Wednesday, March 17, 2010

Menunggu anda di Subang Parade. Jemput datang ya...=)

BRAIN AWARENESS INITIATIVE DAN PHARMACY KARNIVAL!





JEMPUT DATANG KE BRAIN!!

Persediaan Health Screening sudah sampai kemuncaknya semalam. Kami memulakan training simulasi dengan memberi perkhidmatan health screening yang merangkumi bacaan tekanan darah (Blood Pressure),Glukosa dalam darah(Blood Glucose) dan Kolesterol dalam darah(Blood Cholestrol).
Juga body fat index yang mengira lemak di organ dan subcutaneous fat(lemak di bawah kulit). Simulasi kami merangkumi rakan-rakan kuliah,staf fakulti dan juga pekerja yang membersih bangunan.

Sesi mesyuarat terus diadakan demi mengkaji kekurangan dan mencari alternatif untuk membaiki kondisi health screening agar memudahkan orang ramai.

Diadakan di Subang Parade di hadapan Fitness First, jam 11 pagi hingga 11 malam.Ada pameran,ceramah oleh MAKNA.Dan semua test ini hanya untuk RM 10. Sesi kaunseling disediakan dan anda bakal mendapat goodie bag percuma.Jadi jemput-jemputlah datang ya?


p/s: Sy kepingin berjumpa Kang Abib di pesta buku 20 Mac ini,namun demi kerja harus sy korbankan. Kempunan....

No comments: