Saturday, March 28, 2009

ONE STEP AT A TIME

UPDATE

Habis bbq earth hour sy pulang dgn 2 tempat pembakar bbq. Tiba di rumah terus basuh dan meletaknya semula di dapur luar belakang rumah. Spend time dgn rakan2 kuliah menikmati 1 jam tanpa lampu.


Dikelilingi lilin-lilin yg x seberapa membuat suasana betul2 seperti camping pengakap.Teringat waktu tingkatan 1 dipaksa berjalan tgh mlm buta dgn sebatang lilin lalu disakat senior dlm aktiviti 'night walk'.


Pagi menemukan sy dgn ragam org KL di KL Sentral. Firts time sy guna komuter utk perjalanan jauh. Dr KL ke Ipoh. Semoga rancangan sy utk berkelana megguna Intercity Commute Transport berjalan lancar. Ikmal,kamu mesti sambut sy ya? Perak here I come!

Semoga Allah memberkati kelana ilmu sy di bumi Perak. Amin...




THE GOOD,THE BAD and THE UGLY -that's life.

Bosan dgn perangai manusia yg retinya org lain saja salah. Bosan juga dgn perbalahan yg tak habis2. Bilanya manusia itu sempurna?

Tergamam bila mulut seorg teman meluncur laju dgn kata umpatan. Nak tegur sy bukan malaikat,bukan jenis sound2 org. Sy sgt kurang setuju kerana andai yg diumpat bertaubat sebenar2 taubat dan mendpt keampunan Allah ditambah pahala berusaha ke arah kebaikan.

Tapi dosa si pengumpat kekal.

Prinsip kuat ialah ingat,tiada yg sempurna.Teguran membina amat sy hormati malah dialukan. Tetapi jika menegur bagai 'mengkafirkan' maka sy memang akan memandang blur. Hati amat tidak setuju walau luar bagai muka seposen.


Dari kecil,mama ingatkan 'Biar org buat kita,jangan kita buat orang'


Ahh..sudah. Macamana pula ni? Asyik2 kita kena. Asyik2 kita yg sabar,org lain suka-suki(sy pinjam bahasa biskott) je kenakan kita?

Bahasa pula memang boleh buat terbakar jiwa. Itu belum lagi syaitan jalan2 dlm pembuluh darah singgah di hati. Boleh buat MARAH yg merugi.




pic:hiasan

Tapi,semakin dewasa sy faham kenapa kita yg mesti banyak BERSABAR dan MENGALAH. Kerana di hujungnya,di akhir setiap peristiwa kita memperoleh GANJARAN kesabaran.

Malah,ALLAH bersama-sama dgn org yg sabar. Takkan Allah nak bersama dgn org yg marah??

Ragam manusia.Macam-macam ada. The good,the bad and the ugly. PILIH le sendiri...


POSITIF



Dr buku The Secrets by Rhonda Bynes sy menemu law of attraction. Sy sgt tiada masa utk membaca buku ini dgn penelitian. Malah Eckhart Tolle 'The Power of Now' sy sorok jauh-jauh agar cuti lepas peperiksaan May ini sempat sy 'berdating' lama-lama.

Maka saya POSITIVE kan pemikiran,bayang yg indah-indah dan bagus2 saja di atas kertas peperiksaan nanti. Semoga sy dapat membaca The Secrets dan The Power of Now dgn perasaan bahawa sy sudah melakukan yg terbaik dlm exam and I deserve to read these 2 powerful books peacefully...

Amin.

8 comments:

Koishie said...
This comment has been removed by the author.
Koishie said...

ermmm.. lumrah manusia kan anumz..
aku juga sering merasa 'kenapa aku yang perlu beralah.. kenapa aku yang perlu bersabar'.. kerana aku juga manusia biasa.. yang punya rasa mahu marah, mahu melawan dan mempertahankan diri... tetapi spt yg kamu katakan, "Kerana di hujungnya,di akhir setiap peristiwa kita memperoleh GANJARAN kesabaran. Malah,ALLAH bersama-sama dgn org yg sabar.." maka aku lebih berbangga menjadi orang yg bersabar... ermm..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

sbar itu separuh daripada iman..mengalah tidak beerti kt kalah..anumz..(^_*)

pg perak?nnt blh jumpa ayong..kt org perak tau..tp berkelana di KL ni..

hartini ♥ said...

knpe? rupa kite mcm same je. betul! muka kite hampir same kak. *hanya kalau gmbar plg ats tu akaklah*hoho.

anumz sarah said...

Salam koishie,

Amat tahu bukan mudah nak jadi yg bersabar. Apa-apa pun kita tetap manusia, kawan.

Lumrah jika bersikap bagai manusia biasa. Semoga segala yg dilalui memberi pengalaman yg hebat nilainya.

Jika di Malaysia yg bukan Palestin ini tidak dpt bersabar,apatah lagi yang sebetulnya Palestin...

anumz sarah said...

Salam ayong- org perak rupanya.^^ Hehe... InsyaAllah jika tiada aral melintang bertolak 3/04 ni.

Setuju dgn ayat mengalah tidak beerti kalah. Tepat sekali.Ada bkt motivator ni.^^

anumz sarah said...

Salam tini,

Ohoho...serupa ka? Boleh jadi twins ni. Hehe...

Continue mane skrg ni tini? Ingin memakai kot putih dan stethescope ke??

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

heee..iAllah.anumz doa jela ye