Tuesday, June 10, 2008

Sebuah perancangan

Baru pulang dari kerja yg sebenrnya tidaklah menjenuhkan tapi mencabar kesabaran dengan menanti masa.Masa..kadang2 terlalu cepat,kdg terlalu lambat.Memenuhi jadual hujung minggu yg sepatutnya berada di Pahang,bersama teman lama(rancangan asal) ke UIA untuk berbakti kali terakhir kpd persatuan farmasi. Rancangnya mahu menghentikan aktiviti persatuan tahun 2009 kerana bakal dipenuhi tuntutan keluarga,abang yang sulung,kursus pengajian yang semakin menggila,teman sperjuangan akhirat dan dunia dan ya,masa untuk diri.

Sejujurnya sejak awal lagi tidak mahu terlibat,sukar mengisahkan diri yg penh dengan kehambatan fizikal dan terikat dgn ubat.Tetapi mungkin takdir dan ya,pilihan untuk tujuan berbakti di mana akhirnya tetap disalah erti dan terus meneruskan diri disalahkan. Diam sejenak... awalnya bukan ini perancangan diri... tidak pernah mahukan yang tidak baik...

Terasa seperti kapal yang telah menukar haluan,tidak hilang arah(lost kata org putih) tetapi haluan yang dipilih telah bercelaru...melihat2 peta hidup,tersenyum... ada ujian di haluan ini,ada ganjaran dan ada pembalasan...

Akhirnya seorg kapten perlu sampai ke destinasi juga,malangnya perjalanan masih jauh. Haluan asal diambil dan diubah beberapa perhentian. Dia tahu yang dia perlu terus berlayar tanpa memusnahkan mana-mana teman seperjuangan,mengambil keputusan yang hampir tepat untuk kebaikan semua.

Doa sudah dipanjatkan.Dalam doa yang pastinya dipenuhi harapan yang baik-baik untuk semua.Dia sedang menukar haluan...Perjalanan mesti diteruskan.

Mengingat kembali petikan dari buku La Tahzan, 'kita perlu menekuni bidang yang telah kita pilih,kerana walau apa pun pilihan kita rezeki sudah ditetapkan di situ.'

Dr. Aidh sendiri menerangkan 3 keadaan di mana rasa ragu-ragu manusia paling tepu. Ketika memilih bidang,memilih kerja dan memilih calon. Sungguh pilihan kita memerlukan kesediaan dan kepastian.

Lalu di mana takdir Tuhan? Siapa2 yang pernah membaca ayat-ayat cinta pasti arif akan ayat ini,"Takdir Tuhan berada di hujung usaha manusia".

Dan pandangan seorg diri(err...saya) Allah telah memberikan manusia segalanya,deria,anggota, emosi dan yang paling hebat, akal. Segalanya telah Allah beritahu dalam Kalamnya,melalui Rasul-rasulnya dan orang2 terpilih mendalami ilmu agamaNya.

Maka pilihlah... Pilihlah dengan bijaksana menggunakan segala nikmat ini.Perhatikan penghujung pilihanmu adakah baik atau sebaliknya. Andai kamu telah berusaha memilh yang baik,melaksanakan yang baik,dan takdir Allah datang,maka beryukurlah dan bersabarlah... Dalam mana-mana keadaan pun baik hambanya perlu bersyukur,jika sebaliknya hambanya bersabar.Maka mana-mana keadaan pun tetap baik bagi hamba-hambaNya.

Kapten kapal tadi tersenyum. Dia telah pun memilih. Kapalnya sedang menukar haluan. InsyaAllah, dia aka tiba dengan selamat. Destinasinya? Akhirat.