Wednesday, May 20, 2009

UNTROUBLED WATERS....

CRAMP
Masuk lap ke-2.

Saya sudah kehilangan stamina.

Kaki kejang tiba-tiba. Sudahnya berenang perlahan ke tepi kolam.Menahan sakit lalu memaksa diri keluar dan melurus kaki semula. Masih kejang tetapi lebih baik sedikit berbanding dari dalam kolam.

'Alhamdulillah...' getus hati.

Jika terus tadi pasti saya sudah tenggelam sebelum sempat menyelamatkan diri. Tampak remeh kerana hanya kejang kaki saja. Tetapi ia mampu meragut nyawa jika anda seorg perenang amateur yg gemar menguji stamina dengan berenang menggunakan sistem lap.


Sy mengira diri di mana silapnya. Sudah pre shower? Sudah. Warm up juga sudah. Barangkali warm up yg terlalu sekejap dan tidak menyeluruh, makanya mudah cramp.

UNTROUBLED WATERS...



Dari tepi kolam saya praktis breathing tempo yg menjadi kunci utama untuk menguasai sukan renang.Breathing tempo amat penting kerana di dalam air badan kita bukan saja berperang dgn pressure tetapi organ dalaman turut merasai tekanan lalu memaksa ia bekerja keras demi menstabilkan pernafasan.

Cahaya dari luar menampakkan bayang air yg berkilau. Hati saya tenang. Minda saya fokus. Ini adalah hari 'untroubled waters' saya. Sejak saya menghidap SLE, segala aktiviti kawad kaki, jogging, badminton serta squash saya hentikan. Saya fokus pd renang. Kerana ia sukan indoors yg jauh dari cahaya matahari malah dekat dgn elemen yg menenangkan iaitu air.


Selain membina semula self confidence saya dpt kekal sihat dan aktif walaupun SLE menyebabkan sy mudah fatigue. Stamina yg dibina dan ketenangan yg sy dpt dgn renang menyebabkan sy mampu mengawal emotional trauma akibat flare SLE beberapa tahun lepas. Emosi sy mudah stabil dan mampu dikawal dgn baik sejak sy amalkan sukan indoors seperti renang. Ia terapi selain zikrullah serta istigfar panjang usai subuh.

Jika Subuh merupakan masa intimate saya mengadu,menangis,memohon pada Tuhan sekalian alam, maka renang ialah di mana sy melepas geram atau emosi terpendam dgn cara yg menyihatkan. Ia terapi mudah. Sesungguhnya Allah Maha Besar kerana mencipta air yg merupakan tempat segala kehidupan lain diciptakan.

Subhanallah... Merenung jauh ke permukaan kolam renang tertutup UITM,sambil memikirkan kaki yg sudah pulih dari cramp,adakah wajar sy memulakan lap baru ? Fizikal sy merasa mampu namun minda saya mahukan relaxation setelah berhempas pulas menjawab final selama 3 jam.


Akhirnya saya ambil keputusan untuk menikmati kesejukan air kolam dgn mengapungkan badan saja. Tak apalah... berenang juga...


MAIN AIR



Saya jatuh cinta pd sukan renang kerana gemar bermain air. Tetapi semakin sy belajar ttgnya semakin lama sy mula nampak cabaran sebenar berbanding hanya gemar main air saja. Ia sukan yg sesuai dgn diri.Malah pernah menjadi ritual mingguan.

Seperti sukan squash yg menjadi kegilaan di matrikulasi dulu keseronokan sukan ini amat sukar untuk dilupakan. Habis saja paper terakhir 7 Mei lalu,sy lepaskan gian. Akibatnya gopoh hingga muscle cramp. Mujur sempat ke tepi kolam menghabiskan lap ke-2.
this must be Oden's face if I bring him swim with me..haha..XP~

Namun, kesibukan di fakulti,kuliah,assignment dan terkini program fakulti memaksa saya 'menolak' tepi sebentar aktiviti ini. Kadang-kadang terbeban dgn group study,notes dan karenah aktiviti menyebabkan saya gemar saja terus pulang ke rumah usai segala urusan.

Saya senyum puas. Biar 2 lap,janji sy dapat praktikan semula apa yg saya belajar ketika di tingkatan 3 selama 2 sesi kursus renang untuk orang dewasa anjuran UITM Shah Alam. Cuti memberikan kebebasan ritual seminggu sekali ini. Jika anda seorg yg gemar bersukan atau beriadah teruskan. Ia pelaburan jangka panjang yang menyihatkan.


FOKUS DAN SEIMBANG





Kesihatan badan ialah fokus utama bukan untuk kurus atau sekadar ingin 'usha' di padang. Kebanyakkan org fokusnya bukan kesihatan sekadar suka-suka atau mengimpikan badan ala kate moss lalu memberi motivasi yg tidak kekal ketika bersenam.Kuncinya mesti mahu kekal sihat.


Pemakanan seimbang yang diselarikan dgn bersenam memudahkan badan berada dlm keadaan sihat optimum. Jika demam atau dijangkiti penyakit,kebolehan imun badan kembali sihat lebih cepat dan lebih baik berbanding yang tidak bersenam. Apa lagi ia adalah pelaburan jangka panjang bagi mengelak obes atau lebih teruk diabetes dan hypertensi.



Namun berhati-hati dgn over exercise atau bersenam dgn cara yg salah. Boleh mengundang exercise induced cardiac infarction atau komplikasi lain seperti asthma. Bersenam ikut kadar kekuatan badan.

Aih,sy explain panjang lebar pula. Sedangkan diri baru saja mengalami cramp.

KUNCI KETENANGAN



Balik dari fakulti dgn pelbagai perancangan dan perjumpaan baru. Ada 2 notes lengkap yg perlu saya hadam. Ditambah janji dgn seorg rakan lama untuk menonton wayang ahad nanti. Terpaksa postponed rancangan 'cuti-cuti' bersama rakan kerana pensyarah sudah menempah masa yg sedia padat mengurangkan lagi kesengkangan masa yg ada.


Mujur ada solat 5 waktu dan zikrullah, jika tidak masakan hati ini boleh tenang. Terapi yg paling paling berkesan malah boleh mengubati penyakit jiwa ialah zikrullah. Hati-hati yang tenang ialah hati-hati yg mengingati Allah.


Istigfar,tahmid,hamdalah dan zikir puji-pujian atau amalan membaca Ma'thurat( kumpulan doa Nabi s.a.w) mampu membantu keluar dari segala macam kesulitan. Hatta kesulitan membayar hutang. Amalan yg tidak pernah merugikan.

Benar-benar berharap bulan ini selesai dgn cemerlangnya. Turut mendoakan agar bulan 6 nanti masa semakin lapang untuk bertemu rakan-rakan dan merapatkan semula hubungan. Sy benar-benar diburu rasa bersalah kerana minggu lepas mama terpaksa menguruskan majlis bacaan tadarusnya dgn Kak Ira tanpa bantuan saya dan adik. Maaf juga pd seorg rakan yg memerlukan bicara lantaran sy berada di Sekendi Sabak Bernam.

Kini 2 agenda bakal menyusul yang entah sy punya masa atau tidak. Perjumpaan keluarga June dan membantu menguruskan adik berpindah ke kolej Melati UITM untuk kursus Akaun CAT perlukan perhatian selepas saya habis aktiviti Mei dgn cemerlangnya.


Mengurus masa ialah kunci utama kejayaan. FIRST THING FIRST!!


Bangun la Oden!! Jangan jadi pemalas!!

p/s: Mengucapkan selamat kembali kpd semua rakan yg bakal pulang ke tanahair Jun ini. Pastikan kamu pakai penutup mulut. AH1N1 kini di Malaysia! Jauhkan dari tempat sesak ya.Jaga kesihatan! ^^

11 comments:

fareast said...

insyaallah

Koishie said...

:) aku juga sukakan air amat.. sayangnya tidak tahu berenang.. ermm..

NOLLYMOLLY said...

Hi anum,

My doctor pun advice to go for a swim untuk exercise sebab its a low-impact, sesuai untuk orang tulang rapuh macam pesakit SLE ni. Dulu masa noly kat uitm pun ada join swimming classes tapi half way je sebab lepas a few classes kena infection plak, ye la air share mandi ramai-ramai kan? Memang senang la dapat infection. Tapi suka swimming kat Uitm sebab indoor. So pasni boleh la kita lumba renang ek?

anumz sarah said...

Salam fareast,

Apa khabar prg jepun? ^^ Semoga sihat hendaknya.Artikel untuk ibu dan entry ttg dakwah di Jepun sgt best. Juga pd buku karya Viktor Frank,author Yahudi ttg kehidupan.

p/s: Buku dia bnyk dirujuk...

anumz sarah said...

Salam koishie,

Terkejut baca entry baru ttg kemalangan. Mmg kotaraya sesak dgn kereta apatah lg dlm hujan lebat amat. Semoga segalanya baik. Entry biskut tuah yg terbaru sudah dibaca. *sengih~ hehe

p/s: doa keselamatan untuk mu. ^^

anumz sarah said...

Salam nolly,

hehe,betul2. Share air mandi reramai ni kekadang x sanggup sebenarnya. Tp nk buat cemana,situ saja yg ada kolam renang tertutup. Memang kena make sure imun tiptop bila nk pg renang.Lumba renang? Hehe... Skrg anum dah lembab sikit. Sikit laju dari kura-kura.Haha..XP~

p/s: Jom bersukan!! N kudos to ur entry abot cerebral lupus. A recognition entry.^^

Koishie said...

Itulah.. yg tidak terjangka. Mujurlah semuanya selamat. Terima kasih untuk ingatan kamu. Tentang 'biskut tuah' itu, aku juga tersengih kala mengenangkannya..

p/s: (sengeh) bertambah rakan yg mendoakan keselamatan buatku., untuk kamu juga sebenarnya.

Farid Rashidi said...

Berenanglah macammana pun asalkan syariat tidak tergadai :)

anumz sarah said...

Salam ustaz rashidi,

Alhamdulillah UITM ada kolam renang tertutup. If not penat sy menjejak kolam renang tertutup kat alam Malaya ni. Terima kasih ustaz sudi bertandang ke blog kecil ini.

p/s: di luar negara kena pakai burqini..^^

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

ayong suka berenang..tp nak mula berenang tu sgt takut..takut pada air..

aisyah said...

Salam anum!!
saya muncul lagi...
huhu~.. nak buat second date lak ngan anum, g swim sesame yok!!
huhu... rindunye kepada swimming...