Sunday, February 22, 2009

Cerita untukmu sayang...

"Sayang,belum tidur?"

Mata bulatnya berkerdip-kerdip membalas. Dari pintu terkuak kecil,bayang Mama memenuhi ruang bilik. Buku cerita diletak tepi. Semua perhatian tertumpu pd Mama.

Mama ambil buku dan senyum sbb tahu cerita buku ialah cerita fairytales. Semua org ada happy ending dan ada magic2 utk selesai masalah. Ada juga fairygod mother atau tikus2 kecil boleh tolong bukakan pintu tak kurang baju buruk jadi gaun putih berkasut kaca.

"Mama juga ada cerita utk kamu sayang..."


CERITA 1

Dgn angkuhnya murid itu bertanya kpd guru tersebut.

"Berapakah luas alat ini tanpa perlu mengukurnya?" Guru itu memandang sambil mengurut janggut kesal dgn sikap si murid.

"Mari. Sebelum aku menjawab soalan mu,kan ku ajar kau cara untuk beradab. Sebijak manapun dirimu,jika akhlakmu biadap kau tetap tidak akan berjaya!"

Sayang,kau lihat berapa ramai org di penjara yg punya ijazah? Berapa ramai yg benar2 berjaya menjadi org berguna kpd agama,bangsa dan negara?

Keimanan dan akhlak ialah tunjang kpd manusia yang berjaya. Diikuti ilmu yg berguna dan amal yg ikhlas. Ingatlah kata-kata HAMKA sayang:


Kecantikan abadi bukan terletak pada rupa dan pakaiannya tetapi
pada ketinggian ilmu dan keelokan akhlaknya.


CERITA 2

"Banjingan! Kerja semudah ini pun kau tidak mampu lunaskan? Untuk apa aku menggaji kau hah?" Marah si Abu terang-terangan kpd si amah.

Merengkot kerdil tubuh si amah ketakutan dimarah majikan. Cuma terjatuhkan pinggan kaca mahal nan satu itu dimaki habis-habisan.

"Ah,maafkan aku ya kalian. Si tolol yg digaji ini hampir mengejutkan kamu." Manis muka si Abu bila ke ruang depan melayan tetamu kaya nan megah itu.Segera disediakan oleh-oleh nan elok utk dibawa pulang tetamu tadi.

Si amah dipotong gaji,sdg kebajikan x pernah dipedulikan.

Sayang..apabila kamu menilai kawan,




Lihat cara dia melayan org bawahannya bukan setaraf atau atas darinya.



CERITA 3

"Ika sengaja ja sebut pasal haji dan Mekah! Kenapa mesti Ika x sokong rancangan Papa utk jalan-jalan di London?" jerkah si kakak.

Meja makan ditinggal begitu saja. Papa dan Mummy senyap melihat Ika bermata sembap.

Sujud malam Ika berteman air mata dan doa moga dilembutkan hati seorg kakak. Doa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah. Keuntungan bisnes Papa cdgkan agar diluangkan masa bersama anak-anak di Kota London. Ika pula memohon agar umrah dan haji bersama membuat Papa senang dgn cadangan kedua.

Rezeki dicari tidak semestinya berkat menemani,tetapi jika dicari berkat InsyaAllah rezeki senang ditemui.

Sayang,

Ingatlah Islam itu bakal menjadi asing di akhir zaman. Kuatkan hatimu utk tahu Allah bersamamu. Lantaran Yusuf dibuang saudara maranya sendiri di dlm perigi. Habil dibunuh Qabil lantaran dengki.

Usahlah bersedih dgn tentangan dunia dgn keduniaanya. Usah bersedih dgn org yg mendengki dan menghasut. Palingkan dirimu daripada mereka dan berpegang teguhlah dgn agama Allah.

Jagalah Allah,Allah akan menjagamu!



CERITA 4

Mudah saja merpati itu dekat dgnnya. Hampir setiap pagi Ayem menabur biji2 jagung utk diberi makan merpati-merpati liar di hujung bendang ayahnya. Ada yg kdg2 hinggap di bahu atau tapak tangan. Ayem sng dgn merpati2 itu.

Satu hari ibunya nak sgt makan merpati bakar. Sedap juga fikir Ayem. Fikirnya esok usai habis biji2 jagung,bolehlah dia tangkap seekor dua buat lauk.


Tetapi lain pula jadinya. Ayem balik penuh lumpur akibat jatuh mengejar merpati-merpati yg disangka jinak. Hai....kempunan lah nak rasa daging merpati...

Sayang,

Seorng perempuan maruahnya adalah permata. Bukan utk mudah diberi,bukan utk ditawar beli. Allah sudah mengangkat dirimu setinggi syurgawi,bagaimana pula kau boleh merendahkannya semata diturut perasaan berahi?

Sayang,jadilah sejinak-jinak merpati...


CERITA 5

Seseorg pernah memberitahu cerita ini kpd mama. Mama kongsikan ya?

Kononya ada seorg yg telah ditawarkan malaikat utk melihat keadaan syurga dan neraka. Org itu merasa hairan melihat neraka,kerana semua org di dlmnya sgt kurus kotor dan kering2 belakan. Sdgkan meja di tgh2nya mempunyai banyk makanan yg sedap2.

Malaikat itu menunjukkan tgn org2 di neraka. Mereka punya kedua2 belah tgn yg panjang dan berbentuk seperti sudu di hujungnya. Sukar utk menyuap dgn tgn yg panjng dan pelik itu.

Apabila beliau tiba di syurga,beliau sekali lg hairan melihat org2 di syurga. Tgn mereka serupa juga seperti org2 yg dilihat di neraka tadi. Tetapi mereka kenyang,sihat dan gembira.

Apabila beliau bertanya kpd Malaikat,ia menjawab.


"Oh,mereka belajar untuk menyuap antara satu sama lain dgn tgn mereka. Kerana itu mereka gembira."

Sayang,

Kehadiranmu di dunia utk menyembah Allah dan melaksanakan tugas sbg khalifah. Namun,ketahuilah dunia tidak seindah mana yg disangka. Di dunia juga terdapat syurga dan neraka.

Semoga kau memilih utk menjadi insan yg berguna dan menyumbang kpd agama dan negara.
Org yg paling bahagia ialah org yang menyembunyikan rahsia dirinya dgn baik dan melaksanakan urusannya dgn sempurna...



SELAMAT MALAM Sayang...

7 comments:

Koishie said...

aku lebih dekat dengan cerita kedua barangkali... sering sahaj berdepan dengan manusia hanya tahu mahu menghormati manusia yang setaraf atau yang lebih daripadanya. Sedang yang di bawahnya terlihat begini hina dan tidak berguna sekali. Kalau tidak ditunjukkan secara mata kasar, secara halus juga diperlakukan serupa... ermm..

anumz sarah said...

Salam si jari merah bercerita,

yg penting dirimu tidak seperti yg dicerita. Biarlah org yg buat kita jgn kita yg buat org.

Lgpun Allah kan ada?^^ yang Maha Adil dan sebaik-baik pelindung. Mengadu dan berdoa padaNya.

Hanya Dia sebaik-sebaik pemberi kebahagiaan. Amin.

Koishie said...

Doakanlah agar aku dan kamu juga tidak sama sekali tergolong dalam kalangan mereka itu.. ermm..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anumz..
kt pun biasa &mgkin sdg mengalami macm cerita 2..biasanya sesetengah majikan akan suka pada org yg tggi darjatnya..atau cantik rupanya..yang sentiasa ikut sahaja arahan tnpa mahu membntah seperti lembu dicucuk hidung..itula yg disuka..

anumz sarah said...

Salam ayong,

Oh begitukah? Sejujurnya anum fokus kpd cara layanan manusia kpd manusia yg lain. Mungkin cerita 2 itu guna majikan dan pekerja. Jadi di sini,anum berpendapat pekerja dan majikan mesti sama2 ada win/win situation.

Cerita 2 itu wajar dilihat dgn skop lebih luas. Cuma respons yg tidak enak apabila dihina depan2 atau diambil tindakan yg memalukan.

Jadi,bila kita pernah di atas jgn hina yg di bawah. Yg di bawah pula boleh usaha agar boleh duduk sama rendah diri sama tinggi.

InsyaAllah...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

btul tu anum kt kn usaha..

anumz sarah said...

Salam ayong,

Sy juga sdg berusaha. Hidup ini jika tiada rintangan,bukan hidup namanya.

"If you haven't feel pain then you have not lived' by filmed Vanilla and chocolate.