Thursday, February 19, 2009

SEMALAM....

PELIK

"Kedai yg ada benda yg pelik-pelik tu ye?" Balas daddy sambil memusing stereng membelok masuk ke simpang membuat U turn.

'A? Benda pelik2?' Hati sy terkesima.
'Apakah daddy ni?Benda-benda tu dikatakan pelik' Sy mengomel lucu dlm hati.

Ok,sbnrnya daddy saya sdg komen ttg benang colour gold dan riben hitam yg sy nak cari utk buat selempang.Kedai Nelsan Art di section 2 dipenuhi dgn stationary dan ada brg2 utk pelajar yg mengambil jurusan Seni khasnya.

Macam-macam ada di sini. Dr dye khas utk kain hingga couloured pen utk ever surface. And ada juga miniature khas utk pelajar arkitek/seni dlmn.


Dari sek rendah sampai la sek menengah, sy yg dilahirkan di kampung ini(sy bangga tau!!) dan dibesarkan sepenuhnya di bandar kenal kedai ini. Malah Shah Alam menjadi tempat kami selepas parents buat keputusan utk x berpindah ke kediaman yg sedia ada di Bndr Mahkota Kuantan.
Akhirnya jadi org Shah Alam pula kami.
DULU
Sy masih ingt kawsan seksyen 2 daif amat itu krn setiap hari Mama dan sy akan pergi sekolah melalui situ hari-hari.(Mama cikgu sekolah rendah.Sy seklh rendah kat section 4).Kami akan melalui kwsn seakan penempatan sederhana dan nyaman saja krn dipenuhi tumbuhan hijau.

Pagi sejuk dan segar. Dlm perjalanan x sampai 10 minit dimulakan Al-Fatihah dan doa Allahummaftah 'alainaa hikmataka...(wajib baca kalau x kena marah dgn mak!)kami akan membuka tingkap van (yup van gaban di rumah sy. Historic tu...kesygn lagi....)dan udara tenang lg cool akn menemani perjalanan kami.


Tp,itu Shah Alam dulu.Kini usia sy menjejak 22 dan kwsn hijau diganti 'hutan konkrit'. Pagi lagi bus rapid akan kedgrn tepat jam 6.Masjid Besar Shah Alam akan mengumandangkan bacaan Al-Quran sebelum azan Subuh. Cuma dulu akn dibacakan oleh muazzin Kalam Allah itu,skrg kaset pula.

Dr penempatan Melayu Islam kecil(ini bukan politik!!!) Shah Alam dinaikkan taraf bandaraya. MPSA jadi MBSA. Dan sejarah memenuhi setiap susur galur bandar yg sy sukai ini dgn ketenangan dan ketiadaan pub(dan sewaktu dgnnya) serta gaya hidup Islamic City.


Nmun,sy BUKAN PAKAR utk mengatakan hal ini.


Cuma inilah yg dikenalkan pd sy dr kecil hingga kini dan sy berharap ia kekal selamanya begitu.Kesederhanaan sebuah bandaraya. Yg azannya bebas berkumandang,tiada kedai TOTO malah wayang. Katakan sy kolot. Well, sy terima ja. Inikan pilihan kebahagiaan masing2?

PILIHAN

"Kain warna gold ada x makcik?" Sy bertanya pd pekerja Nagoya Textile di Plaza Alam Sentral.
"Kaler gold dik? Ini.." Dia menunjukkan ke arah kain yg berdekatan.

'Ah...sudah. Kelam nye... Ini ke gold?'. Yg ditunjuk warnanya mmg memenuhi definisi warna emas. Cuma shadenye sedih ja.


Sy memerhati lagi kain bersebelahan disusun rapat memenuhi ruang. Ada bnyk shade gold. Dari yg cerah kekuningan,cair,kelam gold,lighter and darker gold.

'Nama je nk kaler gold,tp pilihan shadenya.....'

Pointnya,kita semua memerlukan benda yg sama. Makan,minum dan tempat tinggal. Tp kemahuan kita semua berbeza.


Ada yg bahagia dgn makan nasi putih,ikan rebus berulam atau x kurang juga gemar dgn FishnChip Ala' Mediterranean. Ada yg merasa cukup andai sudah punya rumah sederhana utk diduduki dan tidak ketinggalan yg mahu rumah agam luas bak pandangan mata.

Tiada salah atau betul disini. Cuma yg salah bila ada yg pilih nk jadi Tsalabah atau Abdul Rahman b. Auf. Saidatina Khadijah atau Qarun?



Dari Sabda Baginda Rasullullah s.a.w.:

(hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim)


“Demi Allah, bukan kefakiran yang aku bimbang menimpa kamu,

tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia seperti mana dibentangkan kepada mereka yang terdahulu dari kamu (umat yang silam),

lalu kamu bersaing untuk mendapatkannya seperti mana mereka bersaing. Lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti mana ia telah memusnahkan mereka"



(terdpt hadis dhaif yg sy x mampu nk bincangkn di sini.Sila lawati, http://drmaza.com dgn tajuk artikel: Apabila Ketamakan Menguasai Jiwa)


SEMALAM

(pic: sahabat dunia akhirat...)

Semalam sy cuba memahami mesej sebalik perbincangan sy dgn rakan kuliah. Sy amat tidak faham kenapa mesti dikelaskan manusia. Yg duduk bandar mcm ni. Yg duduk kpg mcm ni.

Mungkin terlalu bnyk tonton drama??

Sedangkan sy makan juga apa yg mereka makan,kaki berjimat dan jrg sekali nak jejak tempat yg dikelaskan esklusif.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Memetik kata-kata idola kesayangan ,Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,(sumber wawancara Mingguan Utusan,10 Ogos 2008 dan dr http://www.zaharuddin.net/)


Pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu.


'Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan.
Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. "


Ini berlaku:
Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.



Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain:

Syed Mokhtar: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.


PEMIKIRAN

Sudah acapkali rasanya sy tekankan hidup ini ialah pilihan dan mesti bertanggungjawab thdp kesan pilihan yg sudah dibuat.

Bila mana ada manusia yg menggunakan 'skrip lapuk kehidupan' dan menyalahkan org lain atas apa yg berlaku dlm hidupnya,sy sgt tidak bersetuju.

Life does look easier when you keep on blaming everyone kan?

Well,nk cakap apa lagi?
(pinjam ye kata-kata abg Nabil):Lu pikir la sendiri....

3 comments:

Koishie said...

saya tidak fikirkan siapa kamu.. tetapi saya begitu fikirkan apa yang kamu katakan di entri ini. ermm

ladygirl said...

saya seperti pernah naik van kamu itu~ very nostalgic.. shah alam is a very nice living place kan? =)

anumz sarah said...

Salam,
to ladygirl- Hehehe..masih ada lagi beb. Sgt nostralgic itu van. ^^huhu...

to Koishie- Brgkali kamu berkongsi pemikiran dgn Kapten Hafiz Firdaus. Dia berpegang dgn prinsip bukan siapa memperkatakan tetapi apa yg diperkatakan. Senang dgn perkenalan ini Koishiemerah. Dan aku utk kamu: Bukankah manusia itu saling mengingatkan?