Sunday, April 26, 2009

SEPARUH MASA PERTAMA.

SAMI RAMBUT MERAH

" Kamu suka bola keranjang?"

Penutup komik SLAMDUNK kegemaran sy berakhir dgn satu soalan yang tampak sgt mudah namun ia adalah soalan yg paling sukar dijawab.

Dan watak kegemaran sy sebenarnya ialah Sendoh yg cool dan tenang bersahaja. Pemain nombor 10 dan 11 dari sekolah tinggi Shohoku memang watak utama tetapi jika dibenarkan memilih maka Sendoh adalah watak pujaan saya.


Berangan? Haha.. sekali-sekala. Tetapi komik sekarang tidak sehebat komik dahulu. Cerita juga entah apa-apa. Merepek je banyak. Mungkin juga sy sukar untuk berjumpa komik sehebat Slamdunk, Penyiasat Remaja dan Samurai X.

Oh,kerana sy suka watak2nya? Haha... Sekali lagi salah. Kerana sy jatuh cinta pd setiap kekuatan wataknya. Terutama Sami Rambut Merah yg fokus mahu berjaya. Fokus ialah kunci kejayaan, malah ditampilkan dgn realistik sekali dlm Slamdunk.

SENSE OF PURPOSE

Menonton astro awani ketika Ustaz Hasrizal ditemuramah dlm tajuk Anak Genius menyebabkan sy menilai sense of purpose ketika menjawab soalan final sepanjang minggu ini. Sy baru selesai paper ke-2, PHR 473, Endocrine, Reproductive System and Pharmacotherapeutics. Tajuk panjang dan sukar diingat?

Haha... cuba le jawab soalannya pula. Sepanjang tajuk itu jugalah subjek ini perlu dihadam dan diingat.

Seingat saya,sy senang sekali dgn proses membaca buku,memahaminya dan ber'payah' dlm mengejar ilmu. Sy menemui ketenangan yg paling mendalam ketika mengusahakan pekerjaan yg disukai.

Go SHOHOKU!!

Namun,realitinya hidup ini tidak 100% sempurna. Pasti ada that very annoying things or challenge yg mencabar lalu menyebabkan kita ragu-ragu.
Dalam buku La Tahzan ada 3 keadaan yg paling ragu dlm hidup manusia.
1. Memilih pengajian
2. Memilih pekerjaan
3. Memilih pasangan

Well,nk bagi contoh boleh berjela entry kali ini,but I save it for you to read it on your own. Finding answers is much more interesting than waiting for answer. That way, you learn more.


HIDUP MAIN-MAIN??

Mengingati sense of purpose kenapa sy relakan diri ditimbuni nota-nota,assignment yg menggila dan bertawaf pagi,petang,siang dan malam ke fakulti,library,bilik diskusi dan dewan kuliah, (anda dh penat ke baca ? haha..=) baca pun dh penatkan?) lalu menjawab final yg menyebabkan tangan lenguh berpeluh utk 2/3 jam?

Kenapa la kena buat semua ini? Nk kerja kerajaan? Nk dpt kerja senang? Nk dpt duit gaji bulan2?? Or nk jadi pharmacist kaya raya? Nk org puji dpt degree? X pun sekadar suka2 je amik course ni nak tgk best ke x?

Heh. Sama le dgn soalan ANDA HIDUP UTK APA DI DUNIA NI?

Nak main-main? Nak suka-suka? Ala...Allah bg time muda utk kenal dunia la beb!! Jalan2 di kota raya la... kasik enjoy muda2 ni then dah tua baru la serius sikit.

Ohoho..sy x nak komen bnyk. LIFE IS ALL ABOUT CHOICES. Sy tahu pilihan saya. Dan sy mahu bertanggungjawab dlm pilihan saya. Semoga anda juga sama.

SEPARUH MASA PERTAMA


Sejujurnya jadual exam saya seperti permainan bola keranjang. Ada half time.
sy suka jug pd org utan,abg kaca mata dan pendek ryota. juga MVP Hissashi Mitsui

2 paper diselangi 5 hari preparation sebelum 3 paper seterusnya. So this is my first half time. Dalam mana-mana game,mesti ada separuh masa pertama dan separuh masa terakhir. Malah sgt penting utk menilai performance agar segala kesilapan ketika game time dpt ditebus semula.

Teringat sy pd Sakuragi Hanamichi (watak dia mmg menggelikan hati dan gila-gila) ketika permainan terakhir sebelum tulang belakangnya cedera. Bagi pemain bola keranjang kecederaan boleh mengubah hidup seorang pemain.

Maka dia berjuang bersungguh-sungguh dan sanggup bekerjasama dgn Rukawa(musuh ketat yg pendiam,namun dia masih bukan Sendoh!! ^^haha...) utk memenangi permainan itu. Bagi Sakuragi; DIA HANYA ADA MASA SEKARANG...

Takehiko Inou berbakat besar.^^

Yg kelakarnya Hanamichi bermain bola keranjang hanya mahu memikat Haruko(er...watak heroin la... dh ade hero mesti ada heroinnya...name pun komik...). Bersungguh-sungguh dia belajar bola keranjang semata-mata utk Haruko. Akhirnya dia sendiri suka bola keranjang. Jika dapat berusaha bersungguh-sungguh utk dpt Redha Allah mcm Hanamichi kan best? (Ini analogi ya...)


Dan jika ditelaah lebih dalam;

"Beribadahlah seperti anda akan mati esok hari, dan hiduplah seperti anda akan hidup selama-lamanya..."

atau dgn kata pendeknya:

Go Sendoh!! ^^
BUAT APA PUN BERSUNGGUH-SUNGGUH!!
TERIMA KASIH

Sy minta maaf kepada semua bloggers yg sudi mengucapkan Goodluck atau ucapan maju jaya di blog simplylifesarah . Sy tidak sempat menjawab ucapan kalian semua yg begitu dihargai dgn cepat atau secara peribadi.


Maka di entry SEPARUH MASA PERTAMA ini sy mengambil kesempatan utk mengucapkan TERIMA KASIH YG TERAMAT SANGAT kepada:

Selamburb dari blog selamsendawa
Koishie dari blog jari-jari bercerita
Biskott dari blog Biskot rendam kopi O
Fareast dari website mohdfais.net
Mardhatillah Fatahiyyah dari blog wardatulummah
Nolly Molly dari blog My SLE

TERIMA KASIH SEMUA!! ^^
Oh ya,Aisyah,Lillah,Kak Tirana dan sesiapa saja yg tersenarai di Bloggers Station, serta all silent reader- THANK YOU SO MUCH TOO!!

3 comments:

Selamburb said...

Hanamichi Sakuragi..
bijak anum olah dprd citer komik
kpd isu yg lebih bermanfaat..
smoga tenang dan dpt menjawab exam ngan cemerlang..
seperti kata anum usaha bersungguh2..
kalo tawakal tanpa usaha pun x dpt apa2kan..hehe

Koishie said...

mudah-mudahan separuh masa pertama kamu mencatat score yang baik dan memberangsangkan juga...:)

anumz sarah said...

Salam selamburb.

haha..terima kasih selamburb. InsyaAllah..^^

p/s:komik time sek menengah...

Salam koishie,

InsyaAllah dpt score yg baik..uu...amat berharap ni. sbnrnya...^^