Tuesday, March 1, 2011

Menyapa Mac.

MONOLOG INTROSPEKSI

Sudah lama sy tidak bersendirian melawat kekasih hati di kedai buku. Sabtu lalu baru berkesempatan.Masa..... berlalu begitu pantas.
Perlahan.Menghabiskan teh sambil melihat-lihat buku Bumi Cinta,karya baru Pak Abib di kafe Big Apple SACC. Terjumpa beberapa teman lama lalu bertanya khabar utk update cerita masing2.

Bila difikirkan semula,aneh dan begitu takjubnya kehidupan ini. Sungguh. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar.

Begitu banyak perubahan. Begitu banyak urusan. Perancangan berubah. Manusia juga. Tahun akhir ini,fokus sy lebih tertumpu pada menghabiskan pengajian dgn cemerlang. Itu harapan sy. Seorang hamba yg sedang berjuang di atas bumi-Nya.
Ada pelbagai peristiwa manis yang berlaku tidak kurang juga yg masam,kelat pahit tidak bergula. Saya menerima seadanya. Redha dan memandang sisi positif serta mengambil iktibar. Belajar melihat dunia seperti yg wajar dilihat.

Sebuah tempat persinggahan. Sifatnya sementara.

MUSAFIR-MUSAFIR KECIL

Melaka.Johor. Singapura. Melaka.

Buat pertama kalinya bermusafir bersama rakan lama dan baru. Sepanjang perjalanan,begitu banyak yg dipelajari. Begitu banyak yg diperhati. Setiap pengalaman,begitu berharga.

Ikhlas,sy mencintai setiap pengalaman itu. Dan sy sgt bersyukur utk itu. Alhamdulillah.

SEPARUH MASA PERTAMA

Mac. Bermulanya bulan latihan klinikal. Juga persediaan-persediaan. Final. Temuduga SPA. Graduasi. Aura alam pekerjaan. Dan seribu satu macam perkara yg perlu diambil perhatian sebelum bermulanya fasa baru dalam hidup ini.

Saya,tiba-tiba merasa betapa manisnya segala susah payah dunia pengajian. Segala yg saya lalui sy tidak akan sy sesali. Malah sy berjanji menjadi hambaNya yg lebih bersyukur dan merendah diri.

Tanpa Dia,dunia pengajian sy tidak akan sebaik ini. Sy berdoa dan berharap walau di mana sy berada,siapa pun sy dalam kerjaya atau hidup ini saya tetap hambaNya yg sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan sentiasa bersyukur.


Ya,InsyaAllah.=)

No comments: