Wednesday, April 1, 2009

Menjadi yg tersendiri-APRIL sudah tiba?

BERITA DR KAMU YG AKU KENAL

Mendapat berita dari yg dikenali membuat diri 'tercuri' sebentar dr arus kesibukan persiapan peperiksaan.Simpati menyelubungi. Sy dan dia punya mimpi ngeri yg sama. Mimpi ngeri yg mengubah hidup buat selamanya.

Menjadi pesakit kronik SLE(systemic Lupus Erythomathosus) ialah sejarah yg paling sy takkan lupakan.Saat-saat menduga iman dan kekuatan dalaman diri berhadapan realiti kehidupan. Namun ia mematang diri. Menjadi lebih baik dr sy yg sebelum ini. Syukur sy panjatkan krn ketentuanNya sentiasa yg terbaik.
Selama 8 tahun hospital rumah kedua,bertukar universiti dan menghadapi karenah manusia yg sinical dan kdg2 mencuit hati. Sy tahu,sy tidak seteruk kanser atau chronic disease yg lain. Tapi SLE memberi cabaran tersendiri.

bersama emal,kawan baik sy yg sentiasa memberi sokongan dr awal hingga akhir. Kamu terbaik teman...

Kbnykan pesakit SLE tampak sgt sihat di luar. Tidak ketara physical symptom melainkan SLE sudah sampai peringkat flare-Active SLE.




kumpulan riang-riang,sahabat yg dikenali hati budi. Semoga Allah memberkati persahabatan kita. amin....

Butterfly rashes dan moon face adalah wajib bg yg flare.Dan juga kidney yg menjadi mangsa organ pertama yg boleh 'tekorban'. Berita dr yg dikenali membuat sy mengimbau kenangan kesedihan yg teramat di hospital.

Di mana sy berada dalam 'kelas kehidupan' yg sebenar-benarnya...

KETIKA-KETIKA

Yg paling sy ingat ialah ketika Mama mengangkat sy dari katil hospital ke tandas,kaki seperti diikat besi,lumpuh buat seketika.Juga pd 2 minggu berturut-turut tidak menjamah mknn hanya berbekal air milo dan teh kundur membuat cousin menangis melihat kecengkungan sy.

Tgn yg membengkak ketika drip mencucuk menyebabkan nerve rosak dan malam2 yg resah dgn demam panas tak berhenti membuat Mama menakung air mata di tepi katil. Yg menyakitkan hati sya ialah bukan kerana sy perlu tanggung kesakitan tetapi melihat org yg disayangi bersedih merasa helpless melihat saya.Sy sgt benci tangisan!

Dan malam2 sewaktu Malaikat Maut menjalankan tugas mengambil nyawa seorg pesakit yg satu wad dgn saya. Hanya mampu kaku di atas katil mendengar saat Izrail mencabut nyawa.

Juga pd seorg kakak yg sy kenali di wad HBKL yg masa hidupnya setahun cuma. Kami pernah bersua di ruang common wad. Dgn drip yg penuh di lengan,ubat chemo utk merawat Leukemia yg sudah 3 tahun menghuni hidupnya.


Suatu ketika dahulu dia seperti kita semua. Alive,happy dan bercita-cita. Takdir menemukan dia dgn dugaan mengubah hidup buat selamanya. Bagai Kembara adik Atiq Waziq,kalian akan merasai rasa yg paling tak dpt digambarkan.

Rasa yg hampir berputus asa dgn hidup. Tiada yg lebih 'membunuh' jiwa seseorg dgn rasa putus asa dgn hidup. Dan sy melaluinya dgn rahmat Tuhan yg terasa jauh tetapi dekat. Sgt menduga iman dan mengacau perasaan.
Ini presentation sy di USM dahulu. Sgt semangat. Sy suka USM yg strict dlm pembelajaran.

Sy sudah beritahu. Sy seorg yg sukar sekali membuka kata berkongsi kisah kerana kehidupan sy ini tersendiri. Hanya yg pernah mengalami atau yg benar tahu saja memahami. Sy takkan expect semua faham. Kerana kewajiban sy ialah untuk memahami sakit sy sendiri dan adjust 'cabaran' yg Allah beri dgn kehidupan ini.

Jadi sy tidak pernah salahkan sesiapa yg tidak memahami. Life does look easier when you keep on blaming everyone.

Kerana kamu manusia,kita manusia dan sama-sama manusia. Sy sgt tahu siapa kita!



IT STARTS WITH YOU


Saya bukanlah pakar perubatan,tetapi it takes the one with the disease to truly master the pain.

Physical pain sy bermula dgn inflammed tissue di sekeliling joints menyebabkan kaki sy bengkak jika bnyk berjalan.Malah tangan sy mudah sgt bengkak dgn penulisan yg berterusan. Juga dgn fatigue-keletihan yg melampau walau aktiviti sudah diterhadkan.

teman sekolah menengah yg selalu mengingati saya. Terima kasih x terhingga buat kamu.

Sy sgt sihat tanpa physical deform yg ketara. Inilah cabarannya. UNTUK HIDUP DI DUNIA YG DIDESIGN UTK ORG SIHAT,bukan org sakit.


Kerana bagi pesakit kronik,challenge sebenar ialah ability to face life WITH the disease. Hidup DENGAN penyakit. Bagaimana? Hampir tak tercapai akal kan? Inilah PSYCHOLOGY CHALLENGE. Trauma akibat penyakit dan perubahan hidup sgt ketara.


Sy mana pernah kena selalu pergi hospital setiap bulan? Selalunya mama akan 'campak' saja sy di asrama dan lantaklah sy nak survive mcmana. Sy sudah biasa bebas berdikari. Travel sendiri dan pandai-pandai nak hidup. Tiba2 segalanya terbatas. Sukar pd awalnya, tetapi demi rasa ingin terus hidup sy hadap juga.


Justeru sy mengambil keputusan utk memahami persepsi ORG SIHAT terhadap org sakit. Ironi? Tidak. Kerana sy bukan minta simpati,juga kasihan. Sy cuma mahu hidup gembira dan diberi peluang memaknakan kehidupan.


Setiapa hari sy berhadapan dgn org2 yg tidak dapat memahami sepenuhnya,jadi sylah yg perlu fikirkan bagaimana ingin berurusan dgn org2 sebegini. Alhamdulillah POSITIVE perspective membuat sy dpt hidup dgn tenang dan aman di dunia.


APRIL UNTUK SAYA


Sy puaskan berdoa agar sy sihat dan dpt menghadap peperiksaan dgn baik. Semester lepas sy diserang demam panas 2 hari sebelum final sy bermula dan menyebabkan sy terlantar dgn 2 kali visit to clinic dan akhirnya ke hospital jua demi more effective treatment.

Oden yg sentiasa ada utk 'memujuk' sy dan mengingatkan betapa setiap makhluk pun layak menerima kasih sayang.


Jika tiada Allah sy pasti sudah tersedu-sedan mengenang nasib result exam sy yg meluluhkan jiwa kerana sy sgt berusaha utk lulus semua paper.



Kita merancang Tuhan menentukan. Kamu bertanya kenapa kamu diuji sdgkan kamu sudah menyatakan kamu beriman?


Apakah benar kamu SUDAH beriman??

Sesungguhnya SIAPA PUN KAMU,KAMU SGT LAYAK DIUJI....

13 comments:

izzatizaki said...

hanum,
anda sungguh tabah dan Allah pasti bersama kita selalu dan membantu kita.semoga anda sihat sentiasa dan sama-sama kita study untuk final ya.
insyAllah

Erwina Nursyaheera Sulaiman said...

Betul tu Anum. "Bagaimana kamu tahu kamu beriman, selagi kamu tak diuji". Semalam, ustaz ana di Cardiff ni igtkan ana ttg ayat ni, sbb ana tibe2 jd x betah dgn something that crop up. It slaps me hard in the face, but I know I need that.

In a way, I envy you. Everyday I weep to Allah, to always make me remember death, and to be prepared for that. So much in our age, people think about marriage, graduation, but those things x jelas pon dpt ke x, tp yg pasti, mati tu pasti. I want to be 'the most clever' person, like you. Lets help each other neh. I admire, Allah, who give you strength.

Anum, ana pon nak exam 21 April ni. Ana harap, andai Allah izinkan panjang nyawa, lulus exam, kite jumpe lagi neh. Kejap je kan masa berlalu, dah April. Kito pi makan sushi lagi neh. ^_^.

rusnarusli said...

salam, hanum maisarah, mungkin awak x kenal saya.. hehe.. saya rusna.. jazakillah for the post yg insya Allah membawa saya, dan semua kembali kepasa Allah.. mintalah kekutan dari sumber segala kekuatan iaitu Allah.. yes..
saya setuju dgn izzatizaki di atas.. anda sungguh tabah

Koishie said...

sungguh, aku tidak pernah tahu ini yg kamu lalui selama ini. yg aku tahu, aku seronok menyinggah di 'rumah' kamu ini. bukan mahu berkata ttg simpati, tetapi mencuba untuk lebih mengerti. aku bukanlah orangnya yg pandai memberikan kata2 terbaik untuk menyenangkan hati kamu, tetapi kesediaanku sentiasa ada untuk memahami andai itu yang diperlukan kamu sebagai sahabat.. ermmmm.....

anumz sarah said...

Salam izzati zaki,

Semoga sama2 tabah. Yeah berusaha utk final kali ini!!

Salam wina,

Terasa ingin benar berdiskusi, Tp masa cemburu banget.Maaf andai sabtu 4.4.09 tidak dpt ke majlis abg wina. Anum ke kursus esq di perak. Hampir 'sesak hidup' akibat jadual test yg berturut dan time lapping.

Salam syg utk mu,habbibati.^^

anumz sarah said...

Salam saudari rusna rusli,

salam perkenalan dan terima kasih sudi berkunjung. Syukran atas ucap semangatmu. Terima kasih utk yg kesekian kalinya.^^

Salam Koishie,

Lumrah seorg yg diuji. Nak tak nak ingin juga meluah terbuku di hati. Syukran atas kesudian dr seorg teman. Itu sudah sgt cukup utk diri yg x seberapa. Terima kasih koishie.^^

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam..anum..moga terus tabah ye..kt sbagai teman akan mendoakan yg terbaik..SLE tu penyakit yg seng panggl ape erk?

anjut said...

kekasih2 Tuhan mmg selalu diuji..beruntung pada sesiapa yg mendapat perhatian Nya..kesakitan sbenarnya menghapus dosa2 kecil yg kita lakukan...

ermm, saya pernah tak ke sekolah selama 3 bulan sebab patah kaki. masa tu bulan 3, dan PMR nak dekat. tinggal di asrama, menyusahkan org pula, so, saya cuti...dan alhamdulillah, dpt straight A's...bnyk lg kisah2 yg dialami, mulanya pahit, akhirnya manis..

anumz sarah said...

Salam anjut,

Semoga baik hendaknya.=) Maaf lambat membalas.Di perak sdg kursus ESQ. SGT BEST!!

Bersyukur punya ramai teman di alam maya yg memahami. Sungguh berharap agar Allah sembuhkan penyakit dan dpt hidup tenang gembira.

Salam dr Malaysia!^^

anumz sarah said...

Salam ayong,

Sedang memikirka phrase apa yg sesuai utk menerangkan penyakit SLE.

Ia sbnrnya autoimmune disease,di mana sistem imun badan yg sepoatutnya berfungsi menyerang sel2 jahat dari luar badan telah bertindak menyerang sel badan sendiri.

Menyebabkan kemusnahan sel bdn sendiri,tisu bdn bengkak(tissue inflammation)dan organ disfunction.(kerosakan sistem organ).

Mostly ramai tak tahu sbb ia poenyakit yg tersembunyi,tiada fizikal appearnce yg ketara dan bertindak dari dalam. Simptom ialah fatigue,joint pain ,bergantung pd tahap SLE tersebut.

Err...ok ke? ke explaination ini sgt kompleks??

fareast said...

Betul ke pengisiannya semantap itu. Boleh dicuba bila masa mengizinkan insyaallah.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

ok2..paham..huuhu..bnyak bnda gak ayong blajar dari anumz..hehe.syukran ya..jd guru pd ayong..

NOLLYMOLLY said...

hi sis,

i'm glad you found my blog. i've got lot to share with u! sbb i think orang yang ada SLE is the one yang betul-betul faham apa yang kita rasa. keep in touch ya!