Thursday, July 23, 2009

Surat-surat Perempuan Johor.

PERJUANGAN DAN JATI WANITA ISLAM TIMUR

Membaca buku Surat-surat Perempuan Johor membuat saya berfikir akan jati diri seorang perempuan. Ia karya terbaik Faisal Tehrani yang menyentuh emansipasi dan kejituan jati diri perempuan-perempuan Islam Timur.

Bukan menjadi tempat letak saya utk mengulas secara sastera karya beliau,tetapi saya hanya layak berkongsi akan keterujaan membaca novel sarat cinta dan sarat sejarah ini. Selain menjadi panduan pada saya sendiri,generasi Islam Timur Malaysia yang ditelan sekularisme ia memberi satu harapan baru dalam menetapkan pegangan.

“Saya cuma pengarang surat.Surat-surat ini ialah kisah seorang watak mencari kebenaran sejarah.”

“Long,saya mahu berkongsi kebenaran yang saya tahu dengan semua,dengan umat Islam,dengan orang-orang Johor,khususnya perempuan Johor.Kerana daripada merekalah lahir generasi Johor yang baru,yang berani mempertikai penyelewengan, berani melihat semula sejarah dan membawa apa yang telah dipendam ke tengah.


Kerana itulah gunanya sejarah. Sejarah bukan sesuatu yang beku tetapi bahkan seperti tenaga, yang dinamik,boleh dijana dan dikitar semula untuk kebaikan generasi mendatang.

Surat Empat Belas,
Ungku Nur,
Novel Surat-surat Perempuan Johor,
Karya Faisal Tehrani.
ASMARADANA

Sesuatu yang menarik tentang novel sarat sejarah ini ialah penulis telah meletak asmara suami isteri pada tempat yg sopan dan dianjurkan Islam.Sesuatu yang jarang dalam novel-novel cintan cintun Malaya. Ia terselindung dengan malu yang sopan dan kadangkala nakal yg mengusik. Tak lebih dari itu.


Ia membuatkan saya terfikir yang penulis sebenarnya mahu mengajak pembaca membanding akan sucinya hubungan lelaki perempuan yg dianjur Islam dan yang dianjur bukan Islam.

Maklum tahu novel ataupun media televisyen mudah saja memapar adegan hubungan yg sepastinya bukan akidah kita. Penentangan terhadap budaya Inggeris dan hukum law dinyatakan terang-terangan melalui surat-surat oleh 2 perempuan Johor yg berbeza zaman tetapi nyata satu pegangan.

Ungku Hamidah dan Ungku Nur yang benar-benar memegang jati Islam dan Timur dalam diri keras menentang sekularisme dan apa saja dakyah barat yang merosak generasi perempuan-perempuan Melayu kita.Termasuklah dalam hubungan lelaki perempuan yang sepastinya sudah fitrah akan keinginan manusia utk disayang dan menyayangi.

Kisah cinta antara Ungku Nur dan Cem turut mewarna surat-surat dalam novel ini. Watak utama Ungku Nur yang mengidap barah otak dan melalui liku hidup yang ditindas bekas suami zahir dan batin menemui kebahagiaan cinta manusia dan cinta Tuhan di akhir novel ini. sungguh terasa sayu bilamana Ungku Nur tetap berjuang walau maut setia menunggu.

"Maafkan saya Long, saya perempuan sebatang kara. Kita masing-masing ada kesibukan sendiri. Ada yang harus dikejar,maka kerana itulah saya memilih untuk menanggung sendiri.Saya tidak berasa sakit sebenarnya.

Saya dikelilingi kasih sayang keluarga Professor Doga,juga cinta Cem yang melimpah ruah apabila dia mengetahui hakikat sebenar tentang kesihatan saya.Jadi tak usahlah long dan Abang Razif bersedih.Pemergian saya dalam keadaan aman."

surat sembilan,
Ungku Nur.

MODEN KONONNYA

Modennya wanita di Malaysia kini hingga aurat itu bukan apa-apa mahupun sekadar keluar bersama lelaki dan perempuan di hujung malam hanyalah suatu perkara biasa. Siapa yang mengajar semua ini? Generasi dulukah? Kerana mereka menerima Inggeris itu lalu sewenang-wenangnya dakyah mereka kita terima dan dijadikan tatacara hidup seterusnya?

Dan saya mangsa sekularisme itu sendiri. Betapa saya kalut mengenang kenapa diri terasing tidak seperti teman-teman di sekolah menengah. Jati diri dipersoal andai saya ini begitu tempang dalam advanced sosialisme. Saya yg sering ditinggal kerana cuba berpegang pd agama itu sendiri dan hampir-hampir tumpas jika tiada yang mengingatkan.

Dunia remaja itu dunia yang ghairah. Penuh tekaan-tekaan dan pencarian yang kadang-kadang menyesatkan. Di tengah-tengah saya. Takutnya bukan main jika bukan ada usaha Mama yang mengisi jati dengan agama itu sendiri.



Masih terselamatkah diri ini? Belum. Dunia dewasa lebih mencabar. Saya yg baru meniti dewasa belajar dunia ini tak indah semua. Ada hitam dan putih. Maka perlunya jati diri dan iringan agama dalam kehidupan hari-hari.

”Adapun pada mereka itu (barat)perempuan semuanya sama di kamar tidur.Semua untuk dihayak semata.Hairan sungguh kita melihat ramai benar yang mahu jadi seperti Barat itu.Yang ternampak oleh kita bangang dan bodoh saja.Baru mengenal peradaban sudah sibuk pula mahu mengajar-ajar kita.”

warkah sepuluh,Ungku Hamidah.

LETAK TEPI?
Makanya sy sering saja pelik,marahnya masyarakat pada gejala sosial tetapi masyarakat sendiri menerima sentimen barat lalu diagung-agungkan. Dan dek kerana negara Malaysia ini adanya pelbagai bangsa demi mencipta keharmonian haruskah agama diletak tepi? Jadi jika dek mahukan keadilan bangsa mana pergi hormatnya pada pemimpin dan agama yang utama iaitu Islam sendiri?

Islam itu sangat adil. Cari di mana ketidakadilannya dalam hal-hal pemerintahan negara. Semua dapat aman jika di bawah panji khilafah yang sebenarnya.Benar apa yg dinyatakan penulis dalam
warkah lapan Ungku Hamidah;
”Sikit-sikit Islam sudah diletak ke tepi,nanti jatuh tebing terus tak berjumpa lagi,hanyut entah ke mana”

SAKIT TAPI BENAR
Semakin saya baca dan mendalaminya semakin saya rasa surat-surat ini bukan saja utk perempuan-perempuan generasi baru Johor. Ia ditujukan untuk semua,untuk generasi yang bakal memimpin mahupun sedang memimpin. Biarkan teguran itu mengingatkan. Sungguh sakit tetapi benar-benar belaka.

Kerana keimpinan negara bermula dari terpimpinnya pemimpin itu sendiri. Dan pemimpin yang benar-benar memiliki kepimpinan perlu punya akal,kejituan jati diri dan kebijaksanaan dunia dan akhirat.

Entah kenapa saya fikir jika surat layang fitnah itu mudah dibicara kenapa surat-surat kebenaran tidak begitu? Surat-surat perempuan Johor, hanya sejarah benar-benar belaka.

"Moga-moga satu hari nanti perempuan akan mendapat kebebasan yang benar di sisi Islam dalam menyatakan apa yang benar dan apa yang tidak.Moga-moga cucu cicit kita kelak akan berani menunjukkkan yang hak itu mengatasi yang batil.

Ayahanda,ampun beribu-ribu ampun,pinta dengarlah suara hati sendiri dan tekunilah warkah anakanda ini.

Andainya Islam itu sekadar akidah ruhiyyah tentulah lunas agama kita cukup sekadar dengan sembahyang,puasa,zakat dan naik haji sahaja. Puaslah sekadar bersedekah pisang di masjid-masjid sahaja,puaslah sekadar kenal dosa pahala atau syurga dan neraka. Tetapi Islam itu agama yang punya akidah siyasah maka kita diajar ada macam-macam hal lain dalam agama seperti undang-undang ,siyasah ,iktisad dan pelbagai lagi.


Islam itu agama yang lengkap sebagai aturan kehidupan kita. Allah yang Maha Mengetahui telah menciptakan aturan ini untuk makhluknya yang beriman. Janganlah kita jadi seperti kafirin yang aturan hidup mereka serupa binatang jua."


Warkah tujuh,Ungku Hamidah,
novel Surat-surat Perempuan Johor,
karya Faisal Tehrani.

6 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

bestla buku ni anum..anum slalu ke pg MPH?

fareast said...

Saya pun pernah baca buku ini. Memang menarik sebab penulis berjaya membuat fakta sejarah dalam bentuk yang menarik.

aZilsah said...

panjang nya entry :) puas baca. xpenah baca lagi buku ni. jarang2 beli novel faisal tehrani. just penah baca kekasih sam po bo + advencer si peniup ney. tp dari entry anum, yg ni pun mcm menarik. nanti nak cari lah.
:)

anumz sarah said...

Salam ayong,

Anum selalu juga ke mph Shah Alam di SACC. Sebb itu yg paling dekat dan abang ada membership card. Hehe... bnyk diskaun bile beli buku. Skrg anum jarang dpt berkunjung ke kedai buku lagi. terutama around KL. Bila pindah jauh ke puncak alam ni,susah sikit nak jalan2 keluar...

p/s: Selalu ck buku2 di mana2 kedai buku..bila dh cukup duit baru beli..ooohhh...hidup seorg student...ehehe...

anumz sarah said...

Salam fareast,

Anum sbnrnya dah lama suka pd karya faisal tehrani,cuma anum jrg dpt fokus pd pembacaan disebabkan kursus farmasi sendiri menuntut bahan bacaan yang 'menggunung'.

Jadi kena prioritise. Tetapi secara jujur buku ini mebuat sejarah kelihatan mudah dihadam malah menjadi lebih menarik dalam bentuk cerita...

anumz sarah said...

Salam has,

Akibat jarang berblog tu yang panjang entrynya...Maaflah selama ini anum jadi pembaca senyap di blog2 yg anum ikut dan ada link.

Sukar utk berblog selalu jika di puncak alam akibat servernya yang amatlah comel dan x mampu menampung banyak application. Amatlah lembab internet di puncak alam.

Namun,InsyaAllah novel surat-surat perempuan Johor tidak menghampakan...