Sunday, May 17, 2009

Mencari 'CINTA' dunia kosong...


SELAMAT PAGI

Pagi.
Pagi yg benar2 pagi.

Oden yg selalunya 'menceroboh' bilik melalui tingkap tepat 6.00 terkejut melihat saya pula yang menyergahnya di tingkap tepat 6.00 pagi.

"Hah!! Hehe.. kakak bangun lagi cepat dr Oden hari ini."

Usik saya pd Oden sambil membuka telekung. Dia mencemik muka usai terkejut dgn sergahan saya di tingkap. Haha,kakak menang hari ni.=) Sy mengusap kepala bebola oren yg gemuk sambil mencapai beg pakaian untuk turun.Oden menguap malas dan duduk melihat saya membawa beg pakaian turun.

Hari ini saya ada program OPKIM di Sabak Bernam. Pernah sekali ke rumah anak yatim di KL ketika sekolah. Namun,ini kali pertama sy menyertai program masyarakat bersama rakan universiti. Doa saya semoga dapat bnyk pengalaman bermanfaat.


Tiba di parkir Fakulti Farmasi tepat jam 6.30. Terlihat juga Mar dgn mr. Viva putih dan Imah ditemani keluarga.Salam dan senyum bertukar. Nampaknya janji seluruh warga OPKIM sesi ke-2 perlu ada di RGV jam 6.30 tepat hanya tinggal kami bertiga.


Tak apalah, kerana sy tahu ajk lain kepenatan untuk menguruskan persiapan ke sana. Segala persiapan penting mereka tunaikan dgn cemerlang. Tak salah rasanya jika mereka lewat sedikit.


Duduk bertiga ditemani adik Mar dlm mr. Viva putihnya,kami menyambut pagi bersama2 buat pertama kali.


"Selamat pagi Malaysia..."


ADIK YG SUKAR


Mata dia sudah bergenang. Ah sukarnya saya memujuk adik ini utk berbicara dan bergembira seperti yg lainnya.

Hanya dia saja darjah 2 dan saya beserta Muhaimin perlu mengulangkaji bersama. Pesan Mama pd malam sebelumnya silibus pelajaran darjah 2 terutama Matematik ialah tambah dan tolak. Cuma nombornya sudah bertambah di nilai nombor ratus.

Pengalaman ini mengajar amat. Adik Zulaikha brgkali keliru dan marah kenapa perlu tiba-tiba dia berpisah dari 'kakak' yg dikenali dan didatangi 2 org yg asing utk mengajar dia pula.
bersama adik Siti

Terpaksa kami belajar dgn 'kakak' darjah 6 supaya dia mudah diajak berbicara. Permulaan yg agak mencabar di awalnya. Namun setelah usai sesi tuisyen,mudah sungguh dia bergurau dgn saya dan bermain-main dgn kakak2 yang lain.

Bersama adik Azmi dan adik Azhar

Dia bercerita dan bergurau dgn mudahnya. Minda kanak2 sukar menafsir dugaan yg diberi. Bayangkan baru berusia 8 tahun sudah mengalami kesusahan hidup,kehilangan ayah dan perlu berdikari ketika kanak2 lain masih risau jika jam tangan tidak bewrana pink atau tiada gambar Ben-10.

Ketika ini sy sedar betapa pentingnya sentuhan dan didikan oleh ibubapa kerana kekuatan dalaman anak ini hanya mampu diberikan oleh sentuhan didikan kasih sayang oleh ibubapa. Ini menjadikan sy amat bersyukur bahawa ibubapa sy masih ada dan saya mahu berusaha menjadi anak yg lebih baik lagi.






Tutur dan sifat mereka menggambarkan mereka hidup dlm dunia kesukaran yg tidak sendiri mereka fahami. Kekosongan diisi dgn pencarian tempat bergantung kasih sayang oleh insan lain yang saya anggap tidak akan mampu menggantikan kasih sayang oleh ibubapa sendiri.



Justeru saya menyoal di mana kewarasan minda dan kekuatan jiwa manusia jika adanya manusia membuang anak dan ada pula anak yg sanggup lari dgn kekasih meninggalkan ibu bapa??


SELAMAT HARI GURU
Kumpulan LDK saya,kumpulan 7

Mama sy merupakan guru selama 30 tahun. Dia pernah mengajar kelas terbaik,pertengahan dan tercorot. Kini baru saya mengerti payahnya mengajar kanak-kanak yg tiada dorongan mahu belajar. Perlunya inisiatif yg pelbagai demi menarik minat mereka untuk menghadam ilmu yg sgt berguna dlm kehidupan. Benar2 sy menghargai jasa Mama sebagai guru.


Namun ironinya ibu bapa sekarang kerjanya salahkan cikgu dan mahu saman semata. Kenakalan anak tak apa, biar tak dibetulkan. Bukankah kerja guru mengajar sahaja? Tidak perlu bimbingan atau didikan. Bezanya dulu dan sekarang kata Mama.


Jika di sekolah Cina guru dan ibubapa bekerjasama mahukan yg terbaik dlm pelajaran anak mereka. Masih sy ingat pesan Mama pd cikgu kelas saya ketika di hari pertama persekolahan,


"Cikgu,ini anak saya. Tolonglah ajar apa yg patut.Nak marah silakan asalkan jangan sampai cedera atau mati sudah".

Oh,sy selamat sampai sekarang. Kerana disiplin itu teras kejayaan.

PENGALAMAN



Program 2 hari beramah mesra ini memberi bnyk pengalaman buat saya. Seronok melayan karenah kanak2 dan melihat telatah mereka. Terasa diri begitu dewasa mendengar panggilan kakak dan abang oleh mereka.


Segala tindak tanduk kami diperhati dan dianalisa oleh minda separa sedar mereka. Wajar kami memberi contoh akhlak yang baik dan tingkah laku yg bersesuaian dgn gelaran mahasiswa dan mahasiswi.



Sy dapat melihat bahawa pendapat pakar kanak-kanak tentang apa yang dimahukan oleh kanak-kanak ialah 'PERHATIAN'.
Mereka sgt dahagakan perhatian dan di bawah minda para sedar mereka meluahkan dgn tingkah laku yg nakal,sengaja tidak mendengar kata dan kedegilan yg sukar ditafsirkan. Brgkali ketika inilah ibu bapa hilang punca menangani kedegilan anak2 lantaran tidak tahu apa sebenar yg dimahukan mereka.


Sy bukanlah seorg ibu. Buat masa ini sy hanyalah seorg anak. Dan saya mengakui pentingnya kursus keibubapaan jika sy ingin bergelar ibu kelak. Anak-anak zaman sekarang....
p/s: Maaf menghilang sebentar. Buat semua bloggers yg bergelar guru selamat hari guru!!

8 comments:

aZilsah said...

salam,

sy pn turut tlibat dgn program yg bkaitan dgn kanak2 di uni. benar, kanak2 ni perlukan perhatian. tp ibu bapa dgn mudahnye menyandarkan suma ni kpd guru. baru sy sedar betapa sukar + mulia nya kerjaya sbg guru. smp sy pn takut nk jd guru. besar jgk tugas nk jd ibu bapa. perlu ada kursus yg mcm 2, sbb kanak2 skg ni susah sedikit.

sy merepek lg :)

anjut said...

dulu ada sekali pergi rumah anak yatim kat setapak tu. kesian diorg. cubalah mat2 rempit yg bazir duit beli motor, atau bohsia2 yg berabis duit beli gincu tu sedekah duit yg ada kat anak yatim ni ha...

Simon Malik said...

kanak² ibarat kain putih kita mencorakkannyer

dan kita remaja sudah bercorak dgn warna islam, perlu mencorakkan org disekeliling dgn warna itu ^^

biar kita jadi tinta yg mewarnakan susu sebelanga itu

anumz sarah said...

Salam azilsah,

Merepek perlu disertai dgn buah fikiran yg bukan2. Tapi ini pendapat kerana ada isi dalm 'repekan'. =). Walau apapun ,saya suka dgn pendapat ini. Amat dialu-alukan.

p/s:suka makan kerepekkah??

anumz sarah said...

Salam anjut,

maaf sukar meninggalkan komen,kerana mungkin malas ingin verified word? Juga krn anda ada pengkomen yg setia.^^. Amat dihargai komen en anjut.

Sejujurnya dunia mereka ini sempit. Minda dipengaruhi pemikiran inferior yg extrem.Ditambah kurangnya exposed pd dunia luar yg mencabar.

p/s: Bohsia jgn pilih jalan hitam...

anumz sarah said...

Salam simon,

Encik yg ada bnyk nama. Lama x berkunjung. Apa khabar? Sgt seronok dgn entry baru di blog.

Mengenai pencorakkan,mmmg tidak dinafikan ibubapa ialah pendidik tegar. Dan sy akui kekuatan subconcious minda kkuat dlm minda kanak2. Malah hati yg naif putih lagi,memudahkan penyerapan dgn melihat contoh di depan mata.

Siapa lagi jika bukan kita yg bergelar dewasa.

p/s:teringat ttg artikel saifulislam ttg kanak2 yg dewasa dan org dewasa yg dilayan bagai kanak-kanak...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

k.yg setuju ngn pndapa mama anum memg berbeza plajar dlibu bapa dl dgn skrg..even ayong br setahun jagung jadi ckgu tp pelbagai ragam dh jumpa..terutamanya bab mak bapa salahkan cikgu...ni dh biasa dh..padhal cikgu kat sekolahni bkn saje mgjar tp mnjaga mkn minum,sakit pening...macam2..siap blh jd bibik lagi..kiranya 2 in 1

anumz sarah said...

Salam ayong,

Anum setuju dgn pendpat akak.

Guru yg baik ialah guru yg membimbing.

Namun tak semua yg kita fikirkan baik di mata kita baik juga di mata org. Benarlah kata Baginda Rasul,dugaan umat Baginda ialah kesenangan dan harta melimpah ruah...