Saturday, May 2, 2009

AJA2!! SECOND HALF TIME- MAY?!!

1/2 time!!-MAY

go sakuragi!!

Lama benar sy tidak menyentuh dalam hati utk menulis.

Maaf ya rakan bloggers sekalian.

Dihambat kesibukan peperiksaan yg menuntut extra perhatian.

Teater Mahsuri,Sirah Junjungan,Pesta Buku Kuala Lumpur dan pelbagai lagi agenda kegemaran saya korbankan, Semuanya demi segulung ijazah buat masa depan. Masa depan yg manis hendaknya. Amin....


SELAK-MENYELAK


Journal tahunan saya mengalami update terbaru. Terkejut juga bila membuka perancangan bulanan ini. 2 minggu pertama bulan May sudah tercuri dgn pelbagai aktiviti. 10 May saja ada dua agenda iaitu World Lupus Day di 1 utama dan Mother's Day.Hujungnya dipenuhi program fakulti ke rumah anak yatim dan intersesi.

Menyelak kalendar utk perancangan 3 bulan seterusnya,sy terkejut sekali lagi kerana 3 bulan ini juga hampir penuh!!

June bakal dipenuhi 'program mengosongkan stor dan barang-barang' rumah kerana adik dan saya sudah berjanji utk membantu mama 'mengosongkan' rumah sebelum diubahsuai.

Juga sahabat2 yg bakal pulang bercuti pasti ingin berjumpa meluang masa bertanya khabar sebelum masing-masing kembali ke hujung benua menyambung pengajian. (Ukhti Mai pula sudah usai pengajian medic di India dan kekal di Malaysia.. selamat pulang!! ^^)

Julai pula ialah bulan yg bermakna kerana bakal berusia 22 tahun. InsyaAllah rancangnya ke KL bersama sahabat lama Semashurian utk menyambutnya. Along dan Daddy juga bakal meningkat umur mereka.Adik pula bakal menjadi siswazah dalam bidang accountacy program CAT di bawah kelolaan UITM Sek 17. (Hai adik... tak keluar shah alam jugak budak ni...)Juga bakal memulakan semester ke-6 Tahun ke-3 kursus ijazah Pharmacy.^^ (bahagianya...^^)

Selak punya selak kalendar 2009,terhenti tepat di bulan Ogos. 22 Ogos kebarangkalian puasa. Diri mengira-ngira bila mahu selesai ganti puasa. Juga raya ini mama sudah tetapkan majlis di kampung. Maka rumah sunyi sepi dan bakal sambut tetamu pun selepas seminggu cuma di kpg.

Uu...sy tak sanggup nak selak kalendar lagi.... cukuplah....

HATI YG TENANG ITU...

close your eyes
know your name
go your own way....

Everything will be fine....
Everything will be fine....


Lupakan kejahatan org pd kita dan kebaikan kita pd org. Sukar? Terutama bila apa yg dilakukan itu sgt menyakitkan hati.

People never forget how you make them feel. Itu pepatah Inggeris.

Namun utk benar2 bahagia mesti tahu memaafkan dan melupakan. Kategori melupakan adalah kunci sebenar forgiveness.



pic: sy buli oden pakai tudung saya,...haha..mana boleh marah2 mafkan kakak ya den?

cun x?? hoho..=P

Alhamdulillah saat ini hati sy sgt senang malah amat bahagia. Jiwa rasa ringan dan mudah saja menyerap ilmu. Benarlah kata-kata hati yang bersih mudah mendapat ilmu yg bermanfaat.

Rupa-rupanya baru kini sy memahami maksud tulisan Dr Aidh dlm tajuk melupakan kejahatan org pd kita utk mencapai kebahagiaan.


Beberapa minggu lalu usai menghantar assignment Jepun sy memohon maaf pd semua rakan kerana bakal menghilang utk preparation exam. Sebelum tidur malam itu sy niat juga agar dosa sy diampunkan dan turut mendoakan agar segala silap dan salah org terhadap diri sy diampunkan juga.

Kemudian sy sedar yg rupa-rupanya manusia ini semua sama. Semua pun buat silap. Semua juga berhak memohon keampunan Allah. Dan jika dibandingkan silap org pd kita dgn silap manusia pada Allah, sepastinya kita akan rasa amat malu.

Kita yg tidak sempurna ini menuntut maaf dari org lain walhal setiap saat pun kita juga melakukan kesilapan!!

TIDAK SEPERTI MUQSITH

Allah yg mencipta dan memberi kita rezeki itupun kdg2 kita terlupa ucap Alhamdulillah. Malah kdg2 kurang ajar mengatakan kejayaan itu milik mutlak lalu tanpa segan silu mengaku kita yg 'mendatangkan' kejayaan. Walhal apa jua sekalipun milik Dia. Sudahlah bongkak tidak mengucapkan hamdalah kemudian menjadi manusia tidak bersyukur dgn mengabaikan solat!!

Lalu,adakah Allah tidak memberi ruang lagi pada hambanya utk memohon ampun?

Dari Anas r.a. mengkhabarkan,bahawa ia pernah mendgr Rasulullah s.a.w. bersabda;

bahawa Allah sudah befirman maksudnya:


Hai Bani Adam,

Selama engkau berdoa dan berharap kepadaku,
Aku ampunkan bagimu apa yg telah terjadi daripada kamu,
Dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.

Hai Bani Adam,

Andaikan dosamu memuncak ke langit
kemudia engkau meminta ampun kpd Ku,
Aku ampunkan bagimu,
Dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya.

Hai Bani Adam

Seandainya kau datang kepada ku dgn membawa dosa sepenuh bumi,
Asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dgn sesuatupun,
Nescaya Aku isi semua itu dgn pengampunan.

Jadi manusia tidak akan sama seperti Muqsith. Yang Maha Mengadili...

p/s: Semoga Malaysia terhindar dr virus H1N1 influenza A. Rajin-rajin basuh tangan ya!!!

8 comments:

Koishie said...

cepatnya waktu berlalu... kalendar sudah hampir ke setengah tahun... ermm.. sedang pencapaian diri untuk tahun ini tidak juga nampak bayangnya..

anumz sarah said...

InsyaAllah bakal menjelma...cuma perlu sabar sedikit lagi saja... ^^

p/s: Brgkali sudah di depan mata??

Tirana said...

Hehehe..comei oden pakai tudung..

anumz sarah said...

Ayu kan kak? Anum sendiri pun x sangka oden boleh pakai tudung lg cun dr tuan dia... hehe...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anumz..sibuk ye nampaknya..btul kata koishie..dh sampi tgh tahun tp pencapaian dirini masih ditahap yg melemahkan..perlahan2 baru naik

anumz sarah said...

Salam ayong,

Biar perlahan asalkan kekal. ^^ Hehe...

NOLLYMOLLY said...

Hi Anum,

Sorry for the late reply on the books. Ok so far noly ada baca 2 buku on SLE and both i got it from Persatuan. The first one is The Lupus Book by Daniel J. Wallace. I really recommend you to read this one sbb dia mmg senang faham and organize. Actually Persatuan memang ada photostat buku ni for the patients to buy. I think it's around RM12.
The second book is in BM called Rawatan Lupus Eritematosus oleh Norella Kong Chiew Tong. She's one of the Nefro in Msia. I used to see her in HUKM. I think you can borrow it at the Persatuan and make a copy of it.
Hey about your thesis, maybe you can touch about how there is no specific medication on SLE itself because all this while we've been using drugs for other disease and how the effect of the drugs is much more worse than the disease.
Oh ya...send my kisses to your cat! I'm a big fan of kitties!

anumz sarah said...

Salam Nolly,

It's ok. I saw ur recent activities at the blog. Must be busy for the World Lupus Day prep. And the new entry on celery juices it's amazing!! You did a thorough research on it. You should take my course instead. And Oden is sending you his love and kissess too!!