Wednesday, March 2, 2011

Yes,I am a hijaber.

KRITIKAN MEMBINA

Mula bertudung ketika 12 tahun. Tahukah apa yg mempengaruhi pilihan saya? Seorg sahabat. Seorg sahabat yg benar-benar baik. Dia merupakan insan yg memiliki akhlak yg baik dan ilmu yg tinggi. Sahabat baik sy ketika sekolah rendah,Aisyah Khaulah. Kebijaksanaan dan kebaikan beliau membuat hati sy terbuka menerima tudung sebagai pakaian harian.

Namun,bukan mudah. Sy dipersoal ahli keluarga sendiri. Yg pasti bukan Mama dan Abah. Mereka yg lain. Sukar. Apa lagi dipersenda kerana konon mahu tunjuk baik. Itu ketika zaman Islam dilihat sbg menghadkan kemodenan. Zaman lagu Micheal Jackson sedang hebat dan Madonna itu pujaan.
Sy tidak kenal siapa Imam Hassan Al-Banna. Lelaki berkopiah putih dan perempuan bertudung labuh sgt rigid dan solitary. Zaman TV dibakar atau dihumban sungai. Tergugat juga pilihan ini.
Apatah lagi Mama dan Abah lebih gemar menggalakkan sy mengkaji dan membaca berbanding mereka saja memberi input.

Kini,sy bersyukur. Pilihan yg dibuat bukan sekadar ikut-ikut teman sahaja. Saya memilih hijab kerana yakin suruhan Allah itu pasti membuahkan kebaikan. Sekarang,apa jua keputusan sy tetap merujuk sumber Islam.

JAUH DARI SEMPURNA
Namun sy jauh dr kesempurnaan. Sy masih lagi sedang membaiki diri dan kadang-kadang melakukan kesilapan sbg manusia biasa. Tetapi sy merasa tersinggung jua dgn aksi perempuan bertudung tetapi liar. Sy juga kasihan kepada mereka. Tindakan mereka itu tidak patut lansung malah merendahkan martabat perempuan yg bertudung dgn tujuan yg betul.


Tudung,menjadi satu adat atau sekadar fesyen yg tiada makna. Tiada intipati. Ia bukan lagi benteng maksiat, pakaian kesopanan mahupun pilihan yg disertai tanggungjawab. Sehelai kain yang menutup seluruh rambut di kepala menjadi mainan dan gurauan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Hairan.... ataupun sy sebenarnya merasa perlunya ada intiatif agar tudung itu diletak semula pada tempatnya. Initiatif yg progressif, pendekatan yg ceria dan berterusan memberi makna. Tidak menghentam mahupun melabel.

SEKULARISME YG MENYUSAHKAN

Dahulu,sy menggambarkan dalam minda sy,perempuan berjaya perlu bersikap penuh moden dan aggresif mengejar cita-cita. Pendek kata, mengejar urusan dunia bersungguh-sungguh. Pendek betul akal ketika itu.
Sukar sy mengaitkan Islam dgn sains,Islam dgn kemodenan,Islam dgn globalisasi. Meletak dunia di tapak tangan dan akhirat di hati adalah sesuatu yg sgt asing ketika itu. Majalah yg memaparkan wanita moden separuh berpakaian lebih dianggap cantik berbanding bertudung. Ya,kesan pendedahan berterusan Barat.

Kini,wanita bertudung sudah mempunyai rangkaian fesyen tersendiri. Mereka terus mengejar cita-cita malah memiliki keanggunan dalam bertudung. Tahniah kepada wanita bertudung yg berjaya dan mempraktiskan cara hidup Islam yg sebenar. Ia membuka lembaran baru dalam dunia wanita dan lebih disenangi.

PILIHAN ITU PERLU DISERTAI TANGGUNGJAWAB.

Kepada wanita yg terus bertudung dgn niat yg ikhlas,tahniah sy ucapkan. Malah sy mahu mengingatkan diri sendiri terutamanya agar terus segar berfesyen dgn bertudung. Fesyen yg mematuhi syariah pastinya.

Sy cemburukan Hijabers Community yg berjaya menghasilkan muslimah moden lagi professional. Tahniah kalian. Di sini sy juga ingin kongsikan link kegemaran sy utk penggemar fesyen muslimah sejati:

1. Hijab Scarf by Ms Fifi Alvianto dan Ms Hanna Faridl
2. The merchant daughter by Ms Dian Pelangi
3. Style Covered by Ms Hana Tajima
4. Hijab Style(UK's first style guide for muslimah) by Ms Jana
5. Hijab trendz
6.Irna La Perle by Ms Irna La Perle
7. Hijabers community

These are my favourites among so many hijab bloggers. Plus all the hijab tutorial that you can find in You Tube. We love sharing tips aren't we? And please, if you have suggestion or any comments please feel free to do so. I love sharing informations.

No comments: