VERSUS KOTA
venue: Kuala Lumpur
Time: 11.30 pagi
Sengaja bawa baju renang konon mahu test kolam renang di Hotel Traders yg amat dekat dgn KLCC.12.45 sampai tepat di depan KLCC. Naik taxi menuju hotel Traders. Hampeh!! Sy tertinggal handphone la pula. Macam mana ni??
"Excuse me miss? Can I know where mr. Abdul Rahim's room please?"
Receptionist:"Ok miss. Wait please." Taip nama sambil saya eja nama abang.
Menuju ke bilik berkenaan.
"Hah,sampai pun ko kakak!" adik sy membuka pintu.Sy sengih kepenatan akibat travel dari Shah Alam ke KLCC. Nampaknya kena lelap 'berenang gaya bebas atas katil' dulu akibat penat. Hehe.. Zzzz sebentar sebelum Zohor.
"Sarah dah sampai ke babe?" Along bertanya pd adik dlm telefon.
Usai Zohor baru Along punya masa untuk bertanya keadaan adik2nya yang nakal ni.Dia ada meeting di KLCC sedang kami 'meeting' di hotel penginapan Along. Dia juga yg ajak meneman jika tidak kami juga segan nak kacau Along yg selalu sibuk jika di KL atas urusan kerja.
Kesibukan kota dari tingkat 20 memang mengasyikkan. Jika adik x mendesak untuk ke Suria KLCC pasti sy sedang sibuk mengambil gambar pemandangan dari atas. Memang view yg jarang2 ada. Bila lagi nak dpt gambar kesibukan kota?
Ingatnya mahu lunch di lounge hotel, tapi lupakan saja. Harga rm 15 hanya untuk segelas jus yang biasanya sy boleh dapati dgn harga jauuuuuh lebih rendah di Shah Alam.(sengaja dieja lebih huruf u supaya lebih dramatik.) Oh sgt teringatkan jus di USM Penang. Bayangkan dgn rm1.50 anda dpt merasa segelas jus yg sama!!
"Poyo je harga makanan kat hotel ni.." Ngomel adik saya. Dan sy di sebelah mengangguk tanda amat setuju!
EXCUSE ME SIR..
Habis pusing2 di suria KLCC, kami singgah di O'Briens untuk makan tghari. Agak lewat juga kami makan,perut pun sudah buat konsert untuk memaksa kami memilih quick lunch. Sampai di kiosk O'Briens kelihatan seorg pelancong berbangsa Arab (jika x silap saya) sedang memilih bahan2 utk dipilih bagi membuat sandwich beliau.
Pening kepala melihat pak cik Arab ini order bahan2. Pekerja O'Briens terkial2 menyiapkan sandwich beliau. Sy dan adik melihat dgn perasaan pelik bercampur rimas. Sudahlah customer Arab ini sgt jelik didatangi pula kawannya yang tinggi lampai berbangsa Inggeris. Kami lihat mereka ini bukan golongan biasa-biasa. Dari beg-beg shoppingnya memang semuanya jenama fesyen high end.
Sy memandang adik dan kami memilih untuk memerhati saja setelah memesan sandwich kepada seorg pekerja lain. Tiba giliran membayar, pesanan beliau dan rakannya siap diletak dalam beg kertas tertulis O'Briens Sandwich berhampiran dgn pesanan kami yg sudah lama siap. Begitu pun sy dan adik memilih masih untuk terus menunggu setelah 2 pelanggan ini pergi.
"Err..can I have this Salmon Quiche and Mushroom Quiche?" Yg berbangsa Inggeris membuat quick last order. Si rakan pula meminta chocolate tart yg kebetulan berada di sebelah quiche-quiche tersebut.
Tiba-tiba si Arab itu marah lagi. Terkejut saya dan adik.
"No! NO!! I don't want Mushroom Quiche I want the chocolate!" Tegasnya dgn nada amarah dalam bahasa Inggeris berpelat Arab.
Pekerja tadi cuba menjelaskan yg beliau sedang menyelesaikan order rakan beliau bukannya tersilap. Tetapi dia terus juga membebel dan menegaskan berkali-kali.
Muak sy melihatnya.Sudahnya beliau membayar pantas dan terambil beg sandwich kami pula. Terpaksa memanggilnya semula agar memulangkan beg sandwich kami.
'Sungguh tergesa-gesa dan kurang sabar!' getus sy dalam hati.
"Rimas tgk dia ni kakak!" adik sy memberi komen. Kelat muka saya bersetuju lalu mengambil pesanan kami dan membayar cashier. Hari yg benar-benar mengajar.
Benarlah kata-kata jika ingin menilai seseorg lihat cara dia melayan org di bawahnya bukan setaraf atau atas daripadanya!
A foolish man may be known by six things: Anger without cause, speech without profit, change without progress, inquiry without object, putting trust in a stranger, and mistaking foes for friends.
BERTEMU KAWAN LAMA
Sudah janji. 29 Mei ini bertemu cik Salma manis bakal doktor gigi yg masih dlm pengajian di kampus USM Kelantan di Mid Valley. Sengaja memilih jumaat lantaran kami gemar bertemu dlm keadaan yg tidak terlalu ramai org.
Ada privacy dan mudah utk berbicara panjang. Memilih set makanan Korean Kimchi Ramyun dan BBQ Chicken special mengenepi Bibimbap yg lazim pilih. Apa salahnya bertukar selera?
kimchi ramyun
Berbincang perancangan masa depan,kisah lucu di fakulti dan x kurang dugaan yg kami lalu sepanjang bergelar mahasisiwi. Tidak sedikit air mata kami curahkan demi ijazah dan tidak sedikit dugaan yg kami lalui. Dia sudah tahun ke-3 dan sy sudah usai tahun ke-2. Masing2 sudah di pertengahan perjalanan yg saya secara peribadinya merasai kepayahan yg tidak kurang pahitnya.
Memetik mutiara hikmah Ibnu Mas'ud:
Aspire to become a scholar or a student of knowledge and do not aspire to become anything other than that.
Semoga cinta cita-cita saya terbalas diiringi keredhaan yang Maha Aziz dan Maha Malik....
p/s: InsyaAllah bakal diceritakan serba sedikit pengalaman menaiki KTM train. Gila padat. Berbeza sungguh kerana suatu ketika dahulu sy selalu saja dinasihati agar berhati-hati dgn kesunyian di Sentral. Kini Sentral memerlukan polis Jepun Shinkansen yg menolak anda masuk ke dlm gerabak hingga tin sardin pun x mampu menggambarkan kepadatan manusia dlm train....