Saya diberi 2 pilihan.
Sama ada keluar dari berasrama penuh yang saya cintai ini atau tinggal di Semashur lalu terus menanggung sakit,bengkak sendi dan kebarangkalian warded semula.
Lalu di hadapan Mama,sy menangis teresak-esak kerana dalamnya cinta saya pd Semashur, sekolah yg mengajar saya erti sahabat sejati,malam-malam yg dipenuhi Qiamulail,pagi yg dituruti solat Dhuha serta subuh yg syahdu akan sy tinggalkan.
Begitu banyak. Begitu banyak sekali pilihan yg perlu sy hadapi selepas menjadi pesakit Lupus. Sangka saya selepas Semashur tidak akan ada lagi konflik pilihan,tetapi sy salah lansung.
Saya memilih menolak tawaran ke Jepun yg saya dambakan,memilih jurusan Pharmacy walaupun saya mengambil Sains Fizikal di Matrikulasi Negeri Sembilan,memilih menukar universiti dari USM ke UITM dan terus memilih dan memilih lagi.
Segalanya demi menjaga kesihatan diri yang mempunyai banyak komplikasi. Adakah saya gembira dgn pilihan-pilihan tersebut?
Ketahuilah saya sebenarnya belajar untuk gembira dgn setiap pilihan saya. Sya menanggung setiap consequences dalam pilihan saya walaupun adakalanya saya sgt tidak mampu menerima segala ketentuan Dia.
Kemampuan sy menerima Qada'dan Qadar teruji. Teruji yg teramat sangat.
ALLAH YANG MAHA TAHU
Saya demam seminggu tatkala semua pergi menghantar sepupu saya di KLIA untuk belajar ke luar negara. Demam sy bagaikan melihat org yg saya cintai menikahi org lain. Keluarga sy memahami. Namun tidak semua benar-benar memahami.
Cinta sy pada cita-cita melebihi cinta pada Tuhan,menyebabkan sy ditegur sedemikian rupa. Namun sy titipkan doa yg terbaik untuk sepupu saya,mendoakan yg elok-elok dalam demam yg panas bersangatan. Sy yakin rezeki setiap org Allah sudah tetapkan. Saya tahu Allah pasti ada sebabnya. Segala hikmah,kasih sayangNya begitu sukar sy fahami ketika itu namun inilah hakikat.
Ketika bertatih-tatih semula membina keyakinan,sy beranikan diri bercita-cita lagi. Cinta kali ini sungguh berlainan sekali. Rupa-rupanya Allah mengganti cinta sy dgn yang lebih baik. Dia mengganti dengan sabar,ketabahan,kekuatan,keazaman dan penuh ajaran agar merasa rendah diri.
Cinta Dia lebih sempurna. Lebih dari segala-galanya yg pernah sy impikan.Subhanallah. subhanallah.
KHAIRUL AZAM CIPTAAN PAK ABIB
Ketika membaca novel kedua best seller Pak Abib,sy sangat sukakan watak Khairul Azam ciptaan Pak Abib.
Begitu sekali dia korbankan cita-citanya demi menyara keluarga.Tatkala ditolak pinangannya, tatkala melihat Anna dikahwinkan dgn Furqan,tatkala melihat rakan kuliah lain sibuk menelaah buku pengajian sedangkan dia perlu menyiapkan tempe agar dapat menyara keluarganya,dia masih tetap bahagia.
Kebahagiaan itulah yg sy dambakan. Pengorbanan yg disertakan keikhlasan itu menegur saya. Walaupun dia hanyalah ciptaan seorg penulis persis Hamka,sy yakin realitinya ramai org di dunia seperti Azam ini.
Malah,melihat wajah tua Daddy dan Mama yg semakin banyak garis uratnya,sy sedar, pengorbanan mereka jauh lebih hebat dari Azam. Dan sy memilih untuk berbahagia dgn pilihan cinta cita-cita kali ini.
Semoga kebahagiaan itu diberkati-Mu. Amin.
p/s: Terima kasih Ayong atas DVD KCB.^^
No comments:
Post a Comment