Sunday, March 21, 2010

BRAIN+KLIBF= sambutan ceria March.=)

BRAIN YG BERJAYA.

Tahniah kepada semua Part 6 yg berusaha menjalankan program Brain Awareness Initiative dan Pharmacy Carnival 20 Mac yang lalu. Alhamdulillah program berjalan lancar dan kami mendapat feedback yg baik.

Sy hanya menyumbang sekadar termampu saja memandangkan keadaan fizikal terbatas dan mana yg mampu,sy cuba berikan terbaik.

Semoga kaunseling sy benar-benar dpt memberi manfaat dan berdasarkan evidence based medicine(EBM).Terdapat juga peristiwa yg menjadi pengajaran buat diri agar lebih berhati-hati dalam pergaulan.InsyaAllah akan sy cuba baiki kekhilafan sy tempohari.

Dan kepada semua pengunjung di Brain,Subang Parade,terima kasih atas sokongan anda kepada program kami.

KLIBF YANG KUSAYANG

Alhamdulillah.... Murah sungguh rezeki sy kali ini. KLIBF pujaan hati berlansung awal March dan bukan pada bulan April yg lazim menjadi bulan peperiksaan universiti saya. Maka dapat sy hilangkan rindu pada buku-buku yg telah dipendam sekian lama sejak berpindah ke kampus Puncak Alam.

KLIBF kali ini sy borong buku kerana masa utk sy ke kedai buku sangat terbatas sekarang. Syukran kepada Allah kerana atas izinNya sy dapat berjumpa dgn penulis ATN Ustaz Hasrizal dan Ustaz Amal. Juga penulis Dingin Salju Indiana. Syukran... rezeki berganda-ganda Allah berikan. Alhamdulillah...

Dgn keterbatasan yg ada serta keadaan badan yg penat akibat program BRAIN semalam sy hanya sempat ke ruang bawah PWTC. Jadi tidak dapat melawat seluruh PWTC dan menjelajah semua tapak pameran. Tak mengapa,InsyaAllah akan ada rezeki yg baik utk sy di KLIBF nanti.Mudah-mudahan....

Sejujurnya sukar sy meluangkan masa di kedai buku sejak akhir-akhir ini. Bayangkan, sy perlu memandu hampir 20 minit dari puncak Alam ke Tesco Setia Alam hanya untuk menjenguk kedai buku Gramedia di situ. Sungguh sy tidak punya masa yg sesuai kala ini.

Jadual semester 6 yg padat amat serta hanya 1 bulan saja lagi final, keutamaan sy lebih kepada pengajian. Malah perlu menghantar Research Proposal dan bakal mengahadapi Proposal Defend di kala awal April. Tangga keutamaan(prioriti) sy tersusun rapi bertingkat tinggi.Ya Allah permudahkan segalanya dan berkatilah usahaku....amin....


REZEKI BERGANDA


Mama dan Daddy pulang tepat jam 7 petang tadi. Sy hampir saja terlepas menatap wajah kesayangan saya.Nasib baik tak bertolak awal ke Puncak Alam tadi. Syukran..... Seminggu sudah Mama dan Daddy merantau ke Pantai Timur untuk melawat saudara kami hingga ke Sala',sempadan Thailand perginya. Berjalan sakan. hehe... Terima kasih Mama atas buah tangan dari pantai timur...

Pantai,kedai buku,kafe,berukhwah dgn sahabat dan sunyi hujung malam....Ini antara perkara kegemaran saya. Kerana di saat-saat inilah sy dpt menenang diri,muhasabah dan mencari energi jiwa serta idea. Sy memang tidak gemar ke panggung atau apa shj aktiviti melelahkan. Kerana kunci penghilang stress sy santai dan lebih tersendiri maka agak sukar mencari teman yg seangkatan kegemarannya dgn saya.

Tak mengapalah. Sy bahagia dgn pilihan ini.Syukran.... terkenang pd babak dialog dalm KCB ketika watak utama Khairul Azzam menerangkan mengapa french kiss itu MUSIBAH kepada mbak Eliana. Dan beliau bahagia dengan pilihan menjaga kesucian yang sangat dianjurkan Islam.

Seboleh-bolehnya sy mahu membaiki diri agar lebih konsisten menjaga akhlak dan berbahagia dalam bersungguh-sungguh bertegas dalam pilihan saya. Semoga Allah mengizinkannya.Amin.....

4 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

best nyer...x sempat nk pegi..dh tgok filem KCB?

anumz sarah said...

Salam ayong,
Alhamdulillah,anum sempat menontonnya. Kawan2 pun ada yg turut join dan suka akan ceritanya.=) Memang anum puas hati betul dgn filem KCB ini. Berbaloi-baloi.

p/s: Dpt tgk Pak Abib berlakon ustaz Mujab...best!!!!!!

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

huhu..x de ke kawan2 yg nk tempah lagi..anum nk tau k.yong ade semua koleksi buku2 pak habib..huhu

anumz sarah said...

Salam kak yong,

susah nak cari kwn2 anum yg suka karya pak abib.... ada tapi x ramai. InsyaAllah anum tanya2kan nanti.