Friday, May 8, 2009

Hello Mom,Goodbye Mom.

WHEN I WAS JUST A LITTLE GIRL
C D E G,
E G,
E G,

When I was just a little girl,

I ask my mother what will I be,
Will I be pretty,
Will I be rich,

Here's what she says to me,
Que Sera Sera,
What ever will be will be,
The future not ours to see,

Que Sera sera
Que Sera, sera....


Itu notes music Que Sera Sera. Whatever will be will be. Hampir sebulan sy tidak menekan kekunci keyboard utk practise. Hanya selepas 7 may baru sy dpt melakukan segala aktiviti masa lapang.

eh kucing pun main piano??Oden sy reti makan dan tido je...hampeh!

Bermain muzik bukanlah prime hobby tapi ia menjana minda dan boleh dikategorikan sbg brain teaser. Sy bukanlah peminat besar Chess,Sudoku or Word games. Tapi sy suka apa sahaja yg mampu membuat otak ligat berfikir.

Books is a great way to keep mind sharp and widen your thoughts. Bersukan pun salah satu aktiviti yg menyumbang kpd health mind body and soul. Cuma akhir-akhir ini baru sy sedar kenapa kerap sgt sy memainkan lagu by Jay Livingston dan Ray Evans ini.

Kerana hidup ini memang unexpected. So,whatever will be,will be...

MOTHERS
Once,she was a girl too. Then a young women. Then a wife turn mother. Then age comes collect her. For me ,forever she is my mother...

Entah kenapa,sy perasan sejak akhir-akhir ini sy bnyk menghabiskan masa di fakulti,dgn rakan kuliah,aktiviti luar dan dalam universiti. Balik rumah kdg2 lewat penghujung petang, menghadap komputer menyelesaikan assignment atau melayar web hingga jauh hujung malam.

Kdg2 sy nampak kelibat mama di dapur mengemas atau di ruang tv menonton siaran astro Oasis samada mendengar bacaan Al-Quran atau anjakan paradigma Dr Fadzilah Kamsah. Sy sudah jarang bercerita dgn mama. Brgkali cerita harian sy bosan tiada perubahan atau brgkali sy memang sudah habis modal bercerita.

Lalu,mama lah yg sering bertanya itu ini dan bercerita ttg hari-hari dia. Lalu sylah mendgr kdg2 menyambut cerita dgn gelak dan pandangan yg sudah berbeza.

Mama sudah semakin galak bercerita ttg hari tuanya. Sudah semakin merindui aktiviti berkebun di taman belakangnya. Semakin mahu duduk di rumah dan memesan sy agar membeli brg dapur atau tidak lagi mahu memandu jauh-jauh.

Semakin sy lihat dan dengar,semakin saya nampak urat-urat ketuaan wajah dan mendgr desah dlm percakapanya. Benarlah kata pujangga, hidup ini tidak lebih dari sepotong roti,seteguk air dan bayangan. Bila mana usia meningkat dunia sudah tidak menjadi priority lagi.

Mama sudah bercakap ttg persediaan menghadap Dia. Dan saya sukar menggambar perasaan ini dgn kata-kata. Namun jauh di sudut hati, sy mahu diizinkan Tuhan agar berada di sampingnya pada saat yg memerlukan. Keredhaan menerima qada' dan qadar ialah rukun Iman yg wajib ada pd setiap Muslim.

Lumrah hidup ini, kdgkala pahit namun mesti tetap ditelan. Maka, selalunya yg pahit itulah ubat paling mujarab sekali....

MENYEDARKAN

Eksperimen menulis cerpen mengguna gaya datar bagai penulis Alinea merupakan sesuatu yg fresh buat saya. Sy gemar improvement,proactive dan segala yg memajukan. Namun bukan mudah utk bergerak ke hadapan jika tiada keberanian mengambil risiko atau persediaan menghadapi cabaran perjuangan.

Pernah menonton 'The Singer'? Ia sebuah filem mengenai seorg penyanyi yg sedar bahawa dirinya sudah tinggal penghujung lalu baru sedar yg hidupnya perlu dimaknakan. Lakonan cemerlang Gerard Depardieu sebagai Alain Moreau yg di usia 50-an mencari cinta semula. Namun segala cliche filem cinta dibuang jauh.


Sebaliknya isu memaknakan kehidupan melalui pencarian seorg yg sudah di hujung usia membuat sy berpendapat 'IT IS NEVER LATE TO CHANGE'. Watak Alain Moreau yg selesa dgn kehidupannya yg statik membuat saya terfikir ttg FEARS OF CHANGE.

Ketakutan mengambil risiko atau membuka ruang utk sesuatu yg baru adalah penyakit yg sy kesan dlm jiwa sesetgh org. Mereka skeptical. Extremely skeptical.Lalu terhasil manusia yg jumud, tidak proaktif dan sering saja ketinggalan. Jika ketinggalan mahu berusaha tidak mengapa, tetapi suka merungut pula.

Filem ini membuat sy mengakui benarnya habit ke-3 dlm buku R.Covey iaitu BEGIN WITH THE END IN MIND. Seseorg yg tiada perancangan sebenarnya merancang untuk gagal!

UNTUK MAMA

Sebagai anak kdg2 sy memang terkilan kerana ada kalanya sy kecundang menjadi anak yg baik. Semakin meningkat usia semakin sy sukar meluang masa dgn mama. Mama amat memahami malah sering saja dia mahu kami explore dunia sepuas-puasnya. Asalkan berpegang pd agama dan tetap dlm Islam Mama adalah org pertama yg mahu kami berjaya mencapai cita-cita.

Bilamana mama menghantar kami keluar rumah dgn tujuan belajar, kami dapat rasa yang kami akan tetap mahu pulang ke pangkuan mama suatu hari nanti dgn kejayaan manis sbg hadiah krn merelakan kami berjuang dgn senang hati.

Sukarnya seorg ibu melepaskan anaknya ke medan perjuangan memang tidak tergambarkan. Namun beruntunglah ibu-ibu ini kerana merelakan anak mereka keluar berjuang demi redha Ilahi. Dan beringatlah wahai anak,kebenaran dan kepercayaan ibubapa itu jangan sekali-sekali dicalar dgn tindakn bodoh darah mudamu.

Ia pasti akan menjadi balasan buat mu,jika tidak di dunia, di akhirat pasti. Sudahkah kamu menjadi anak yg berjaya serta soleh/solehah lagi menghormati ibumu?

2 comments:

Ophe said...

aku juga merindui perkara yang sama.. namun semakin dirindui, ia seperti semakin jauh.. ermm

anumz sarah said...

Yang penting ia ada dalam hati dan ingatanmu pasti? Setiap perkara hidup ini pun pasti akan jauh...

p/s: Boleh putar waktu balik??