Wednesday, March 18, 2009

BELAJAR CINTA YG TANPA SYARAT

BUKAN MALAIKAT


Pagi ini dgn penuh pengharapan sy garap presentation mr tommy dlm ingatan. Dari jam 12 mlm ke 4 pagi sy cuba 'menelan' segala ttg nanodrugs and it's carrier.



Namun langit tidak selalu cerah. Segala detail kecil yg sy terlupa menyebab amarah lecturer yg sy hormati. Wajar dia marah. Wajar diakui kesilapan. Yg menjadi kejutan ialah seolah kami menyengajakan kesilapan. Sy senyap menghitung diri. Memuhasabah panjang mana silapnya.




Lalu sy terima bulat2 ketentuan Ilahi. Qada' dan qadar Allah itu ada dlm rukun iman yg 6 perkara.Jika hari ini tidak cerah dan ribut kelam sepanjang hari sy hadap. Kesusahan dlm menimba ilmu ialah lumrah.

Sekurang2nya sy dpt menyelami kepayahan Nik Nur Madihah. Sy telan kepahitan demi sebuah kemanisan kejayaan. Semoga Allah memberi kaffarah dlm kesabaran yg sy pegang kuat dalam diri.


Ketika dlm kekalutan selalunya mudah saja dipengaruhi dugaan menambah buruk keadaan. Azam sy yg berlalu telah berlalu,maka sekarang perlu dibaiki demi masa depan yg baik. Sy tahu semua manusia pun bukan malaikat.



TANPA SYARAT


Sy cuba menyelami kegeraman mama pd sy tempoh hari kerana sering saja sengaja susah tidak bergantung pd tawaran daddy dan mama. Pening juga melerai kekusutan marah seorg ibu pd anak. Bagi dia, sy masih sgt lemah dan terlalu sakit utk berhdpn realiti kehidupan.



Bagi sy,mama dan daddy tak selamanya akan di sisi. Andai satu hari nanti dipanggil Ilahi, sy yg kekok tak tahu dunia ini 'tak semuanya sugar,spice and everything nice' akan mudah saja tenggelam dlm arus keseronokan duniawi.


Sejak sakit 7 tahun lalu,sy adalah pusat perhatian dan kebimbangan. Dan sejujurnya ia bukanlah hidup yg proaktif. Membantutkan lagi. Jadi hari ini,usai sy menyelesaikan errand utk mpg,kami berdua di hdpn tv menonton OPRAH di Hallmark channel.

Sy dgr celoteh kecil mama yg menyatakan kebimbangan ttg diri yg bakal hidup jauh nanti. Sy dgr,memahami dan sekali-sekala rephrase utk memberitahu yg pendengaran anak mama ini empati.


Kemudian sy bangun membetul duduk di sofa,memilih ayat dan menyatakan kewajaran sy berdikari di tempat jauh nanti. Wajarnya kasih seorg ibu itu melepaskan anak yg lemah ini pergi krn love also means letting go.Sy yakin Allah punya hikmah tersendiri di sebalik segala kejadiaan.



Dan maaf mama di hujung perbualan melegakan hati. Melenyapkan kebimbangan yg merajai seluruh jiwa seorg anak yg ingin berjuang dlm medan realiti kehidupan.



Sy percaya hanya Allah,Rasul dan ibu bapa sj yang maafnya tanpa syarat. Sesetan mana anak itu,penagih tegar pusat serenti atau anak yg terbaring kaku tanpa erti, kasih ibu adalah seagung-agungnya merentasi segala kejahilan insan bergelar anak.



Maaf dari Tuhan,Rasul dan ibu bapa ialah yg paling beerti kerana CINTA MEREKA TIADA SYARAT. Maka sy percaya bahawa org yg paling berdosa ialah org yg paling layak memohon keampunan dari Ilahi.



PAUSE,ACT RATIONAL!


Jadi utk memiliki rasa maaf hasil cinta yg tanpa syarat,sy akui sy masih sgt belajar. Sy perlu masa. Perlu menenang diri sebentar,beristighfar dan melaksanakan sunnah mereda marah.



Marah itu merosakkan hati yg hikmah
sabda baginda Rasul.


Kerana selalunya dlm keadaan dipengaruhi emosi kita gagal berkomunikasi dgn baik. Lalu terjadinya ketidakrasionalan dlm apa jua tindakan. Dan menyegerakan maaf dgn keihklasan memerlukan kefahaman tinggi terhadap kita manusia semuanya melakukan kesilapan.


Kita juga memerlukan kemaafan org sama org memerlukan kemaafan kita. Jangan nanti di padang mahsyar perlu terkontang-kanting mencari. Forgive with all your heart.


Berat? Ya. Boleh dilakukan? Ya. Nak ke tak nak?


Dari sebuah buku bertajuk 'Di Atas Sejadah Cinta' sy menemukan betapa kemaafan itu lebih tinggi hikmahnya.


"Suatu ketika saat kita gapai kejayaan itu,kita hulurkan tangan kita dan kita berikan senyuman kita pd mereka dan mereka akan menangis haru."


Hidup memang menduga apalagi bila hati dan pembuluh darah menjadi tempat huni syaitan membisik kata2 curiga. Tetapi hidup bukan tempat kita menjadi hakim menghukum kesalahan org pd kita. Bilamana manusia menjadi Tuhan, menghukum kesalahan org lain maka memanglah manusia itu sentiasa bersalah saja.


Ingat,KITA manusia.


Bilanya maksum seperti baginda Rasul pula? Habis itu keampunan Allah untuk apa? Akui kesalahan dan mohon keampunan itu. Dan Allah itu sesungguhnya Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

7 comments:

biskott said...

setuju dengan CINTA dan MAAF tanpa syarat.

sejahat-jahat manusia, kalau kita sungguh2 bertaubat,
Allah terima.

sesama kita pulak?
kadang-kadang orang minta maaf sungguh-sungguh dengan kita pon tak nak terima.

tak pon bila ada selisih faham, masing-masing tak nak mengalah. tak nak minta maaf mahupon memaafkan.
huhu.

sama-sama kita mengurangkan marah.
kena bagi dulu 10 sebab kenapa perlu marah sebelum marah.
hehe.

Ibnurashidi said...

Salam...

Iya, Allah SWT Maha pengampun lagi Maha Penyayang..oleh itu marilah kita selalu memohon keampunan bila terjadi kesalahan dalam hidup kita.

Muhasabah itu penting.

anumz sarah said...

Salam biskott,

Terima kasih utk komen. Busy dgn prep exam ke? Anum pun,tp tgn masih gatal nak menulis.Huhu.^^

Betul pendapat dibah. Dlm hidup mesti ada give n take. Anum sbnr nk tegur diri banyak2 dlm hal ni.

Semoga kita sesama umat Islam dpt meningkatkan hubungan kemasyarakatan dgn baik.Amin.

Salam ibnurashidi,

Sdg memuhasabah panjang dgn diri yg serba kekurangan ini.Berharap dpt mengawal perasaan bukan perasaan mengawal kita.

Dlm apa jua keadaan pun,Allah tetap penyayang. Terima kasih utk komen akh.

Koishie said...

Ya Tuhanku, janganlah digerakkan anggota badanku zahir dan batin melainkan yang Engkau dan Nabi Muhamad redhakan, ibu bapakan redhakan..." – petikan dialog doa Ibu Zain yang sangat membekas..]

anumz sarah said...
This comment has been removed by the author.
anumz sarah said...

Salam koishie,

Sudah berada di pentas cinematic? Bertuah punya masa. Uu... daku masih ditenggelami pen dan kertas!

Koishie said...

sekadar mencuri masa setelah lama dihambat kesibukan mengurus pekerjaan.. :)