Thursday, February 26, 2009

Aku,Beijing - Hilang dlm pencarian...

Maafkan diri teman2 bloggers.

Sekian hampir setahun lamanya jounal travel ini sy simpan. Sy punya journal travel yg privasi. Setiap pengembaraan punya tujuan. Dan ini travelogue sbnr yg akn sy kongsikan mana yg berkenan. Jika tidak ia adalah simpanan peribadi jurnal pengembara kerdil yg menulis dgn lemah dan penuh rasa rendah diri.






Ini adalah permulaan travel sy yg paling sy rindu. Kerana rasa bersendirian di bumi Tuhan ini membuatkan kita benar2 merasa tiada pergantungan selain Dia...

SUBWAY

Yang paling sy kenang ialah ketika di subway Beijing. Berhampiran dgn Tiananmen Square.(yg punya gambar besar General Mao,if I'm not mistaken.)
Juga pd gerak hati yg kalut terlupa merakamkan irama subway manusia-manusia Beijing.

Lelaki itu hanya punya flute kecil putih yg pernah dilantunkan tatkala sy di sekolah rendah. Wajah tua serupa ayah. Duduk di tgh2 perjalanan subway yg padat manusia.

Sy takkan lupa wajah itu. Lambang kesengsaraan.
Lambang sebuah kepayahan kehidupan. Namun irama flute subway itu tetap dia lagukan.
Siapa dia? Dari mana? Apa cerita hidupnya?

Kau tahu teman2 bloggers,manusia2 di Beijing tak semua yg lupa pd Tuhan.

Sy pernah jejak Masjid Tertua di sana utk menunaikan solat. Dan sy abadikan foto bersama rkn pengembara di bumi Beijing yg penuh seribu cerita. Yg paling sy sesal ialah kegagalan merakam keindahan masjid di sana.

Juga pd petugas masjid yg begitu baik menunggu.

Tetapi yg lainnya hidup dgn tujuan yg aku juga kurang pasti. Falsafah kehidupan Taoisme dan agama Buddha yg bercampur kepercayaan animisme meresap jauh dlm masyarakat ini. Namun mereka juga berpegang kuat dgn realiti kehidupan.

Untuk hidup kau mesti tahu berusaha kuat!


MALAM
Hampir setiap malam kami bertiga akan menjelajah Wangfujing Street. Lorong itu amat dekat dgn hotel kami. Sy suka juga pd kesejukan malam yg jarang ditawarkan di Malaysia.


Memerhati vendor tepi jalan dgn jualan lipan,ulat sutera panggang dan kala jengking mampu membuat kau berdiri lama dan bertanya2 sendirian. Juga pd keberanian pelancong asing non-Muslim menelan kala jengking goreng atau brgkali kau akan terpinga dgn tikus salai bak kerabu.(well hanya nampak ekornya saja sbnrnya...)



Hahaha. Jgn geli dulu. X semua tampak pelik. Kami bnyk menjamu selera di restoran Muslim sana. Ini hanya vendor di tepi hotel sy saja. Nanti lihat sj nama hotel ya? Mana tahu bakal melwt ke sana.





Mencari oleh2 utk keluarga menjadi aktiviti wajib di Wangfujing Street. Oh ya,juga ada Pasar Rusia yg begitu baik harganya.Sy dptkan baju musim sejuk sy di sini. Jenama? Apa perlu ori jika yg tidak ori sudah cukup memanaskan! Tidak,sy punya agenda tersendiri di bumi Beijing.

Takkan berjalan di bumi Tuhan sekdr bertujuan mencari keseronokan? Perghh... Begitu sekali kau bazirkan peluang mu mengembara? Penat saja Ibnu Battuta menulis catatan pelayarannya.

Sy mencari,menulis atas lembaran jurnalku setiap ceruk malam di kota Beijing. Baik dlm bas yg tersengguk2 penumpang,juga dlm bilik kecil kami yg malap di hujung malam.

Bnyk tempat sy pergi. Di atas Tembok Besar China sy abadikan kegilaan sy terhdap puncak dunia. Juga pd kenangan di Forbidden City dan Summer Palace yg 'summer'nya sejuk menyapa tulang.(Jika pergi pd bulan November,begini la jadinya...)
Keasyikkan pd panorama ciptaan Tuhan. Muslim yg minoriti. Keyakinan dan keutuhan thdp suruhan agama dlm keadaan yg mencabar psikologi.
Ah,jadi sgt rindu pd sendiriannya di kota asing itu!

MENCARI YG TIDAK JUMPA

Hujan yg menimpa hujung Februari Malayakah menyebabkan melankolik? (Ceh! Sy kurang gemar bertindak ikut perasaan. Bangang je rasanya!)

Sejujurnya ini perjalanan jauh sy mengembara mencari ilmu.Terima kasih Fakulti Farmasi yg menyebabkan sy melangkah jauh sekali. Membuatkan sy ketagih pd aroma keasingan dan kejauhan dr tempat bergelar rumah.



Travelogue kali ini sengaja sy tidak ceritakan bagai penulis geografi atau sejarah dunia. Type saja di Google pasti kan temui tempat2 menarik di Beijing yg mesti dilawati.

Andai kaki menjejak tiada perasaan tidak payahlah sy menulis jurnal ini. Buang saja mata jika tidak erti menilai keindahan Tuhan.Observation yg tiada pemikiran mendalam sia-sia saja.

Hendak menulis bagai Diari Kembara SaifulIslam atau Akh IbnuRashidi, saya menyerah kalah sj pd mereka. Masa menjadi hambatan utk sy kenali sedalam2nya kota realiti Beijing.

Sy sbnrnya melangkah ke China utk melupakan kesedihan sy pd putus cinta cita-cita.Sy terpaksa tolak saja twrn ke Jepun atas sbb kesihatan. Dan anda tanya pd sy, sakitnya bagaimana putus cinta?

Hai,sudah cukup membuatkan sy menjejak kaki jauh ke kota Beijing mengubat
luka!!

P/S: Singgah di Hong Kong x sangka dpt mkn nasik lemak di Shadow Cafe. Aku rindu kota Hong Kong yg padat dgn jalan bersimpang siur dan manusia yg lebih sofistikated. Jika di ALexandaria atau pesisir bandar Andalusia bagaimana? Pasti penuh sejarah yg jauh sofistikated dan lebih bersimpang siur dr jalan kota Hong Kong itu!
Pesan pd semua:
Semoga catatan ini dijadi bacaan utk berkongsi dan bukan suka2 ditafsirkan. Sy tidak betah lagi menjawab perihal cinta manusiawi. Mual!! Apa jua pendapat biarlah ikhlas dan tiada tujuan peribadi.Luah atau tanya saja di ruangan Saifulislam.com atau Dr Asri. Juga pd bloggers yg lebih professional peribadi dan profilenya.
Bukankah sy katakan? Sukar utk sy kongsi jurnal travel ini krn setiap pengembaraan juga punya tujuan tersendiri!

9 comments:

fareast said...

Perjalanan yang mempunyai tujuan yang tersendiri dan yang pasti tujuan itu bukan tujuan yang sia-sia. Alhamdulillah. Apapun pengisian yang menarik juga pada kali ini dan nak tanya kenapa tak dapat ke Jepun?

Tirana said...

Wow bestnya..dah sampai ke bumi Beijing. Jauh perjalanan, luas pemandangan dan tentunya banyak pengalaman. Pengalaman itulah yang paling berharga sekali.

Selamburb M Hafiz said...

wow...ni mesti join Olmypic Beijing..hehe..penulisan gaya bahasa dah makin meningkat..

anumz sarah said...
This comment has been removed by the author.
anumz sarah said...

Salam,
To akh fareast- Syukran atas komen. Sekurg2nya akh tahu juga nk komen apa. Kali lepas akh blur je ya? Haha..Oh sy tolak atas sbb kesihatan.

JPA mohon agr sy lepaskan sj peluang ke Jepun bimbang sakit bakal bertmbah teruk. Systemic Lupus Erythomathosus ialah penyakit autoimmune yg kronik. Mujur hanya stage 1 dan sgt mild. Tetapi Allah punya ketentuan yg Maha Hebat dan lebih baik.

Sy redha dgn segalanya.Semoga akh fareast dpt menimba ilmu yg berguna di negera matahari terbit. Kirimkan salam rindu sy pd kota Tokyo dan shinkansenya. Juga pd keindahan sakura berlatarkan mount Fuji kegemaran sy. Doa perjuangan Ilmu sy kirimkan buat akh.

salam.=)

anumz sarah said...

Salam Kak Tirana,

Syukran atas komen akak. Dah ok ke kak?

Sayang sy tidak dpt kembara lama di sana. Cuma seminggu di Beijing dan HK. Harap dpy jejak ke negara Timur Tengah pula. Itu yg rajin bertanya di blog ibnurashidi tu. Hihi.^^ Maklum dia dh pakar.

Sy setuju dgn akak. Pengalaman ialah guru yg terbaik dlm hidup.

Salam selamburb,

Waktu pergi sana Satdium srang burung tgh disiapkan. X dpt nak berlatih utk sukan acara congkak olimpik.(ada ke acara ini di olimpik? Hehe.)

Nk ucap terima kasih pd Koishie dr blog jari-jari bercerita. Gaya bahasa dia lg power!

P/S:Mari semua lwt blog selamburb. Beliau ni suka pd IT sgt. Info IT berguna lg senang nk faham utk org buta IT mcm saya..hehehe...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anumZ:subhanallah bestnye dpt peluang melawat negara org yg pling pnting dpt melawat bumi Allah yg maha luas..teringin sgt nk mgembara..time msih kuat mcmnila nk mncari segalanya...

{ uMy } said...

ai di beijing.. (>.<)V

anumz sarah said...

Salam ayong- Hihi.. betul2. Tgh muda2 ni la nak mengembara. Suka sgt travel tp xleh selalu. Kering poket. Hehehe...Tp pelaburan berbaloi sepanjang hidup. Pengalaman priceless...

Salam Umy- Hihihi..ai beijing juga. Bila kita nk jejak Bali bersama? Hujung thn ingin ke Bandung?^^