it go away. I prayed and continue praying. Could He please let the pain go?

Wednesday, November 24, 2010

Jalan mujahadah itu pahit. Kerana syurga itu manis.

KEHILANGAN YG MENGAJAR

Sebuah kehilangan. Mengajar erti kehidupan. Besar maknanya. Nyata ia menyedarkan sebuah kelesuan emosi menghadap dugaan hari2.

Kechik sudah tiada buat selama-lamanya. Aneh kan? Sy juga menangis hampir 2 hari. Sedih. Walhal ia hanyalah seekor kucing. Namun pengajarannya bernilai.

Ia mengajar makna menghargai kasih sayang. Tidak pernah sy sangka,si Kechik yg berbulu hitam kelabu ini,sering menyibuk di meja makan (w/u sbnrnya Mama dh bagi dia 2 ekor ikan), suka 'menegur' kami dgn bunyi mengiau yg unik(dia boleh sebut Mama tau!) malah sangaaaaaaaaat nakal (selalu koyak suratkhabar...adei...) meninggalkan kesan rindu yg bersangatan.
Beliau memang lain dr Oden. Oden seekor kucing yg matang,pandai bermanja dan lemah lembut. A very gentle cat. Sgt berlawanan dgn si Kechik yg mmg suka mengigit ketika bergurau ala2 alleycat. Tetapi bila Kechik tiada, Oden pula yg semakin 'bising'. Brgkali cara Oden menyatakan kesedihan akibat hilang teman bermain....

Nyata...kasih sayang itu anugerah ternilai melepasi batas yg tidak dapat dijangkau manusia dan dikongsi semua makhluk. Amat aneh a/p binatang juga tahu menghargainya berbanding 'ibubapa' pembuang bayi.

Sayang seribu kali sayang....

MENGHARUNGI NOVEMBER
Maafkan sy rakan2 bloggers. Brgkali sy sering lewat membalas sapaan kamu. Juga sering membiar komen tiada berjawab. Maafkan sy sekali lagi.

November memberi beberapa peristiwa yg penuh akviti memakan hampir semua tenaga dan emosi. Dgn berakhirnya peperiksaan semester 7 ,maka bermulalah aktiviti sy mengumpul data research.

Alhamdulillah. Skrg tumpuan sy tidak berbelah bahagi. Seawal semester dulu, sy mengalami beberapa suprises dlm hidup.

1. Sy berpindah duduk di rumah sewa. First experience woo....
2. Semester yg mempunyai banyak paper berat-semuanya 3.0 unit.
3. Privacy study space sy hilang krn sy study di ruang tamu. Meja belajar berada di laluan utk ke dapur. Terbaik lah!
4. SLE sy menyerang dgn teruk sepnajang bulan5-6 dan baru benar2 sihat setelah Hari Raya Aidilfitri. Recuperation period saaaangat lama setelah umur meningkat ni... adoi....
5. Sepanjang bulan Ramadhan setiap Selasa,pack brg utk ke PPUM hari Rabu utk kumpul data. Penatnya jgn cakaplah. Fatigue memanjang.
6. Praktikal hospital selama 4 hari berturut2 selama 3 minggu. Plus presentation, writing research. PUUURRRRRFECT!

Kesimpulan: No pain no gain!

MENGEJAR AKHIRAT

Dalam keadaan sakit fizikal dan emosi yg sangat lelah (I really experience emotional drain...lelahnya tidak terkata....) sy cekalkan hati,kuatkan minda mengharungi dugaan semester 7. Dan Alhamdulillah,Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Takkan Dia biarkan hamba-Nya teraniaya.Sy berjaya melalui semester 7 ini. Hanya Allah sahaja yg benar2 memahami pertarungan hidup dan mati sy. Namun kerana segala dugaan inilah baru sy mengerti betapa pentingnya mencari makna dalam sebuah kehidupan.
Sy sedang mengejar akhirat. Bersungguh-sungguh kalau sy mampu. Sy mahu melepaskan dunia ini. Tidak satu pun dugaan di atas yg tidak sy cintai. Sy sgt cintai apa sj yg berlaku dalam perjuangan sy mengejar keredhaan Ilahi.

Jalan mujahadah itu pahit.Kerana syurga itu manis.

Wednesday, November 3, 2010

ESCAPISME-Exclusively November.

ESCAPISME-1

Escapisme 1-Bahagia dan mencintai pekerjaan.Nota penting:Hidup bukan didefinisi dgn satu perspektif ya!
Sepanjang malam asyik menatap skrin komputer menyiapkan writing thesis tahun akhir. Saya sebenarnya mengambil langkah satu persatu semester ini. Kesan serangan psikologi dan physical SLE bulan 5 lalu mengambil masa 3 bulan untuk betul-betul sembuh. Alhamdulillah, masuk September lepas, usai Hari Raya Aidilfitri 2010,barulah saya benar-benar sihat.

Diasak kesibukan praktikal selama 3 minggu setiap Isnin hingga Khamis di hospital HTAR dan HSB sepanjang akhir September dan awal Oktober memberi satu impak saja. Sy mengalami sedikit flank pain akibat berdiri lama dan stress menyiapkan semua kerja dan laporan. Alhamdulillah,creatinine clerance (ujian utk fungsi buah pinggang) masih berada dalam range selamat.

Kini sudah November. Sy sendiri bagai tak percaya yg saya sudah pun selesai menduduki 3 kertas peperiksaan semester pertama tahun akhir.

Subhanallah..Maha Suci Allah yg tiada lansung sebarang kekurangan. Dia Maha Besar. Serba cukup dan tidak mengharap pada ciptaan. Tiada Tuhan selain Dia yang layak disembah.

SEBUAH KEJUJURAN

Bukanlah tidak ada tekanan. Sangat banyak stress memandangkan semester ini research sy tidak berapa lancar. Namun ia bukan alasan utk tidak buat yg terbaik.

Jujurnya sy banyak menumpukan perhatian pd subjek pengajian. Maklum,jika tidak lulus sebarang kertas,akan menyulitkan saya untuk graduate tepat pada masanya. Sebolehnya sy mahu lulus dan habis prorgam ijzah sarjana farmasi tepat April/May 2011.

Priorities. MENGUTAMAKAN YG UTAMA- ini adalah prinsip sy semester ini. Tidak sedikit dugaan,diskusi,perdebatan dan ujian yg sy lalui. Dalam keadaan separuh nak pengsan akibat keletihan melampau(ini memang gejala SLE,x boleh nak diketepikan dah...) dan kemahuan sy berjuang utk terus hidup.
Sy pilih berjuang utk terus hidup. Alasanya? Kerana sy tiada alasan utk tidak hidup. Makanya walau bagaimana pun ujian yang melanda hatta menyebabkan sy menangis teresak-esak pun, sy serah saja air mata dan segala rasa pada Dia.

Sy percaya sepenuhnya, Allah tidak akan mensia-siakan saya. Sebagai hamba,sy percaya dugaan ini ada hikmahnya dan sudah menjadi satu kemestian untuk saya redha dan sabar menghadapinya. Dan Alhamdulillah,kini sy sudah di tahun akhir.

InsyaAllah,semoga selepas ini segalanya dipermudahkan dan saya dapat bergelar seorang graduan yg berkualiti tepat pada masanya. Ameen.

ESCAPISME-2

Escapisme 2- paras stress bahaya sila keluar daripada rutin.

Kadang-kadang penat juga menatap skrin menyiapkan kerja,menghafal jutaan fakta pada nota-nota yg penuh medical jargon dan terkurung dalam bilik berteman meja dan kerusi study.

Jika Oden tidak kacau sy,sayalah yg akan kacau dia. Itupun Oden pasti boring dan akan menyorok di tempat yg sukar sy jumpa,meneruskan tidurnya tanpa gangguan.

Escapisme amat diperlukan ketika stress level meningkat pada paras bahaya. Makanya saya akan berjoging sekeliling Taman Tasik Shah Alam atau berenang di kolam tertutup UITM Shaha Alam.Terima kasihlah UITM Shah Alam kerana mengadakan kolam tertutup. Senang hati sy nak berenang .

Dan escapisme 1 dan 2 sudah sebati dgn jiwa. Sama ada sy tenggelam, larut dalam kebahagiaan dgn urusan kerja, assignment,mencintai kerja saya atau lari sebentar kepada perkara yg bukan rutin. Mana-mana pun, escapisme 1 atau 2, dekat dengan jiwa.

p/s: Kawan sy pernah bertanya: U want to be define by ur work for ur entire life? Me: No. I know life is much more than that. ---Hmmm....Semoga sy tidak obses dgn kerja. Adoi.....