Monday, April 6, 2009

Perak,UTP,ESQ - the REAL secrets.

DEMI CINTA YG UTAMA

Masa menekan sy utk bergerak pantas. Sy mesti tiba di Sentral sebelum jam 1 utk ke Batu Gajah. Dan perjalanan ke Sentral yg sesak spt mustahil tp sy doa amat2 dlm hati agar sempat juga.

Formula dr buku The Secrets by Rhonda Bynes menekan pemikiran positif. Law of attraction yg menekan like attract like. Dan sy sbnrnya masih ragu dgn penulisan yg tidak berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Bacaan spt ini mampu menyesatkan akidah atau memesong kepercayaan. Dan kembara sy di bumi Perak demi kursus ESQ membuat sy mengenepikan buku itu sebentar. Sesungguhnya sy amat bersyukur kerana mengenepikan buku itu sebentar. Kerana kebenaran membawa sy kepada the Real Secret.

Real Secret by Al-Quran mengukuhkah jiwa dan cinta.

PERJALANAN

Alhamdulillah,perjalanan selamat. Malah harapan agar dpt menemui apa yg cari selama ini tercapai. Merasa Dia dekat. Merasa Dia yg paling didambai. Cinta utama pd ilmu yg mendekatkan kepada Dia, Al-Hakim, Maha Bijaksana menyebabkan kembara telah membuahkan hasil.

Selama ini sy amat dambakan KEAMPUNAN dari Nya.

Utk ESQ terima kasih kerana sudi membuat modul motivasi yg luarbiasa sekali.
Kematangan penyampaian isi ceramah dan seminar yg dikukuhkan dgn scientific and Quran's Centered menyebabkan sy sesak nafas menahan ketakutan gemuruh dlm jiwa tatkala visual modul SEKSA KUBUR yg menampar kuat hati.

Jiwa direntap kasar dgn soalan BERSEDIAKAH AKU UTK MATI? Sy menunduk dlm diri. Merasa hati sudah terlalu kotor dek urusan dunia yg fokusnya bukan REDHA Ilahi. Sy menyesali diri yg lalai lupa meletakkan Allah dalam setiap aspek hidup sy. Sy yg ujub,fakir,hina dan lalai. Astagfirullahala'zim... Ampunkan dosa saya ya Ghofur...

ESQ mengajar sy yg ada cara utk berjaya yg lebih baik dr segala cara yg sy dapati dr buku-buku R.Covey,Tolle atau Byrnes.Lebih baik berbanding motivasi Robin atau Oprah.

Demi Allah yg mencipta langit dan bumi,menguasai seluruh alam,kalam Mu,Al-Quran tetap yg pertama dan terserah kpd manusia utk mengkaji dan mengaplikasikannya...Semoga aku ditempatkan dlm org2 yg soleh dan solehah.

DEMI MATAHARI

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila bulan a/p ia mengiringi,

Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam a/p ia menutupi,

Demi langit beserta seluruh binaanya,
Demi Bumi serta yg ada di hamparannya

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya...

Allah...subhanallah...

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bg yg mensucikannya,
Merugi by yg mengotorinya.

Subhanallah...

Menyentuh setiap aspek dgn delicate menyebabkan kursus 12 jam selama 2 hari itu membuatkan sy tetap rindu dgn penyampaian yg menyedarkan.Sistem teknikal yg diambil berat dan serius melancarkan perjalanan ceramah.

Malah contoh terus kpd nabi Ibrahim,nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w khususnya menjadi jiwa sgt damai. 99 nama Allah yg menjadi core menyedarkan bahawa Allah ada dlm setiap ciptaan/makhluknya. Al-Latif utk si rembulan yg lembut sinarnya.

Al Wadud utk cinta yg merupakan fitrah setiap manusia.


Dari surah Ar-Rahman:

[25] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[26] Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. [27] Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

[28] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[29] Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

[30] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[31] Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!


[32] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

UTK 'KAMU' YG SEDANG BERCINTA

Laskar pelangi mengiringi penulisan kali ini. Memori ialah satu yg paling dihargai.

Tenggelam dlm mimpi yg menjadi kembara jauh demi sebuah tujuan,
Memaknakan kehidupan.

Kerana aku mimpi syurga,
Resah peluh takut tidak mahu ke neraka,
Sedang diri rasa amat malu,hina,
Sungguh,
Layakkah hanya utk menjejak taman bg org yg diberi balasan atas kebaikan?

Dalam cintaku sedalam cintaMu?
Ya Dzal Jalalil Wal Ikram,
Maha memiliki Keagungan dan Kemuliaan,

Semoga Kau tetapkan imanku.
Semoga kau kekalkan ketaqwaan,
Jangan dihilangkan setelah Kau berikan kesedaran.

Kerana utk 'kamu' yg sedang bercinta,
Tiada yg lebih baik selain dr amal yg mendekatkan diri kpd Tuhan mu.

Dia,
Yg mendekati mu dgn seribu langkah,
walhal,
kamu hanya mendekatinya dgn satu langkah!

8 comments:

Tirana said...

Anum, kak tirana belum baca lagi buku ESQ..ada beli one of the books tentang ESQ tu tapi kak tirana cadang nak beli satu buku lagi dalam ESQ series. Kena baca buku tu dulu sebelum kak tirana baca buku yang kak tirana ada sekarang. InsyaAllah akan cari buku tu dalam masa yang terdekat.

anumz sarah said...

Salam kak,
Anum pun belum baca buku ESQ lagi tp InsyaAllah akan memilikinya dlm masa terdekat.

Sempat ke program ESQ di UTP Perak. Mujur diajak teman baik. Bersyukur amat dpt berada di dlm kursus ESQ kak. Sgt bagus penyampaian motivasi oleh Pak Firdaus trainer khas dr Indonesia.

Nanti akak sudah baca jgn lupa ulasan ya di blog? Anum menunggu.^^

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

anum maaf ye bertanya diri jahil skit..huhu buku ESQ tu story about what

anumz sarah said...

Eh,anum pun jahil juga pd awalnya. Kita sama2 belajar ya. Itulah gunanya bertanya.

ESQ ialah Emotional and Spiritual Quotient. Selain daripada IQ (intelligent Quotient) manusia memerlukan EQ dan SQ. Ia utk mengurus ilmu spiritual dan ilmu emosi dlm seorg manusia.

Kepandaian tidak terletak pd IQ shj. Pernah dgr yg life is not exam paper? Atau org bijak pandai dlm pelajaran tetapi akhirnya bunuh diri akibat kegagalan mengurus emosi dan rohani?

Jadi ESQ ialah pelengkap kebijaksanaan manusia. Body mind and soul. Nak tahu lagi sila layar www.esq.com.my. InsyaAllah bnyk membantu.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

ooo..tq ya..for ur informatian..

Koishie said...

aku belum pernah menghadiri ESQ tetapi lagu matahari terhafal mudah di bibir.

Jika tiada aral yang melintang pukang, 17-19 April depan, aku akan menyertai ESQ.. Mohon ianya berlangsung dengan penuh kelancaran.:)

anumz sarah said...

Salam koishie,

Wah,benar? Di mana? Sbnrnya bila dh pergi ESQ boleh jadi alumni dan free utk menghadiri mana2 kursus nani. Mana tahu... aku boleh luang masa melawat. Hehe... tp tgk jadula exam dulu..^^

Koishie said...

:) flamingo hotel, ampang...