Sunday, May 24, 2009

nota kecil


NOTA


Menyusun semula jadual sebulan 2 minggu di dlm jurnal peribadi. Semalam keluar bersama teman lama menikmati ayam penyet di sebuah kedai di Subang Jaya. Berbincang2 agenda June untuk gathering sambil menikmati hidangan malam yg menyelerakan.




ayam penyet g dinikmati di gerai Madli di Miri,Sarawak x lama dulu
Sy akui sambalnya nampak 'sedih' tapi hampir mengalir mata dibuatnya akibat pedas. Mungkin jarang berjumpa maka setiap kali berjumpa mesti ke 2 buah kedai makan. Kedai yg keduanya ialah Pelita seksyen 9,cuma untuk minum-minum saja.

Set hidangan ikan lele(keli),terung,telur dan semuanya dipenyet sedikit(dlm bahasa Melayu,dipenyek/ditekan.)

Bila lagi kami berpeluang untuk berjumpa lama-lama begini? Saat cuti inilah saja kami free dan berpeluang bersama-sama catch up with each other. Bertanya khabar,mengulang memori indah dan sekadar bercakap ttg situasi menjadi dewasa dan tanggungjawab yg semakin mendalam maknanya adalah perkara yg mengisi ruang perbualan bersama teman2.

Sy pernah mendengr pepatah Inggeris,
Treat family like a gold,friends like family and foe like a friend.


Persahabatan ialah sesuatu yg memenuhi fitrah manusia. Maka sy bersyukur dlm setiap persahabatan yg sy bina,sy jaga dan sy pupuk. Prinsip give and take serta mengingat diri bahawa tiada siapa sempurna telah mengekalkan ukhwah yg terbina. Maafkanlah sy sahabat jika kdg2 sy terkhilaf....
CINTA SEMPURNA

Sekian lama sy mendgr nama Yuna sejak dia dtg di fakulti UITM dulu. Namun sy terlalu ditelan urusan yg menghambat. Selepas sy mendgr beberapa lagu di corong-corong radio dan membaca entry saudari umainah tak lama dulu,jadi peminat pula.

Original. Fresh. Unik. Sy ungkap ulang2 dalam hati.Saya akui sy bukan peminat tegar atau digelar kipas susah mati(die hard fan,hehe...direct translation agak pelikkan?).Tetapi dia punya potensi besar dgn lagu-lagunya. Malah penampilannya dgn tetap mengenakan tudung saya puji seikhlas hati. Semoga dia kekal mengenakan tudung dan membawa irama segar dlm industri muzik Malaysia.

TAGGED
Terima kasih kepada saudari nurani kerana sudi mentagged. Dan minta maaf juga akibat mengambil masa untuk menjawab tagged. Dihambat urusan di fakulti memang 'asyik' lalu pulang dgn letih yg menduga. Semoga entry 'nota kecil' ini mampu menjawab tagged cik nurani. ^^

10 fakta tentang saya:
1. terlalu realistik
2. Praktikal
3. Blund (tetapi saya akui kejujuran dlm percakapan perlu tgk keadaan juga. If you have nothing nice to say than better don't say it at all.)
4.Pesakit SLE-sudah masuk tahun ke-7(amat berharap menjumpai penawarnya. Mudah-mudahan...amin.)
5. Gila buku
6. Suka interior decoration (jika sy tak ambil farmasi,ini adalah pilihan ke-2. Hihi..^^)
7. Menghargai segala bentuk seni-asalkan ikut panduan Islam,bukan yg merepek!
8. Berimpian menjejak ibnu battuta dan Al-Farabi
9. Menganggap pepatah portugis yg mengatakan "org yg banyak berfikir lambat berkahwin' ada benarnya.-Minta tidak dipersoalkan.
10.Suka sejarah,culture,pandangan masyarakat dan psikologi pemikiran manusia yg bg saya tanda kekuasaan Allah yg Maha Besar.Subhanallah....


Semoga 10 fakta ini mampu memberi ruang pd bloggers dan sy untuk lebih sama2 kenal-mengenal. Sy memilih jalan waspada dalam menulis tentang diri saya,kerana sy sedar siapa sgt saya ini. Dan disebabkan sudah ditagged maka saya perlu tagged 5 org lain pula.

Maka dgn rendah dirinya sy tagged rakan bloggers berikut:

1. adam shah a.k.a simon malik
2.nolly
3.umainah
4. kak Tirana
5.hasliza

p/s: Bertemu kerana Dia,berpisah kerana Dia. Berkenalan juga kerana Dia. Semoga diberkati segala hubungan persahabatan. amin...

6 comments:

nurani said...

salam alaik..
tq anum wat tagged ni!know u muc2 better^_^
siap ada post 'nota kecil' lagi..;p
'ujian itu didatangkan tanda kasih dan ingatan pada hambaNya. bersyukurlah kerana anda adalah org yg terpilih menerima ujian trsebut'
anum kuat!kan anum?^_^
moga ukhwah ini berkekalan insyaAllah..

Unknown said...

salam.

anum, tag sy juga ke. nti sy buat ye. :)

4.Pesakit SLE-sudah masuk tahun ke-7(amat berharap menjumpai penawarnya. Mudah-mudahan...amin.)

insyaAllah. jgn bhenti bharap. :)

Farid Rashidi said...

Salam,

Apa itu ayam penyet?

anumz sarah said...

Salam nurani,

Hehe,sy sbnrnye dh ade tajuk ni awal2 lg lepas kene tagged,cume take time nak jawab. Semoga menjadi penghubung ukhwah yg sejati.

p/s: Terima kasih di atas kesudian dan kata2 pembakar semangat. ^^

anumz sarah said...

Salam has,

Silakan ya cik has. Mari sama2 menguatkan ikatan persahabatan bloggers. ^^

p/s: Macam main kejar2 zaman sekolah rendah. You're tagged!! ^^

anumz sarah said...

Salam ustaz,

Ayam penyet makanan khas org jawa. Sedap kerana rasanya unik. InsyaAllah anum akan load gambar. utk tatapan.

p/s: Tak tahu resepi tetapi ayam penyet ini mesti dihidang sambal belacan yg 'masyuk' beserta ulam2 seperti kobis,tempe dan tauhu goreng. Kalau sudah melayu,melayu juga seleranya...^^