SOMETHING ABOUT 23
Sepatutnya sangat sibuk dengan assignment minggu pertama final year. Sangat sibuk sebenarnya. Malah rutin asrama sudah tidak wujud sama sekali. Kali ini menghuni rumah sewa bersama My Girls.
Terima kasih kepada Mar krn berjaya mendapatkan rumah yg sesuai di Puncak Alam dalam masa yg sangat sekejap. Jujur sy katakan agak sukar menyesuaikan diri untuk beberapa hari ini. Masuk hujung minggu baru saja sudah menemui rutin yg sesuai dengan pertukaran tempat penginapan.
Malah semester 7 kali ini pun tidak kalah sibuknya malah lebih daripada semester 6. Menghabiskan research dan subjek baru Pharmacokinetics yg mencabar kekuatan mental dan fizikal. Perjalanan seawal 7.30 pagi dari rumah sewa ke fakulti. Sejujurnya pengalaman baru ini mengujakan dan sesuatu yang baru. Ia mencabar,dan sy menyukainya.
MENGDEFINISI DIRI: SAYA SEORANG HAMBA-NYA.
Sejak membaca Langit Ilahi,konsep menjadi seorang hamba berjaya disampaikan dengan baik dan muda difahami. Konsep hidup itu ibadah juga merupakan satu bahanbacaan yang baik. Cuma sy rasa sedikit sedih kerana masih tidak dapat membeli buku yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Muhd Juoi. Sy sangat menyukai karya beliau...Malah menyedarkan.
Dalam kesibukan yg bakal melampau nanti sy harap sy ketemui masa untuk membaca buku yg baru dibeli. Sognando Palestina karya Randa Ghazy sudah ada dalam simpanan. Cuma masanya saja tiada.Ya InsyaAllah...
Bagi saya,tahun ini sy hadiahkan diri keberanian dan keyakinan untuk mengharungi hidup yang serba mencabar. Segala perkara yg tak dijangkakan boleh berlaku. Ya, ketentuan Ilahi itu qada' dan qadar.Maka sebagai manusia, mesti menerima,menghadapinya dengan sebaik mungkin dan jangan putus asa dengan rahmat Tuhan.
Terima kasih kepada keluarga dan rakan serumah atas sambutan dan kek harijadi 3 Julai lepas. Sy terharu. Saya sgt terharu atas kesudian mereka mengingati sebenarnya. Terima kasih sangat-sangat. Bagi sy cukup ingatan dan ucapan.Namun jika ingin disambut apa salahnya... =). Asalkan sederhana.
Bagi saya,tahun ini sy hadiahkan diri keberanian dan keyakinan untuk mengharungi hidup yang serba mencabar. Segala perkara yg tak dijangkakan boleh berlaku. Ya, ketentuan Ilahi itu qada' dan qadar.Maka sebagai manusia, mesti menerima,menghadapinya dengan sebaik mungkin dan jangan putus asa dengan rahmat Tuhan.
Semoga sy dapat ketemui kejayaan dunia akhirat dan berkah perjuangan seorang hamba. Semoga saya dapat menamatkan pengajian tahun akhir dengan cemerlang dan tepat pada masanya. Ya...InsyaAllah....
Hanya Allah sebaik-baik pemberi pertolongan....amin...
No comments:
Post a Comment