Saturday, April 18, 2009

Growing Up IS NOT growing Old...

UNTUK APA?


Sewaktu di kursus ESQ dulu, sy sgt teringat pd saat semua peserta diberi peluang utk menjawab survey utk apa kami belajar? Untuk apa tawaf dari bilik kuliah ke bilik lalu ke library setiap hari?

Dan ternyata pilihan jwpn kebanyakan peserta ialah belajar kerana ibubapa, wang, pencapaian dan yg paling sy geli hati kerana girlfriend.(uu...maaf tp trainer pun rasa geli hati juga..hihi...=P) Lalu kami ditempelak usai sesi survey.

Saat di mana lakonan assintant trainer konon 'tension' x dpt belajar aweknya lari dikebas. Juga saat dia kehabisan wang dan tidak dipeduli ibu bapa lantaran masing2 bercerai.




Si pelakon hilangkan tension dgn ke kelab malam,lalu bergaul dgn kumpulan 'kupu2 malam' utk mencari 'kebahagiaan'. Akibatnya si pelakon mati dengan menjerit nama "Maya!!" sebagai kata terakhir.

Lalu Pak Firdaus Djarmisin memberitahu 'Maya' agar mengampunkan dosa si mati. Kerana bukankah si pelakon hidup demi Maya? Bukan Yg Maha Mencipta??




BILA JEJAKA MENANGIS....



Saat itu 3 minggu lagi kami akan berdepan dgn peperiksaan. Sy baru saja tiba di rumah utk mengurus diri tiba2 disapa mesej dari seorg kenalan. Dia ialah teman lelaki pd teman sekuliah sy.

Pelik juga krn tidak semena-mena mendpt mesej dr *Isa. Lalu sy katakan yg skrg ialah waktu rehat.Jam itu juga phone berdering. Dan sy menjawab (dgn nada pelik bin ajaib) panggilan *Isa.




Suara dia berbaur sedih dan kecewa. Dan selama hampir 3 jam sy menadah telinga utk mendgr luahan *Isa.


Dari kecewanya pd teman sy kerana beralih cinta,kepada ibu bapanya yg bercerai skrg masing2 menghasut anak-anak sendiri agar membenci sesama mereka kepada dirinya yg sudah hilang sumber kebahagiaan lantaran kembali solo dgn drastiknya.



Sy kurang gemar terlibat dlm 'dunia 2 org'.Bukan sy ego atau x berperasaan, tetapi inilah akibatnya.


Sy tegaskan yg kebahagiaan dia tidak pernah terletak pd orang-orang di sekelilingnya,tetapi ia mesti lahir dlm diri. Malah dalam masa seminggu *Isa dikhabarkan keguguran rambut,turun berat badan dan kali terakhir dia dimasuk wad kerana disah depression.




Sy menggeleng kepala. Kesal dgn sikap rakan sy. Kesal dgn sikap *Isa.


ACT YOUR AGE!!



Dlm sebuah majalah x lama dulu sy pernah terbaca 20 things you should do in your 20's. Dan antara senarainya ialah melengkapkan diri dgn ilmu,skills dan menariknya DATE ONLY IF YOU REALLY LIKE THE GUY.


Ok...err... well,sy lebih gemar menafsirkan dgn hanya bila anda benar-benar bersedia menerima si dia barulah bersetuju dgn pinangannya.(WAJIB IKUT SYARAK YA!!).


Al-kisahnya setelah episod air mata jejaka barulah sy benar-benar faham kenapa. *Isa dan teman sy bercouple kerana alasan tangkap muat saja. Dah org tawar kasih sayang apa salahnya kan? Kan?



Terime je la... Ye lah nk kate si dia x hensem,boleh tahan juga. Nak kate si dia kaya,ok lah... Lagipun org lain PUN COUPLE juga, x best la single. X de geng... Lagipun x semestinya akhir ke pelamin... Kan muda lagi....


Lalu bila dah selalu sgt berjumpa,berdating akan bermulalah episod BOSAN. Dari buku Aku Terima Nikahnya, karangan Ustaz Hasrizal,alasan sudah bertemu yg lain,perasaan cinta pudar dan mcm2 lagi sebenarnya ialah derivative dari alasan utama iaitu JEMU.




Akhirnya break up. Masing2 pun salahkan masing. Yg best sekali alasan ialah "waktu aku solat istikharah minta petunjuk, waktu mimpi x nampak muka dia tapi nampak muka yg lagi cun tu!!".



Maka atas alasan solat istikharah putuslah. Maka atas alasan solat istikharah 'couple'lah.

Sdgkan mimpi ada 3 jenis iaitu pertama khabar gembira dari Allah,kedua gangguan dari syaitan dan ketiga kerana terlalu memikirkan sesuatu perkara hingga terbawa dlm mimpi. Ini sabda baginda dan direkodkan dlm Tafsir Al-Ahlam,catatan Muhammad Ibnu Sirin.


Ye ke penulis blog cik hanum? Pandai-pandai je... Awk pernah couple ke? Pernah ke rase cinte-cinte ni? Awk x pernah couple jgn mandai-mandai!! Dah kena baru tahu...


Aduh... ditempiasnya saya. Tak apa... I keep an open mind... Anda dah buka minda anda?


YG 'TUA'...


Senyum senget sy dikatakan 'org tua' oleh teman-teman sekuliah bilamana sy sudah tidak betah utk keluar jalan-jalan utk karaoke, shopping-shopping kosong atau sekadar keluar lepak2 bersama rakan-rakan kuliah yg lain.


Atas prinsip 'setiap org ada pilihan kebahagiaan masing-masing' sy diamkan saja. Mmg sy tak gemar nk keluar tanpa tujuan. Release tension ya? Sesekali boleh juga. ^^ Eh,sy pun reti nk cari tudung di jalan Tunku Abdul Rahman atau meredah KLCC demi Kinokuniya!




Matang bukannya bosan. Tapi lebih responsible dlm setiap tindakan. Selagi sy keluar dgn tujuan yg baik sy akan redah traffic demi merasa semula Kuey Teow Basah terkenal di kota Penang.



Utk rakan-rakan disayangi,wajar jika bersikap lebih bertanggungjawab terhadap pilihan diri sendiri. Kerana kdg-kdg pilihan kita mempengaruhi org lain juga. THINK BEFORE YOU ACT,kawan...


Semoga kalian semua dipertemu jodoh yg sesuai dan berkekalan..amin.


p/s: Doa kejayaan cemerlang buat rakan-rakan yg bakal menghadapi peperiksaan. Semoga Allah menemani setiap langkah perjuangan mu... Amin...

11 comments:

Tirana said...

Anum..tak kenal maka tak cinta..so kalau tak nak bercinta..jgn kenal..Dalam islam pun ada batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kenapa Allah adakan peraturan itu? Untuk kebaikan kita juga sebenarnya..

Koishie said...

Aku juga pernah terjebak dalam situasi seperti itu. Hanya kini punya ketetapan memilih seseorang bukan atas dasar terjebak... namun semuanya akhirnya terserah pula pada jodoh bukan...

anumz sarah said...

Salam kak,

Jika ikut syarak dan batas pergaulan,InsyaAllah selamat segala pergaulan kak. Dlm Islam ada majlis taaruf dan adab2 yg sesuai cuma di Malaysia aplikasinya kureng.

Ye lah, x moden,x cool,poyo kalau jumpa2 depan mak ngan ayah ni. Nak kenal,nak cinta tp tanggungjawab? X nak pule... hihi.. mcm2..^^

Salam Koishie,

Kekuatan jodoh perlu juga usaha kemudian tawakal. Dan sesungguhnya jika berckp ttg C.I.N.T.A. ia adalah topik yg akutidak berapa layak mengupasnya.


p/s: Walau apapun pandangan ttg hubungan lelaki dan perempuan or cinta, sy tetap menerima dan menghormati segala buah fikiran anda semua.Sila-sila... Be yourself. jgn malu 2.^^

Siti Salina said...

A'kum Sarah.

Saya dari kuching, sarawak. Terjumpa blog awak dalam tengah surfing mengenai sle. Awak adalah orang kedua saya hubung mengenai sle. Saya nak tanya awak sakit sle dah berapa lama dan awak lupus nephritis ke?

aisyah said...

Assalamualaikum Hanum Maisarah,
huhu~ rindu... teringin nak keluar dgn hanum.. nanti insyaAllah saya balik summer nak ikutlah Hanum g jalan TAR.. (alaa, tapi Hanum sudi ke nak kuar dgn saya ni?)

anumz sarah said...

Salam siti salina,

Thank u so much for reachong me. I am ready to talk openly bout lupus now but afraid that I will be the only one who actualy care. Uu...I know a bit sceptical there,but I believe things will become better with time. Thank u and I left quite a lenghty answer to your blog. Hope it help. =)

salam aisyah,

Wah!!! Sy sangaaaaaaaaaaaatttttt sudi nk jalan2 keluar dgn cik aisyah.

Balik summer ye?? Hee.. mesti rindu nk makan makanan malaysia ni. Apa mau? Nasi lemak? Sambal pedas?? Jom jalan2 di TAR,pekena teh tarik lepas cari tudung. Huhu..^^ Sekiranya cik aisyah sudi..hihi..=P

Siti Salina said...

Hi sarah,

Thanks for replying. I have been diagnosed with sle last year. I contact norly two months ago who also have a blog name norlylupus. I just want to ask u about your lupus nephritis. Have u done kidney biopsy? This is because i have been thinking to do the biopsy. Hope u could tell me something your side.

Siti Salina said...

hi sarah

I got your response from my blog. thanks

mr coklat said...

salam anum.. sy suke entri ni. ade unsur2 amaran, nasihat dan motivasi.. kalo boleh sy xmo couple2 ni. nk kawen trus pastu baru couple.. yg penting kena percaya kpd qada' qadar tuhan..

aisyah said...

huhu, comel2

Aah, insyaAllah balik summer.. Hanum dtg tau walimah my bro nnt. ^__^insyaAllah on 11/7. (capub lak tetiba invite kat sini)

hehe, ok.. kita date kat jln TAR insyaAllah. saaayang Hanum...

anumz sarah said...

salam mr coklat,

Sekadar berkongsi mr coklat. Sy mmg bukan pakar lansung ni. Silakan komen membina.Syukran krn sudi menjenguk blog kerdil penulis ya...^^

Salam aisyah,

Wah,lama tak dating ni... InsyaAllah... Semoga dilapangkan Allah waktu itu hendaknya. amin. ^^