Wednesday, March 31, 2010

Ku mohon tenang-diari April

MENCARI DARI DALAM DIRI

pic:Oden yg cuba mengajar saya main keyboard....hehe...

Tenang. Itu yg dicari sekarang. Walhal bukannya sy dikejar atau dibeban masalah besar amat. Cuma status pengajian sekarang yg amat menduga.

Maklum minggu depan sy bakal membentangkan proposal defend buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Sebagai pelajar undergraduate yg masih hingusan bertatih-tatih membuat research sepastinya sy juga berharap agar research sulung ini dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat sejagat.Bukan setakat memenuhi silibus pengajian.

Apa perasaan saya kala ini? Sejujurnya diri ini merasa menyerah saja pada Dia,Yang Maha Menghakimi.

Sudah saya berikan sepenuh jiwa raga pada research sulung saya. Dugaan yg dilalui juga bukan calang-calang. Supervisor juga sangat teliti dan sebolehnya mahu saya berdikari dgn membuat keputusan sendiri dalam setiap langkah research sulung ini.Ya,niatnya baik malah sy kagumi ketelitian beliau.

Namun sy juga perlu memastikan subjek lain yg 30% penilaian berterusan dan 70% peperiksaan itu diberi perhatian sewajarnya. Sudah berkali-kali saya tekankan- Ada 5 subjek lagi yg perlu dijalani peperiksaan dan saya bukan pelajar Master yg hanya membuat research!


Well you can't control other people but you can control yourself. Akhirnya sy lakukan saja usaha sehabis baik,yang selebihnya terpulanglah....

BUAT APA BERSUNGGUH-SUNGGUH?

"Ala...kalau study lebih kurang grad sama jugak... gaji pun sama dgn yg dean's list tu."

Alangkah mudah persepsi ini. Ia seperti:
"Ala.....Aku hidup biasa-biasa sudah. Buat apa nak jalani hidup ni sungguh-sungguh? Rilex2 sudah.Nanti mati masuk tanah sama mcm org lain jugak."

Aduh...Kalau begitu tiada gunanya title ''Khalifah'' di muka bumi ini. Kerana memegang title khalifah itu membawa bersama urusan mentadbir,mengurus dan menjalankan tanggungjawab. DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Man Jadda Wajada-Siapa yang bersungguh-sungguh pasti mendapat kejayaan.

Dan bersungguh-sungguh itu perlu ada motivasinya.Motivasi dalaman bukan luaran semata. Siapa saya utk tidak pernah rasa hampir putus asa?Bukan malaikat,jauh sekali sempurna.

Hanya hamba Dia yang berdosa!


Lalu,jika diri ini dihinggap bosan,jemu dan hampir putus asa secepat mungkin akan sya pujuk dan kuatkan diri dgn berkata dalam hati;

"Saya yakin Allah tidak mencipta hidup ini untuk main-main. Pasti ada tujuannya. Pasti ada sebabnya,dan sy akan berusaha hingga menemui tujuan usaha sy ini. Bukankah Allah akan berikan kita ujian yang kita mampu lalui? Allah percaya sya mampu laluinya,maka dgn izinNya juga(InsyaAllah) sy pasti dapat melalui dugaan ini."

Ya,InsyaAllah...sy sedang mengumpul kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala ketentuan Dia. Walaupun payah,walaupun hampir lelah menahan kuatnya dugaan.saya yakin Allah tidak akan berikan ujian yg tak mampu dijalani hambaNya.

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui?


"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepada-Nya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding dengan-Nya?" – Maryam (19) : 65

p/s: rakan-rakan bloggers,doakan saya ya?^^

2 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

k.yong sokong ngn pendapat anum..cnthnye macam seorang pelajar lulusan diploma..keje biasaje.gaji RM1000.00..compare dengn seseorang yang belajar setakat SPM tap gaji mencecah..RM1200 and above..kalau kt tgok dari sudut mata kasar..memgla la buat ape bljar tggi2 tp gaji bdk SPM lgi tggi..tp kalo kt pikir dr sudut lain..sejauh mana ilmu pjar SPM dgn kt...Ilmu dan pengalaman x blh diukur dengn wang ringgit...

anumz sarah said...

Salam kak yong,

Setuju kak. Sungguh ilmu dan pengalaman tidak dapat diukur dgn wang ringgit. Untuk jangka masa pendek,mmg kita lihat gaji org lain yg memiliki kelulusan kurang daripada kita lebih tinggi.

Tetapi utk jangka masa panjang kita mempunyai kelebihan naik pangkat atau naik gaji lebih.Pokoknya usaha berterusan,sikap yg betul dan mahu terus belajar serta kurangkan kesilapan dlm bekerja.

SPM ke,dip ke,ijazah ke mahupun masters,jika sikap tidak betul,tak ke mana juga akhirnya.

Sekarang ni, dalam penjara pun ada ijazah!