Saturday, August 7, 2010

Ikhlas,cinta dan bahagia-SELAMAT DATANG RAMADHAN

BUKAN SEKALI

Entah bagaimana harus sy katakan lagi. Lama juga merenung skrin komputer riba yang sudah berusia 5 tahun ini

Penangan tahun akhir yang berat,case presentation ditambah outstation mengumpul data di PPUKM dan PPUM memenatkan. Masa sudah terbahagi dgn aktiviti menjadi pelajar tahun akhir Farmasi,menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan menunaikan hak diri.

Saya bukan menolak soal cinta ataupun jodoh. Saya berserah diri pada Pencipta sepenuhnya dalam soal ini. Usaha saya terletak pada doa,sujud dan tawakal. Usaha saya pada membaca tulisan orang-orang yang berpengalaman,berpegang pd nasihat Mama dan mengambil iktibar peristiwa dari orang sekeliling.
Saya bukan buta cinta. Cuma buat masa ini hati saya belum terbuka pada sesiapa. Maafkanlah hati yang terkunci rapat ini. Ia menurut akal logik,istikharah dan petunjuk Rabb.

Buat kamu yg berusaha membuka hati ini,ketahuilah usaha kamu sia-sia. Sy sudah pertimbangkan pertanyaan kamu dulu.Namun,hati masih tertutup. Sangat rapat,malah terus terkunci tiada pertimbangan lagi.

IKHLAS CINTA SAYA

Doa kebahagiaan dan jodoh yang lebih sesuai buat kamu yang berusaha membuka hati.

Ketahuilah saya juga pernah dipandang sebelah mata. Sedang saya tahu betapa kasih manusia itu mampu membawa kegembiraan atau dukacita teramat sangat. Ikhlas cinta saya biarlah Allah saja yang tahu.

Seperti lirik lagu penyanyi kegemaran saya, Maher Zain.

If you ask me about love,
And what I know about it.

My answer would be
It's everything about Allah

the pure love,to our souls
the creator of you and me

The heavens and whole universe.

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Sempena tibanya bulan Ramadhan yang mulia, saya mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang dikenali dan mengenali. Semoga tahun ini,ibadah kita disertai ikhlas dan rahmat dari Tuhan pencipta sekalian alam.
Sesiapa pun kamu di luar sana,lupakan saja yang lepas. Sy sudah berjanji pada diri,agar setiap pilihan yang saya buat,sy mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Semoga Ramadhan ini ramadhan yang terbaik untuk semua. Amin.

No comments: