Sunday, February 15, 2009

AgamaNya yg sempurna...

KACA MATA

"Betullah sy tidak nampak apa pun. Kabur saja!" kata si polan A.

"Benarkah? Aku dpt melihat dgn jelas. Nah ambil kaca mata ku. Kau pasti dpt melihat dgn jelas" kata si polan B pula.


Si A mengambil kaca mata B dan memakainya dgn harapan dia dapat melihat dgn jelas.

"Apa ni? Saya semakin tidak nampak!!"


Ambil masa dan fikirkan sebentar. Pernahkah kita berada dlm keadaan itu?


Situasi ini sering berlaku dlm kehidupan. Apabila sahabat,teman,keluarga atau sesiapa saja dtg kpd anda utk mengadukan masalah atau bertanyakan pendapat.

Kdg2 mereka tidak dtg tetapi kita yg mendatangi. Kerana kita berpendapat atau ingin membantu. Benar,niat kita,anda dan semua sgt mulia.

Tetapi kenapa tetap saja masalah itu ada? Kenapa tidak dia berubah?

Setiap org punya cara melihat kehidupan.Setiap org berbeza kaca mata kehidupan mereka. Pengalaman,cara didikan dan pengaruh luaran berbeza.

FIRST SEEK TO UNDERSTAND,THEN TO BE UNDERSTOOD

Dahulunya bilik sy jarang dilawat adik sy. Tak best sgt pun bilik kakak dia ni. Tak cool. Tetapi satu hari,sy dikunjungi adik. Dgn penuh blur dia masuk dan terus lepak di atas katil sy.

Sy tahu situasi ini jarang krn sy baru2 saja menghuni tetap rumah keluarga.Sebelum ini sy merantau merata-rata atas pengajian.Hubungan adik beradik amat janggal. Sy senyum dgn keselambaannya dan memberi perhatian.

Non verbal communication ialah satu perkara yg sgt2 beharga. Bila dia melihat sy 'menerima' hanya dgn pandang dan senyum. Dia mula bersuara.

Mula bercerita ttg sekolah dan kawan2. Sy dengar. Kdg2 sy rephrase menunjukkan sy benar2 berminat.

Sy tolak duplicity/kepuraan-puraan dlm hati sy apabila berkomunikasi. Sy ikhlaskan mendengar.

Adik sy sdg menerima 'deposit emotional bank account' di mana investment long term sy dgn mengikhlaskan hati utk mendgr dgn empati mewujudkan long term benefit iaitu hubungan kekeluargaan yg kukuh.

"Kawan adik kat sekolah je pakai tudung. Kat luar dia bukak. Adik rasa ok je. Dia baik pun.Sembahyang cukup w/u ada boyfriend. Ntah kadang2 adik tak tau kenape adik pakai tudung.

Adik rasa mcm tak nak pakai. Terus bukak. Adik tak tau la kakak..."Dia mengomel dgn keletah keremajaannya.

Sy mendengar. Sebenarnya jika dpt dix-ray,saat itu juga anda nampak jantung sy gugur !
Nak marah dia saat itu? Nak nasihat panjang2 lengkap dgn surah An-Nur ayat 30-31? Atau kata suka hati kau le adik...janji kau tak kaco aku sudah.Kuburkan masing2?

Menenangkan diri dn menarik nafas. Prinsip sy 1st,understand.

"Hmm,adik rasa pakai tudung x ada tujuan ke? Kiranya ikut-ikut je apa mama suruh?" Sy menyoal ingin kepastian. Proses memahami masalah sdg berlaku.

"Takde la tak tau tujuan. Tau Allah suruh.Mama suruh adik pakai sbb Allah suruh. Tapi kwn adik..." dia terhenti.Terdiam memahami persoalan sendiri.

Selalunya apabila seseorg dlm dilema apa yg diperlukan ialah pengdefinisian masalah. Mcm yg telah sy diskusi dgn sahabat sy Yanie, setiap org sukakan kebaikan. Nak atau tak nak terserah
kpd org tersebut.


You can bring the horse to the river,but you cannot make them drink!


"I see you as an adult.Sudah akil baligh so boleh buat keputusan sendiri. Cuma ini saja yg kakak nk bgtau,setiap decision yg adik ambil,adik mesti bertanggungjawab atas consequencesnya.
Kita mesti melihat dunia dgn mata hati kita bukan dgn mata hati org lain.

Adik sudah tahu consequences tidak pakai tudung. Adik tahu consequences apabila pakai tudung. Sekarang tinggal memilih.
Dan pilihan kita tidak pernah ada kaitan dgn pilihan org lain"


Sy tutup bicara dgn senyuman.Now to be understood.

ISLAM YG SEMPURNA

Sy juga pernah remaja. Pernah rasa bila org lain advanced dn sy ketinggalan. Dikatakan 'macam baik sangat...' bila mula mengenakan tudung.Pernah rasa zaman peer pressure yg mengelirukan jati diri.Haus dgn approval manusia lain.
Sy juga pernah diselar tiba-tiba oleh teman apabila tudung dikatakan tidak cukup labuh atau pakaian tidak sesopan mana. Sy diherdik dlm kelas tutor oleh seorg pelajar lelaki yg kategori baik beriman di depan rakan sekelas krn tudung digayakan.

Namun semua itu saya telan. Kerana saya tahu agama Islam itu sempurna. Tetapi penganutnya tidak.
Bila kita memahami Islam yg sebenar-benarnya kita sedar batasan manusia yg tidak sempurna sbg penganutnya. Bila kita berhijrah kita lakukan demi redha and approval dari Allah,pemilik agama Islam.

Hijrah itu manis kerana tujuan yang benar,sahih bukan batil. Demi Islam yg sempurna. Bukan approval siapa-siapa.


Terlupa? Selalu. Jika anda dpt menghitung dosa sy penulis blog kerdil ini,pasti anda takkan ingin kenal sy. Takkan sudi pun nk singgah blog ini.Justeru biarlah kita menghitung diri dgn Tuhan. Cukup hanya Dia.

MEMIKAT,CHARMING & APROACHABLE

Ketika Allah bertanya kepada Muhammad: "Siapa kamu?"

Baginda menjawab: "Aku anak yatim Tuhanku"
Baginda diangkat menjadi Kekasihnya.

Begitulah Rasulullah. Humble,mudah didekati,charming dan memikat. Cukup adabnya dgn Allah s.w.t. Malunya tinggi sedangkan sudah dijanji Syurga Firdaus.
Akhlak Rasulullah itu Al-Quran. Halus dan penuh pengertian. Tenang. Ketika berbicara memberi seikhlas perhatian. Tegurannya membina,dakwahnya ikhlas. Racun diberi,madu yg dibalas.

Itu Rasulullah s.a.w. yg maksum.Daripada hadis baginda:
Segala sesuatu yang diiringi dgn kelemah-lembutan ia akan berakhir dgn baik. Segala sesuatu yg diiringi kekasaran akan berakhir sebaliknya
Oh Islam itu sungguh sempurna!

8 comments:

Selamburb a.k.a M Hafiz said...

Mana chatbox? Rasa2nya ni mesti dr laman ourbloggertemplate kan? :)

anjut said...

tudung dan muslimah...selalu jer jadi isu. ermm, sama ada kekurangan ustaz yang mendidik, atau ustaz kurang ariff, atau kita yg malas mengerti. betul la, pilihan kat tangan. dah tau consequences dia, pandai2 la..kan?

anumz sarah said...

To selamburb- Syukran ya ari tu ajar mcm2 ttg internet dan tech. siap ada tutorial di blog.(info berguna utk sy yg slow learner.^^)Chay box juga baru ditampal. Html ni pening juga nak baca.Buat tutorial lg tau selambubr.Boleh sy tuisyen IT dgn kamu. ^^

To anjut- Oh? Sbnrnya tgh menegur diri yg kena upgrade iman selalu. Kebetulan kursus penuh selama sabtu dan ahad menegur ttg pemakaian perempuan.Jadi more note to self sebnrnya.Maklum jika Mama x keraskan juga kami adik-beradik masuk sek. agama dan mendidik agama sec berterusan pasti sy hanyut. Syukran sgtatas didikan dan inisiatif Mama.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anum..mnusia ini tidak sempurna..kalo kamu tahu ttg diri aku juga mgkin kamu tdk mahu knal..hehheh..so perkara yg lepas jgn diigatkan..bina hidup baru ..menjadi hamba Allah yg sebaik-baiknya..hidup ini perlu adanya hijrah..

p/s: kalo anum nk tau selamburb tu adalah classmate sy wktu kt kolej..hehehe satu cos lg

anumz sarah said...

Salam ayong,

Selalu menyinggah di blog.(bg mkn tikus jap then baca entry baru.Hehehe..) Wah,kecil dunia ni. ^^ Satu kelas dgn selamburb rupanya...

Course gape ye? Same2 amik IT ke? Hebat dpt faham technology ni. Anum selalu blur2 di awalnya. Nk paham...mak aih... usaha tangga kefahaman(ada ke mcm ni?Hihi..^^)

Alhamdulillah,skrg ni sdg dlm commitment.Anum cuba berubah sikit2 dan konsisten. Nak jadi Muslim yg betul2 Muslim. InsyaAllah...sama-sama belajar dan membaiki diri.Amin.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

aah anum cos IT..
bagusla..sy pun sedg proses behijrah kepada yg lebih baik..

Koishie said...

Aku membaca dengan penuh senyap dan diam.. ermm...

anumz sarah said...

Dan aku tetap menghormatimu sebagaimana setiap manusia wajar dihormati...(merah)