Saturday, February 7, 2009

Interpretasi Cinta Seni Teater

REALITI CINTA SENI

Malam pembukaan tirai Puteri Gunung Ledang the Musical musim 3 sy hadirkan diri. Kali ini saya tonton bersama seorg lg teman baik yg juga punya minat yg sama. Sukar berjumpa dgn peminat teater skrg. Maklum sudah ada vcd,dvd dan wayang...



Baik sy tahu. Ini pilihan sy. Ketidaksempurnaan saya. Suka akan seni. Namun bukan membabi buta. Sy tidak pernah terjerit terpekik di konsert. X pernah jejak mana-mana pun tempt yg kategorinya berlampu neon kelam malam dan lagu bagai desingan kereta hampir memecahkan telinga.

Sy hanya jatuh cinta dgn teater,lukisan,nyanyian rakyat dan fotografi. Dibesarkan dgn ekpresi seni oleh mama dan ayah yg natural art lover.

Sedari kecil dgn pensil warna,kemudian krayon sehinggalah ke berus warna dan akhirnya memilih media tersendiri.Pernah di arena pertandingan lukisan sejak krayon mula di tgn hingga skrg.

Seni yg sebenar-benarnya hilang identiti jika kerap ditelan oleh insan yg tidak kenal Pemilik dan Pencipta sebenar seni itu siapa. Dan usai tirai teater sy pulang. Pulang dgn idea ekspresi dan idea pemikiran bagaiman suatu perasaan/peristiwa dpt disampaikan dgn baik.

Sejauh mana sy tenggelam dlam seni sy tetap rindukan pada Pemiliknya. Allah s.w.t yg Maha Berkuasa. Ketenangan dan kegembiraan yg Allah pinjamkan lebih hebat kuasanya dari cinta seni saya.

Justeru sy mahu mengekalkan realiti ini. Kehebatan Allah yg mencipta manusia yg pelbagai ragam.Tubuh bdn manusia yg sempurna dari DNA hinggalah keajaiban kembar,serupa tapi x sama.

Allah tetap dan wajib menjadi tempat cinta sy sebenar. Dan seni yg mendekatkan sy pd Ilahi ialah seni yg menyenangkan.


PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL

Malam PGLTM musim 3 memberi impak yg berbeza pd saya. Sbg seorg yg juga suka pd sejarah,kerajaan Majapahit dilihat penuh penuh pengaruh jawa dan sedikit agama hindu dipaparkan. Juga tarian serta bahasanya yg menawan.

Cukup sy katakan dr segi aspek culture ia memenuhi syarat2 masyarakat Jawa Majapahit.

Oh ya,ttg Sultan Mahmud yg dilakonkan AdlinAman Ramli. Bersahaja dan menghiburkan. Dgn lagak yg very da ’I’m a king so I want what I want’ menampakkan bagaimana Sultan Mahmud dlm catatan sastera sgt menghendaki Gusti Putri.

Dan 7 syarat yg dikenakan dari 2 jambatan emas dan perak,7 dulang hati kuman and yg terakhir sekali, semangkuk darah Putera Ahmad(of course anda semua pernah baca sastera kan?) sebenar nya menyembunyikan hajat sebenar sang Puteri.

Iaitu Puteri tidak mahukan Sultan. Dia nak Hang Tuah juga... (Dh org tak nak,paham-paham le...).

There are things are best to let go. If things are not meant together why bother forcing? Kan dah Sultan Mahmud marah lalu sumpah Puteri,Then Puteri and Tuah keciwa.(kecewa ejaan sebenar. Saja exaggerated…)

Tgk? Tak ramai yg terluka?

MESEJ DLM INTERPRETASI

Melalui interpretasi seni teater,kita dpt melihat gambaran jelas sebuah penulisan sastera. Ketika dlm perjalanan pulang sy mendengar komen mama sendiri ttg sejarah sebenar Hang Tuah. Bg sy (please, ini pandangan seorg student saja,bukan pakar) Hang Tuah itu lambang kesetiaan.

Tp pd Raja Mahmud yg otaknya perempuan. Nak berbakti mesti ada tujuan pasti. Taksub dgn kesetiaan bukan-bukan amat payah. Kerana Tuan sebenar setiap manusia ialah Allah. Sastera zaman dahulu mmg disulami fahaman yg bukan berpaksi agama.

Macam dlm hidup,kita mesti ada tujuan pasti. Mesti sedar diri sentiasa.Mesti tahu tempat kita sbg hamba pada Tuan segala tuan di dunia iaitu Rabb.

(pic: Hang Tuah? )


Dgn bersikap realistik dan rasional selalunya kita takkan mudah buat keputusan melulu. Usaha dan tawakal. InsyaAllah bakal mengelakkan dr ketentuan yg tidak baik.

Bila nafsu merajai hati, adakah anda mahu bertindak bagai Sultan Mahmud yg hampir membunuh anak sendiri?

Think. YOU MUST THINK before you act.

As for the performance,I would say PGLTM 3 captured my interest again in theater. This time, with deeper meaning.

P/S: Nak jadi Peter Sanders? Beliau berdakwah dgn gambar yg memberi imej positif thdp Muslim. Told you,with arts, words are a little too much. Isn’t one picture worth a thousand words????

6 comments:

izzatizaki said...

hanum,
hows PGL3?wish i have time to go and watch too..

anumz sarah said...

Salam izzati,
Alhamdulillah,better than before. I've reply to ur blog,senang nk refer tempat to buy tickets. InsyaAllah you have time punya to watch. Until 21st February and the best thing is boleh guna student ID to get 30% less. N leh dpt tempat duduk best lg. Ajak ramai2 pg mesti best!! Haiyok! sbg little treat after test,apa salahnya...=)

Simon Malik said...

salam

seronoknyer gi tgk teater. dari dulu nk tgk, tapi lom ada rezeki. arituh balik msia tak kesempatan.. huhu

mohon link page awk. =)

anumz sarah said...

Salam malik,
Silakan. Sy juga mohon link blog awk. Oh ya,InsyaAllah akan ada rezeki. Satu perkara ttg teater is the original perfomance. Takde retake. Well,sound too die hard fan is it? Sorry.^_^!

It's pleasure knowing you malik. =)

Koishie said...

Aku juga baru selesai menonton PGL. Sukakan props yang digunakan. Sukakan babak2 permainan ilusi yang ditampilkan. Tetapi kalau nenek kebayan itu hanya satu,, pasti ia akan menjadi lebih menarik bukan..

anumz sarah said...

salam koichie,
sy sudah pun melwt blog kamu. ternyata pencinta telus seni Melayu. Hahaha... ada juga pro dan kontranya jika bnyk atau satu nenek kebayan. Mengundang visual tampak kalut dlm hutan ke Ledang.
Semoga Allah menemani cintamu teman. Salam.