Friday, October 15, 2010

Saya di persimpangan pilihan.

BUKAN MALAIKAT!

Antara banyak perkara dalam hidup saya,perkara yg paling tidak disukai ialah apabila dalam keadaan marah. Malah seboleh-bolehnya sy tidak mahu marah atau bertindak melulu tanpa sebarang periksa. Ini kerana apabila seorang manusia marah dia mudah dipengaruhi emosi dan suka bertindak tidak rasional.
Namun bukan kehidupanlah jika manusia tidak pernah marah. Tipu benarlah namanya. Cuma cara seseorang itu menunjukkan sama ada berhemah atau tidak. Kena pada tempatnya atau marah yg sia-sia. Harapnya saya tidak tergolong dalam yang golongan marah sia-sia itu.

Justeru, sy akui sy ini bukan Malaikat! Habis cerita.

RESEARCH & PEPERIKSAAN SEMESTER 7

27 hb Oktober peperiksaan akan bermula. Dan kebetulan malam semalam setelah sy cek email,pihak Institut Pengurusan Penyelidikan UITM menghantar email. Meminta say membentangkan proposal di bangunan Canseleri,tingkat 6 jam 12 tghari.

Jujurnya,sy berbelah bahagi. Antara mahu melakukan yg terbaik dan bimbang diserang teruk oleh SLE seperti bulan May lepas. Pilihan....

Sekali lagi saya mesti memilih.

Kebimbangan saya,ketakutan dan keraguan semua sy curahkan pada Mama. Mampukah sy menghadap kesakitan fizikal yg melampau itu? Mampukah mental dan perasaan saya melalui keperitan yg bersangatan?

Saya.... sudah terlalu takut sebenarnya. Malah sangat memerlukan bantuan dari segala segi. Namun siapalah manusia untuk menghilangkan sakit,sedangkan yang memberi sakit itu Allah?

Saya tidak tahu lagi apa yg perlu sy lakukan. Segalanya pun sy serahkan pada Allah dan doankanlah semiga sy mampu melaluinya. Kali ini dgn lebih bijak lagi. Ya,moha-moga....

p/s: hidup ini ialah ujian membuat pilihan....

6 comments:

chokeLy said...

bes of luck.. ^_^
doa t'baek k..
moga Allah permudah kan urusan
amenn..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anum...
anum apa khabar?sihat x?lama benar akk x jenguk2 anum kt blog...ni br nk kembali aktif blogging..anum hidup ini bnyak dugaannya..akak sendiri sedang melalui ugaan hebat sgt skrgni...cuma satu pesan akk..jawapan ada pada Yang Maha Kuasa..anum blh buat solat isthikhorah..untk memilih..walaupun bnda kecik tp kt dh x tau untuk wat pilihan...

Koishie said...

mudah-mudahan segalanya dipermudahkan... aminn..

anumz sarah said...

salam chokely,
Thank u for ur support. Anum pun mengharap yg terbaik. Semoga Allah memudahkan urusan chokely juga...=)

anumz sarah said...

Salam kak Ayong,
Maaf lama sgt anum menghilang. Tengah prepare untuk final year exam. ^^ Allah bersama dgn orang-orrang yg sabar.... agaknya Dia nak anum kuat sabar lagi.... Dan mahu kita kembali pd Nya... anum dah mempertimbangkan tawaran tu kak... anum berserah pd Allah dgn banyak solat dan doa... Dan anum akan ikut nasihat akak ttg solat istikharah. Anum sgt perlu padaNya kak... Hanya Dia saja mampu memberi kedamaian pada hati ini... Semoga Allah memberkati usaha kita mengharungi dugaan hidup ni kak...

anumz sarah said...

Salam koishie,

Syukran atas sokongan mu teman...