Tuesday, April 14, 2009

UBAT HATI YG MATI

MARI BERSYUKUR,ALHAMDULILLAH...

Sy jarang sekali melepakkan diri di kedai mamak. Kerana sy kurang gemar dgn mknn mamak. Berbeza dgn ayah yg kaki kedai mamak. Ikmal memanggilnya sbg kedai mapele/maple. Entah bagaimana sebutannya utk ditaip. Pandai-pandai ya?

Namun,sy x kisah saja menjejak kaki ke situ andai ada sahabat atau kawan2 yg ingin 'berkongsi secawan kopi'(ini sy ambil dr blog abdullahjones yg er..'unik' penulisannya).

Selesai buka puasa tadi,mengucap syukur yg panjang kemudian bergegas Maghrib.Sy huni katil bersama oden yg entah kenapa sejak akhir-akhir ini gemar sgt menghuni katil saya. Juga Kechik yg semakin 'rajin' menjenguk bilik.

Barangkali mereka ingin cek sama ada sy sedang study atau tidur.Barangkali mereka ingin memastikan yg saya mempunyai teman kala study menjadi begitu berat. Kucing-kucing yg prihatin,seloroh hati saya. Haha...Stress masih di peringkat yg sgt terkawal malah sy bersyukur krn keadaan bnyk memihak kpd diri.

Alhamdulillah. Allah Maha Besar.Allah Maha Besar.Semoga sy dpt selesaikan puasa dgn baik dan belajar dgn tenang. Juga temani saya dlm setiap langkah perjuangan ini Tuhanku. Amin.

KENANGAN MENGUSIK
Kenapa pula sy boleh cerita ttg kedai mamak ya? Oh,sy teringat.

Khamis dan Jumaat minggu lepas sy tiba-tiba 'menjadi' pelajar engineer secara unofficialnya. Sy perlu menumpang kelas engineering jika ingin mengambil BJP 401. Bahasa Jepun peringkat 1.
Sebahagian dr ahli kumpulan

Bermulalah episod sy bekerjasama dgn pelajar yg bukan sebidang,bukan sekuliah cuma berjumpa seminggu sekali cuma.

Dgn mereka,sy akui cara bekerja kami berbeza dan setiap individu yg sy kenal mereka ini punya kisah tersendiri. Jadilah malam-malam sy dipenuhi undangan ke kedai mamak menyaksi 1001 cerita budak kampus.

Kisah budak kampus yg sy sendiri terdiam mendengar walau sy tidak pernah mengeluarkan soalan membuka cerita....
MALAM-MALAM
"Nak tolong takut dipukul sekali.Hanya pandang saja ibu depan mata bila ayah pukul mcm tu." Dia menunjuk gaya bagai menghayun kepala di dinding.

Teh 'o' panas di tangan sy pegang seperti memegang gelas jepun,mengambil haba dari luar gelas.Sy 'dingin' mendengar cerita dia. Hujan renyai mlm itu. Sy dingin. Luar dan dalam. Kemudian dia kembali bermain dgn straw minuman.

"Dulu pernah nak bunuh dirilah,nk kelar lenganlah,konon stress sgt ttg family. Skrg aku x peduli. Aku nak teruskan hidup,cari duit bela adik-adik yg seramai 18 org tu dan mak aku. 2 mak aku yg lain pandai-pandailah.." Dia sambung dgn nada yg sudah lali dgn segala yg berlaku.

Sy terus senyap.


ini teh tarik halia-favourite jika sesekali singgah di maple

Malam-malam begini di kedai mamak menyaksikan remaja luar kampus yg terdiri dari pelbagai golongan. Terdiri dari pelbagai kelas masyarakat. Juga mempunyai 1001 cerita dan pengalaman.

Sy tidak terkecuali menjadi pelajar luar kampus. Cuma sy masih 'selamat' di bawah naungan keluarga yg Alhamdulillah bahagia.

Malah,sy sgt bersyukur krn Allah menetapkan dugaan yg semakin mendekatkan sy dgn Dia. Andai diminta sy bertukar tempat dgn 'teman' ini sy memang angkat tgn menyerah tidak sanggup!

Bukan sekali,dua kali sy mendgr luahan seorg anak yg menjadi mangsa penceraian,mangsa keganasan rumah tangga atau anak yg dtg dari keluarga kacau-bilau. Bnyk kali. Kadang-kadang timbul gerun utk berkahwin bila cerita sebegini sampai ke telinga.
pic hiasan

Jgn kata lelaki yg bergelar suami saja salah,ada juga cerita isteri yg erti main kayu tiga dan kerjanya mencabar suami. Lelaki atau perempuan. Sama saja. Aih? Marah saya ke bila kata sama ja?

Hoho... tak apa. Inikan kupasan perangai masyarakat. I keep an open mind. Anda sudah buka minda anda?

YG MANGSA



"Cat mana auntie Sarah?" *Cha(bukan nama sbnr) yg kecil gebu membuat sy geram dgn kecomelannya mengomel. Sy 'culik' Oden yg sdg nyenyak di katil utk dibawa pd Cha.

Dia usap dgn tgn kecil yg membuat sy sayu memandangnya. Mummynya di Filipina bekerja demi makan minum mereka. Dia hasil dr sebuah keluarga yg sudah bercerai. Daddynya entah ke mana.

Abg *Cha, *Hadi beralih dari permainan video utk turut mengusap Oden yg sy pangku bagai bayi. Ketawa kanak-kanak ialah bunyi yg paling indah sy kira di dunia ini. Kenaifan mereka andai silap dicorak bakal membentuk generasi yg hanya tahu mencipta 'kesengsaraan' hidup.



Kebahagiaan yg terhasil dr kesederhanaan sudah jarang ada dlm generasi ini. Kemudian kita menuding jari pd kemodenan,pada taraf hidup dan segala pengaruh LUAR. Sedangkan utk mencipta dan mengekal kebahagiaan perlu datang dari DALAM DIRI.


Andai jati diri dan INPUT DALAMAN sudah rapuh masakan outputnya boleh kukuh? Maka jadilah peristiwa 'teman secawan teh di kedai mamak' tadi.Yg menyebabkan sy menempelak diri mengambil iktibar agar sy menjadi lebih bersyukur pd Ilahi.

PENGHUJUNGNYA PILIHAN SENDIRI





" Sebenarnya kebahagiaan hidup tidak boleh didapati dari pasangan,dari kawan dari wang mahupun kedua ibubapa. Ia mesti lahir dari dalam diri yg TAHU bahawa kebahagiaan itu kepunyaan Allah yg mutlak. "


"TERSERAH pd DIA pemilik kebahagiaan itu utk memberi dgn cara yg bagaimana. Kita hanya boleh MEMILIH dan BERUSAHA dgn cara tersendiri berlandas syaraq utk mecari kebahagiaan."



Dia menyepi pula. Memandang meja sebelah dipenuhi asap rokok konon utk penghilang stress. Teh 'o' sy sudah separuh. Sdg milo ais dia berbaki 3/4.

"Allah yg menduga..." dia mengeluh di hujung ayat yg tak terhabis.

"Dan juga yang Maha Mengetahui." sy sambung menutup bicara.

Dia senyum krn bg org seperti dia bukan nasihat atau simpati yg dia mahu. Dia hanya mahu sy mendengar. Dan sy tahu dlm keadaan spt dia, hanya itu yg paling dia mahukan...

MAHA

Dlm hidup ini,siapa pun anda ,anda sgt layak diuji. Tak kiralah anda ni seorg guru berjasa, penyapu jalanan atau tahfizah berjaya. Cuma bentuk ujiaannya berbeza.

Ironinya apabila melihat ada yg membuang anak merata-rata di Malaysia, apakah tragedi Gaza tidak 'mengajar' kita?

Dlm apa jua keadaan,ujian boleh berupa kematian,kesenangan,kemiskinan atau kejayaan. Dalam apa jua keadaan andai TAHU, bahawa segalanya pun dari DIA YG MALIK(MAHA BERKUASA) dan MUQTADIR(MAHA MENENTUKAN) maka segalanya pun bukan apa-apa sgt pd yg diuji.
Kerana hamba itu TAHU dan MAHU TAHU dan TUNDUK maka ujian adalah mknn rutin hariannya.

Maka menangislah. Menangis dan mengadu pada Dia yg MAHA MENDENGAR dan MAHA LUAS PEMBERIANNYA. Namun, sertailah dgn adab doa yg betul dan usaha yg mendekatkan diri padaNya.

Allah tidak akan memberati seseorg melainkan apa yg terdaya olehnya.(Al-Baqarah 286)

MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA
Malam itu sy kepenatan dgn kepala pusing mengharap agar assignment terakhir Jepun dpt diselesaikan.Namun jauh di sudut hati saya, sy percaya Allah mempunyai hikmah tersendiri dgn mempertemukan sy dgn pelbagai ragam manusia.

Dia yg Maha Perancang (BAARI') dan Penentu (MUQTADIR)adalah sebaik-baik tempat berserah. Mengingatkan sy pabila manusia merasa cukup senang saja kita melupakan Dia.

Dari buku Tribute Buat Nenda karya Ustaz Rashidy Jamil,

"Hati-hati yg mati itu umpama kubur.Indah di luar,di dalamnya mengerikan!"
Hadis Qudsi,Imam Ghazali

Mungkin ini jawapan Allah utk mengubat hati yg 'disibukkan urusan dunia'. Semoga hati ini sentiasa 'hidup' hendaknya... amin.
p/s: update sikit. Berusaha kwn2 di UITM utk final. Mari ulangkaji dunia dan akhirat juga!!^^

8 comments:

Ophe said...

Alhamdulillah, aku punya keluarga yang agak baik walau tidak sempurna. Aku punya sahabat yang menyenangkan walaupun tidak semua... aku punya kamu yang tidak ku sua tetapi memberi nyaman selesa.. Justeru, aku mahu melihat hidup ini dengan pandangan yang sangat positif sekali... ermm..

Selamburb said...

herm..x tau nk komen apa..
bersyukur ngan apa yg ada..
gd luck utk pelajaran..
memang bnyk mslh kt x tau sbnrnya..
sehinggalah di"bukakan" oleh Nya..
utk renungan..
oden yg mana? kuning ke?
nmpk sihat sgt..hehe

Ibnurashidi said...

salam...

Jemput ke blog baru saya...

http://www.faridrashidi.com/

anjut said...

huhu, mcm jawapan pada entry aku yg haritu..."untuk hati yang mati'..n kuicng2 tu, aku cukup irihati tgk korang bahagia...leyla aku dah nak pergi...sob sob sob...

anumz sarah said...

Salam koishie,

Salam dari diri yg juga masih belajar utk bersyukur sebaik-baiknya. =).

p/s: Buku Qurannic law of atraction bagus utk positive thinking. Complete view than the secret. ^^

anumz sarah said...

Salam selamburb,

Thanx utk wish. ^^ Oden yg kuning tu. Mmg sgt sihat. over sihat. ^^. Cek out komen di post baru ya?

Salam ustaz Rashidy,

Anum dh tukar link. Catchy nama blog baru ustaz,snng nk ingat dan promote. Salam ukhwah ustaz Rashidi.^^

Salam Anjut,

Alhamdulillah,sdg bahagia. Og Islam dlm apa jua keadaan pun tetap terbaik. Dlm keadaan baik dia bersyukur,dlm keadaan sukar dia bersabar.

Leyla nk pindah rumah baru? Mesti rasa rindu amat di awalnya. Tp yg berlaku mesti berlaku.Pertemuan mmg uk perpisahan. Sabar ya pak anjut...

{ uMy } said...

very inneed =)
thx..~

anumz sarah said...

Salam umy,

Diri juga memerlukan.

p/s:By the way love the details in the fabric by j.mraz.^^