pic source:perantau89@blogspot.com
Ost Surga Untukmu meneman malam. Sudah lama tidak benar-benar menghayati sebuah lagu. Juga sudah lama sy tidak menghabiskan sebuah novel. Koleksi terbaru Bumi Cinta karya Habiburahman El-Shirazy sempat dihadamkan sebelum minggu klinikal bermula.
Karya beliau kali ini mempunyai beberapa topik yang menarik. Mengambil Rusia sebagai pentas utama yang menyajikan ujian yang berat amat kepada watak utama yang diberi nama Ayyas. Indah dan sy sendiri agak kecewa pada diri kerana terburu-buru sedikit menghabiskannya.
Bumi Cinta ada magisnya tersendiri berbanding AAC dan KCB. Isinya sangat international kerana ia benar-benar melibatkan perbincangan perbandingan agama yang memerlukan penumpuan tinggi ketika membaca.
Jujur. Novel ini menekankan integriti jati diri seorang muslim/muslimah di tengah-tengah masyarakat yang bertunjangkan nafsu,bukan Tuhan. Dan saya mendapat banyak informasi yang berguna dalam membaca Bumi Cinta.
MEMILIH CINTA?
Usai habis membaca novel,sy kembali pada realiti.Menyusun sijil untuk temuduga SPA April ini serta menulis beberapa perancangan dalam jurnal. Berfikir-fikir apakah sy mahu mengambil master dalam bidang farmasi selepas PRP. Meneliti beberapa pilihan dalam kerjaya.
Aneh,beberapa rakan mengusik tentang soal jodoh dan perkahwinan di facebook. Tidak kurang beberapa soalan nakal dari orang-orang sekeliling. Sebenarnya,saya tidak mampu memahami cinta.
Apa yang saya mampu ialah berdoa dan memohon agar jauh dari cinta nafsu. Itu yang paling saya takut. Apakah sudah cukup ilmu dan kekuatan menghadapi badai dalam rumahtangga? Dalam keadaan saya yang sakit lagi kurang sempurna,mampukah saya menghadapi semua ini?
Sakit saya bukan pilihan. Ia ujian dari Tuhan. Tetapi untuk medirikan rumah tangga itu pilihan. Dengan siapa mahu dinikahi itu pilihan. Namun dalam posisi diri saya ini, saya tidak rasa sy layak memilih.
Dalam novel Bumi Cinta, Ayyas berhadapan dengan beberapa pilihan jodoh yg pelbagai. Juga dalam novel AAC dan KCB. Semuanya sempurna. Itu novel. Semuanya hampir sempurna. Cantik,berpendidikan, solehah, baik, pandai memasak, sihat dan the list goes on.
Namun, saya ini realiti. Hidup ini realiti. Dugaan ini realiti.Saya tidak mahu pilihan itu memakan diri.
DUGAAN SOLO
Dugaan membujang juga bukan sedikit. Fitnah, gosip, salah sangka dan segala label negatif mampu menguji iman di hati.
Apa yang saya ada, hanya kepercayaan pada Dia bahawa setiap ujian ada hikmahnya. Hentikan,ini bukan tulisan meminta kasihan. Ia tulisan realism.
Saya hanya mampu berdoa dan berharap yang baik-baik. Semoga Allah memakbulkan doa saya.

No comments:
Post a Comment