Tuesday, May 5, 2009

Kerana Melur punya hati...

MAKA ADA KETIKA

Maka ada ketikanya saya bagaikan berharap agar saya diuji serba sedikit supaya saya terus kekal bertahan mengingati-Nya. Saya bimbang kalau-kalau Tuhan sudah lupakan saya. Saya bimbang jika saya dalam keadaan telalu senang atau selesa,maka saya akan leka dan lupakan Dia.
Tetapi dugaan kali ini,ujian kali ini terlalu berat utk saya terima. Dia lelaki yg saya anggap budiman pada awalnya. Barangkali sy terlalu cepat mengandai kerana keramahan dan kebaikkanya. Dan hubungan yg akrab kilat ini mencambah buah kemesraan yg tidak pernah lebih dari sebuah ikatan persahabatan.

Namun,itu di mata saya yg mengharap persahabatan semata.Di mata dia bunga kebahayaan menjalar pantas. Entah kenapa hati halus menasihati agar berhati-hati. Waspada mendengar dia memanggil nama dgn tujuan yg kurang pasti.

Dia tersenyum. Saya balas senyumannya, Dia sahabat,itu hanya senyuman utk seorg sahabat,demikian sy ajar pd diri.

" Melur sibuk ya? Lama tak berbual..."

" Oh... Kebetulan kita sama-sama sibuk.." Sy balas begitu.

" Ya...kita berdua memang sentiasa sibuk.." Luah dia. Perkataan 'kita' ditekan mesra.

Saya menarik nafas. Tidak tahu bagaimana membalas.
PANDANGAN MATA HATI

Pertemuan yg berasal mahu mendapatkan sebuah buku menjadi pengajaran yg mengajar buat saya. Sekali ini sy sudah berpegang agar setiap keputusan sudahpun diserta rasa bertanggungjawab. Juga mesti sudah bersedia utk tidak berpatah balik.

Pandangan mata zahir seluruh ukhwah kuliah mengatakan kami pasangan serasi. Namun pandangan mata hati saya berkata sebaliknya.Segala gerak lakunya begitu tidak seirama dgn kata-kata yg keluar dari mulutnya.Tertimbul rasa sangsi bila masa solat diremeh begitu saja.

Masa solat yang diremeh sengaja ditambah keangkuhan menegur semua sistem yg ada.Dia begitu dekat dgn kemewahan walaupun tiada salahnya kaya.Lelaki 'budiman' ini bukan lelaki budiman lagi. Sepenuh sedar sy mengundur diri perlahan sebelum dia memula langkah utk mengucap rasa. Perlunya saya bertenang dan mengeluarkan racun panahan mata visi. Bukan mata hati.

Ternyata dia merasa sy cuba hilang sebelum sempat apa-apa jua berlaku antara saya dan dia nanti. Darah terasa tersirap ke wajah. Malunya bukan main lagi kerana gagal mempertahan diri.


Lalu semua pun berkata sayalah perempuan bodoh membuang tuah mendapat lelaki sebudiman ini.Saya nyeri dalam hati. Hati pecah berkeping-keping bagai tidak boleh bersambung kembali. Merunduk malu sedang apa yg berlaku antara saya dan dia cuma saya dan dia saja merasai.

PULANGKAN BAHAGIA

Kata Ummi perlunya saya bertahan diri. Perlunya pada bukti masa bukan bukti kata. Lalu saya menelan pahit perjalanan masa yg terasa lambat. Dia senyum menang.

"Kau bersalah! "
Pantas rakan ini meluah kata. Tanpa usul periksa. Dia juga tenggelam dalam sensasi cerita. Membawa juga perasaan ingin menjadi diterima. Sy mula mengira diri. Mana silapnya sebuah persahabatan yg bermanfaat andainya disemai benih keikhlasan.

Silap kerana terlalu cepat mengandai. Silap kerana terlalu mahu membuat semua juga senang. Melur bodoh kerana lupa bahawa mustahilnya semua manusia dapat dipuaskan hati.
Api fitnah menular. Membakar sempadan melerai tangisan yg sefaham saya tanda kekesalan. Sy memang kesal terhadap apa yg berlaku.Tetapi sy cekalkan hati bahawa saya manusia yang melakukan kesilapan. Namun dihukum manusia lalu menjadi mangsa keadaan.

" Saya perlukan ruang. Tolong berikan sy ruang untuk ketenangan". Dia marah. Menyumpah dalam dan luar diri. Enggannya saya mengaku kalah beerti kelibat sebenar dia sudah saya ketahui. Benar kata Ummi,bukti masa mengalahkan bukti kata.


Melur menolak kerana melur tidak mampu menerima warna sebenar. Tolaknya melur bukan membenci cuma tahu yang menerima perlu bersedia utk menerima semua. Semua yg dimaksudkan adalah yag terburuk dan terbaik. Kerana selalunya manusia hanya bersedia utk menerima yang baik-baik. Maka Melur pula mahu bersedia menerima yg terburuk juga.

Saya punya kata hati. Cukuplah saya tahu kali ini keputusan nekad seteguh permata tidak akan berpatah kembali.


KETENANGAN

" Sesungguhnya org yg menyebar fitnah dusta itu adalah golongan kamu juga.Jangan kamu sangka perbuatan itu memburukkan kamu,malah membaikkan kamu. Setiap orang akan mendapat hukuman dari dosa yang dilakukannya.Dan orang yang mengambil peranan yang besar akan memperoleh seksa yang besar pula. Sesungguhnya melemparkan tuduhan jahat terhadap perempuan-perempuan yang bersih,yang baik hati, yang beriman, akan dikutuk di dunia dan di akhirat dan mereka akan beroleh seksa yang besar"

An-Nur:22-23,

"Aku hanya akan bersyukur kepada Allah,Tuhanku yg telah membersihkan aku daripada manusia yang jahat itu"

Demikian jawapan Ummul Mukminin r.a. apabila Ummu Ruman meminta Aisyah r.a. mengucapkan terima kasih kepada baginda Rasul kerana membawa wahyu surah an-Nur 22-23 untuk membersihkan maruahnya.

Malam-malam sebelum ini dipenuhi tangis hiba memohon pembelaan dari Yang Maha Mulia dan Maha Mengasihi.Malam-malam seterusnya hanya ada sujud yang penuh tangis gembira kerana janji Dia dari surah An-Nur menyelimuti hati yg berharap hanya pada Tuhannya.


Sudah saya pohon dalam kelam malam pekat bersendiri pada Ilahi agar Dia mendekatkan jika baik dan menjauhkan jika musibah nanti.Bila ternyata warna sebenar sudah diketahui maka malam-malam dipenuhi dgn doa agar dilindungi dari fitnah dan munajat lama mencari kekuatan.

Andai saya bersalah saya sedia terima hukuman. Saya akan terima apa sahaja yang datang. Tetapi jika saya tidak bersalah saya pohon agar Allah memulangkan ketenangan hidup yg pernah saya kecapi.

" Melur...boleh ambilkan brg itu?"

Alhamdulillah,Allah Maha Mengetahui. Rakan kuliah juga ada yang bermata hati bukan buta atau tuli. Sy menyambut baik ikhlas penerimaan ukhwah yg sudi. Sekarang saya sudah tahu siapa rakan sejati dan siapa yang bukan rakan sejati. Namun sy selit dalam diri agar menjadi pemaaf seperti yang Maha Memaafi.Juga memohon agar dimaafi.

Ikhlas kerana sy tahu diri bukan terpelihara maksum tiada cacat cela pd diri. Maafkan sy rakan sejati,kerana Melur ini bukan sesempurna nabi...

-majalah Nur ,sedutan dan idea asli cerpen Alinea bertajuk "Pulangkan Bahagia"
nukilan semula cerpen oleh Hanum Maisarah Abdul Rahman,
Malaysia,May 2009
4.45 pagi

6 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

hatini akn tenag jika sentiasa mengingati Allah..

Ophe said...

aku cuba memahami... tetapi mungkin aku sedikit lambat.. atau mungkin lembab.. ermm..

anumz sarah said...
This comment has been removed by the author.
anumz sarah said...

Salam ayong,

Hati-hati yg mengingati Allah ialah hati-hati yg tenang.

Salam koishie,

Cerpen ini anum suka gaya penulisannya,lalu gubah semula ditokok tambah fiksyen dan sedikit pengalaman sebenar. Hehe... takpe2. Komen atau kritik saja. Anum belajar menerima.^^

Tirana said...

Kak tirana pun suka baca cerpen di atas tu...suka dengan lentok ayat dan bahasanya..hehehe

anumz sarah said...

Salam kak,

Gaya bahasa dan lentok ayatnya menyentuh tetapi dgn bijak. Tak terlalu emosi,tak terlalu 'kayu'. Mmg anum suka pd gaya penulisan Alinea ni kak. Syukran akak suka pd gaya penulisannya.

p/s: Kalian bloggers, ini cerpen ciptaan ya. Pengalaman ada cuma part mana biarlah rahsia. Just enjoy ceritanya.^^