Tuesday, March 9, 2010

PUNCAK CINTA SABAR

'' Sabar." kata Mama.

Pendek tetapi bermakna. Seminggu ini saja sudah hampir setiap hari sy telefon mama utk bertanya khabar selain meminta nasihat dan panduan utk mengharungi dugaan semester 6.

Secara jujur,semester 6 ini sangat menduga. Perjalanan pengajian semester 6 yg sangat padat dan ditambah dgn beban kerja yg terlalu banyak. Puncanya ialah ketidakseimbangan kosentrasi subjek pengajian dan workload project site yg bagaikan mini research tetapi sumbangan markahnya hanya 5%. Hingga kelas dan test subjek lain hampir dianaktirikan.

Research utama masih berjalan seperti biasa,malah hampir tergugat. Targetnya mahu selesai writing proposal dan literature review sebelum bulan 3,alih-alih bulan 3 menjadi bulan menulis literature review. Lewat 2 minggu jadinya.

DALAM SABAR

Dalam keadaan paling tertekan inilah merupakan masa utk melihat perangai sebenar manusia. Ada 2 keadaan yg paling tampak sekali dlm semester 6. Sama ada tertekan sehingga mudah melenting atau tertekan sehingga menangis.

Sy sendiri akui jika tiada sujud dan ruku' beserta doa pasti hampir ke arah gejala breakdown aja. Suara kelelahan yg teramat sgt tertampak tatkala membaca Quran. Sudah gejala SLE yg pesakitnya akan experience rasa penat yg teramat sgt. Namun semester ini terasa benar fatigue hingga kelelahan turut memberi kesan pd suara.


Mujur,kesan membaca bahan research yg merupakan buku daripada Daniel J Wallace The Lupus Book memberi maklumat yg mencukupi malah sangat membantu sy dlm keadaan yg memenatkan ini.Terutama chapter 'How to Conquer Lupus?'. Ia membantu bagaimana mengurangkan sindrom kepenatan,sakit-sakit badan akibat duduk di meja dan menghadap laptop sepanjang hari. Menulis proposal dan literature review memakan masa 2 hari berturut-turut bagi pesakit SLE macam sya.
penat study ye Oden??hehe...
Kosentrasi yg mudah terganggu,sindrom karpal tunnel dan stress pd mata serta badan memaksa sy melakukan adjustment ketika menyelesaikan kerja2 pengajian. Terkenang pd perkataan Occupational Therapy (OT) satu cabang bidang perubatan yg menumpu pada penyakit yg berkait dgn pekerjaan.

ADJUSTMENT,satu perkataan yg membolehkan sy hidup dgn senormal mungkin walaupun mengidap SLE.Mudah perkataanya,tetapi payah amat melakukannya.

PUNCAK CINTA SABAR

Puncak cinta sabar sy ialah Dia yg Maha Mencipta. Dugaan hidup yg dilalui,saat susah dan senang dlm pengajian,bersendirian bertarung dgn Lupus,semua ini, semuanya ini sy lalui dgn cinta Dia.
Dia yg menemani saya dlm apa jua keadaan. Sy yakin Allah mempunyai hikmah yang besar di sebalik segala kejadian. Dan setiap saat yg amat menduga dan menyakitkan itu sy sabarkan demi mempertahankan cinta Rabb yang Maha Kuasa.

Bohonglah jika sy tak tergelincir,tak terasa, tak tergugat kesabaran. Sy manusia biasa malahan seorg perempuan yang fitrahnya makhluk beremosi.Kebiadapan manusia dalam hari-hari yg dilalui kadang2 mebuat diri rasa ingin menyinga juga.


Bukan kerana dipengaruh emosi marah,tetapi hak mempertahankan kebahagiaan dan maruah diri. Benar kata Mama, seorang manusia yang bijak pandai ilmu setinggi langit pun jika berperangai biadap tetap tidak akan berjaya.

Jika manusia itu boleh lupa bersyukur malah boleh bertindak luar dari suruhan Tuhannya apalah sgt dibanding dgn berbuat onar terhadap manusia lainnya?

PADA SIAPA?

Sy juga dibebani stress dugaan pengajian,stress mengurus urusan harian ditambah stress menguruskan penyakit Lupus. Tiada org yang hidupnya senang lenang saja rakan-rakan. Jika lebih di sana,pasti Allah akan kurangkan atau uji pada aspek yang lain pula.

Penyelesaiannya mudah saja, berdoalah kepada-Nya, Allah yang Maha Mengetahui Segala. Kunci hilang stress sudah Allah turunkan dalam KalamNya, Al-Quran. Baca,baca bacalah!

Berdoa mohon dimudahkan urusan,berdoa menggunakan ayat-ayat Al-Quran,Ma'thurat(doa amalan Rasululllah susunan Imam Hassan Al-Banna),berdoa menggunakan ayat yg difahami maksudnya.Mengamalkan zikir dan solat sunat. Mudah.

Tetapi kenapa masih memilih utk bertindak bukan-bukan atas alasan untuk hilangkan stress? Masalah tetap ada. Jika tenang yg dicari,maka berzikirlah. Tenang dapat,pahala pun dapat. Dan InsyaAllah,tenang yg tercipt oleh zikir dan doa kekal lalu membuahkan idea utk mencari jalan penyelesaian.Nah,hilang sudah masalah!

Tiada masalah/cabaran yg tiada penyelesaian. Setiap cabaran pun datang dari Allah dan penyelesaiannya datang dari Allah juga.

Pokoknya,kepada siapa kamu minta penyelesaiannya?

p/s: Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yg sabar(surah Al Baqarah,ayat 153)

No comments: