Wednesday, April 8, 2009

Kejutan April


DARI ALONG DI HYDE PARK

" Sekrg berada di Hyde Park.Pagi tadi br selesai breakfast di Malaysian Hall. Esok br ke Brussels. "


(along jrg diambil gambar ttp dia suka mengambil gambar...hehe..)

Along menghantar mesej kpd daddy. Dan spt biasa, daddy akan kongsi apa yg didapatinya dgn semua org. Daddy yg sentimental (pd anggapan sayalah...hehe..=P).

Begitulah kira2nya mesej along. Dan sy membaca dgn hati berbunga-bunga. Kerana kembara Along ke Eropah memudahkan sy utk bakal travel ke sana nanti. Perancangan Along ialah ke London 3hari,kemudian seluruh Eropah selama seminggu dan berakhir di Paris 3 hari.

Dan dia pasti membawa pulang gambar ala2 photographer amateur utk kami tatap. Sy menggigit jari kejelesan. Hehe...

Semoga kembara Along selamat dan penuh pengalaman manis. Amin...


'KEGILAAN' MENGEMBARA

Di UTP Perak, along ialah pelajar angkatan pertama(pioneer kiranya) yg menghuni Universiti milik Petronas itu. Malah ketika kami menghantarnya,rumput pun baru ditanam. Namun along tersengih gembira bila sy katakan sy akan ke sana utk kursus ESQ.

Dia tersenyum dgn adiknya yg paling nakal(ye..sy tak tipu...) sambil bercerita mengimbau kenangan lucu dan tak kurang pahit di universiti kesayangan beliau. Along yg jrg berckp, akan penuh dgn kata bila bernostalgia. Kerana kami memiliki sifat yg hampir sama. Sy senang dgn diam yg panjang brgkali.



Ini perkongsian travelogue sy yg serba kerdil berbanding travelogue Along dan Angah yg sudah menjengah mungkin 5-6 negara. Along juga yg menggalakkan sy travel. Malah Mama juga senang dgn 'kegilaan' traveling kami adik-beradik.

Kecuali Daddy. Dia seorg yg protective dan x sukakan kapal terbang. Setakat ini dia hanya fly ke Mekah dan Madinah utk Haji sj. Travel yg menggunakan kenderaan darat lebih disukainya.

Well, should I say Daddy loves jalan-jalan cari makan?? Kerana selalunya bila bersama Daddy dia adalah pakar hawker makanan Malaysia! Jgn terkejut koleksi map Malaysia dipenuhi nota2 kedai makanan yg mana best. Boleh masuk channel AFC nanti.. cewah!!

TERIMA KASIH

Jujurnya sy x sepatutnya mengupdate blog krn sy dihambat kesibukan persediaan peperiksaan April.
Namun,pagi tadi sebuah envelope dgn tulisan POS LAJU MALAYSIA menarik perhatian. Sy penasaran.Kiriman 2 buah buku dr kenalan di blog menyapa hati dan minda yg sedang fokus final shj.

Allah Maha Luas Pemberiannya. Dia memberi dgn cara yg tak terjangkakan. SubhanAllah...


Baru seminggu lepas Kak Chloe kwn Along memberi 2 buah buku Adult Piano Course. Sy mengidamkan nota muzik yg mencabar lagi. Kini sy dihadiahi teman blog oleh 2 buah buku yg menarik iaitu ISU KALIMAH ALLAH dan TRIBUTE BUAT NENDA karya Ustaz Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid.

Terima kasih kalian yg berbudi. Saya berasa tidak mampu membalas jasa kalian. Semoga Allah Maha Pemurah itu dpt membalas jasa kalian semua.



Juga ucapan terima kasih kepada rakan baik sy Ikmal yg menjaga sy di UTP malah memanjakan juga.( siap masak breakfast dan hantar dgn motor tu...hehe...calon isteri solehah la emal...hehe...)
Tak kurang kenalan baru Dayah,Jaafar,Arina,Zaleha,Nazihah,Ismalina dan ramai lagi.

Dan ALHAMDULILLAH kepada Yang Maha Memberi Rezeki. Raja kepada segala pemberi.

SALAM MENYEPI

Sy tahu. Sy tahu. On hiatus sy tak berjaya. Kerana suara hati sy ternyata x mampu disembunyi. Tetapi April menyaksikan kesepian blog simplylifesarah.
InsyaAllah kesepian bakal terubat bila 7 Mei selesai dgn cemerlangnya. Semoga Allah memudahkan dan memberkati perjuangan.

Kepada rakan-rakan UITM yg bakal menempuh FINAL- SELAMAT BERJUANG!!

P/S:Semoga impian long term-masuk syurga Allah,impian medium term-melaksanakan tanggungjwb sbg khalifah di muka bumi dgn baik dan short term-berusaha bersungguh menyelesaikan apa jua pekerjaan dgn baik tercapai.
AMIN...

6 comments:

fareast said...

Gud luck Exam.

biskott said...

all the best utk exam nanti!

=]

anumz sarah said...

Fareast- Domo arigatou fareast san.^^

Biskott- Terima kasih biskott. Kamu juga!! Aja2!! Fighting!!

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anumz..buat yg terbaik untuk exam ya..ayong doakan yg terbaik..ayong pn suka pg travel..dpt melihat ciptaan Allah.yg maha luas..anumz mnat bc novel?kalo mnat nnt blh kt tukar2 novel erk..lgpun dh x lg ad KLIBF.

anumz sarah said...

InsyaAllah,semoga Allah permudahkan utk menjawab dan score. Novel minat juga. Kena tgk penulis dan reviewnya. Sbb bnyk buku self help yg selalu di tgn. Mungkin anum suka adventure kot..jadi selective sikit thdp novel.

p/s: Berjalan atas bumi Allah mmg mengasyikkan. Huhu...^^

Daisy Goddard said...

I hope it will be an amazing travelling experience for all of you.
compare airport parking
airport parking gatwick