Saturday, March 7, 2009

Yang benar kasih,yang tulus sayang...

SEMBUNYI

Ada 1 perkara saja yg mampu membuat Oden bertahan dr mendekati bowl makanannya.'Kids'.
WARNING:
Oden is a lovable cat. Enormous and big belly cat look SQUASHEABLE to the kids.

And no,non of our siblings married but we had ramaaaaii anak sepupu.Right now,oden boleh dikatakan 'selamat' bersembunyi dlm bilik 'auntie sarah'. (Nasib baik bilik 'auntie sarah' ada tingkap boleh larikan diri oden? Hehehe...) Sorry oden,but what to do? Kids love you!

MEREMPAT
Fokus adalah perkara terakhir utk 2 hari ini. Plan awal utk siapkan segala kerja sebelum berjalan2 menjenguk 'kekasih hati' sy cancel.

Di rumah seawal pagi sudah dipenuhi dgn rancangan gang bas sekolah,Roary the racing car atau Tom Tom Bak. Makanya,sy pun mengawalkan plan menjenguk 'kekasih hati' usai breakfast pagi bersama Atie dan Izyan.
Mereka tidak bnyk karenah. Makan juga mudah janji tidak pedas dan kurang manis. Kadang2 saya minta Atie(kakak pada Izyan) utk translatekan makna ayat di sebalik kepelatan kata-kata Yan. (Cube le berbahasa pelat,fening....eh..pening...hehehe...)
Mini Mozart dan Mini Brahms.^^

Selepas mereka kembali tidur dek penangan ubat selsema dan demam,sy bersiap2 keluar. Mujur Mama sudah ada di rumah menemani Mak Long,jika tidak sy batalkan saja keluar.

Dari bekalan ink printer yg dah habis,stokin tgn yg sudah lusuh dan buku bulan ini, 3 Mall berdekatan sy jejak. Kami panggil the Shah Alam Walk or Shah Alam Triangle. SACC,PKNS dan PAS mmg dekat2 je. Masing2 ada pro and cons dari segi harga dan brgn yg ditawarkan. Dah namanya sy ni student jd x payah nk angan2 lebih. Beli apa yg penting,sudah.
Karya Prof. Dr Hamka ialah karya yg 'menyedarkan'.

Jadinya,sy 'merempat' di lantai MPH menyelak buku2 yg ingin dibeli. Setiap bulan 1 buku baru. Hai,kalau di hati nak 10,tapi mampu beli 1 je,kena pilih betul2.

(Nak ni juga..uuu...)
Dan masa pun tidak mengizinkan sy utk baca non-study books. Exam bermula 20/04/2009. Bulan 3 ini bulan persediaan!! CHAIYOK!!

Akhirnya setelah 45 minit bermula di rak yg sama berakhir di rak yg sama. Nampaknya hati berat pada 'Aisyah,Keanggunan Sejati' karya Sulaiman An-Nadawi. Pilihan lain sy 'amik' juga tapi dlm gambar je.Buat rujukan. ^^

KEANGGUNAN SEJATI,THE TRUE BEAUTY...

'25% discount??!!' Hati sy membuat sommersault. Yeah!! Melihat2 duit dlm dompet.

'Cukup. Alhamdulillah...' Bila sy sampai di cashier,rupa2nya utk MPH membership card je. Adeh... Terpakse beli penanda buku RM5 utk cukupkan syarat. (malunye..^^;)

Sy mmg 'tidak setia' pd MPH. Pernah 'menghuni' juga di BORDERS,TIMES bookstore atau KINOKUNIYA.

Kekasih sy buku bukan kedai buku. Takkan nak 'dating' tempat sama je kan? X best la kan?? Hehe..

REVIEW
Syukran kpd Kak Tirana yg sudi menjenguk blog sempoi saya. Sy akui blog ini bukan komersial sgt dan sy hanya menulis dr perspektif persendirian yg sempit jika dibanding bloggers profesional.

Lapar le pule,singgah jap mkn sambil review buku

Sy x bercdg jadi pro bloggers. Cukup berkongsi apa yg mampu dikongsi. Dan ttg buku cinta Madinah, ia karya yg sebaik Julia.

Watak utama Safuan dan Saidah.Safuan ialah pelajar yg baru tiba di Madinah utk meneruskan pengajian tetapi kehilangan semua dokumen penting dan terpaksa bertugas sbg pembawa rombongan haji dan umrah.

Saidah pula anak kpd Syeikh Hasyim yg bnyk membantu Safuan. Mereka bertemu secara x sengaja ketika Safuan mencari jemaah yg hilang.

Sebenarnya watak Syeikh Hasyim yg paling perlu diberi perhatian. Kerana beliau tunjang cerita dlm novel ini.Watak yg bertugukan cinta di Madinah sdgkan anak kelahiran Pattani. Menetap dan membina empayar kehidupan di situ.
Atas sbb tertentu terpisah dgn anak dan isteri lalu menetap di Madinah. Bak kata sipnosis di belakang buku ini;

Krn cinta insan bertemu. Dan kerana cinta jugalah insan berpisah.Cinta mmg selalu menemukan dan selalu jugalah memisahkan.

Terbongkarlah identiti sebenar Safuan dan hubungan sbnrnya dgn Syeikh Hasyim. (X best bgtau semua,nanti x thrill baca...hihihi...). Diselitkan juga ttg persoalan kecintaan tanah air,kecintaan terhadap bahasa Melayu,puisi2 dan sajak yg banyak dipetik dari Buku Al-Amin tulisan A.Samad Said.

Keseluruhannya,novel ini punya kehebatan tersendiri. Andai Indonesia boleh gah dgn AAC (ayat2 cinta) tak keterlaluan Malaysia boleh gah dgn Cinta Madinah dan Julia. (ini pandangan amatur,bukan pro.Ada salah silap,sila betulkan.)

TAMAT

Assignment memanggil2. Juga nota yg mendayu2. Keadaan juga sudah sunyi kembali.

I've got all the girls surrounding me..yeah...

Tadi,Aqil yg baru tiba menjadi observation kami selama hampir 30 minit. Gelagat bayi mmg boleh melekakan. Manja,gelak dan apa saja yg dibuat oleh baby mampu menyentuh hati sesiapa saja.

Comel kan saya? Hehe...

Suci lg innocent. Ironinya, ada pasngn sah yg sukar mendpt zuriat,dan ada pula yg 'zalim' tidak sah bersama membuang bayi merata-rata.

Ternyata karya 'Seorang Haiwan dan Seekor Manusia' yg menjadi bacaan naif ketika tingkatan 2 semakin difahami. Agak rugi sy tidak igt penulisnya siapa. Semoga sy mampu ketemu kembali buku itu utk bacaan tauladan.

Aih..siapa sy utk menegur panjang lebar? Semoga Allah memberi ketetapan yg baik utk semua. Amin.

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai.

Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

4 comments:

Koishie said...

Sebut tentang mengambil gambar di MPH, aku mempunyai cerita sendiri di sana. Pernah di marah seorang kakitangan mereka dengan begitu angkuh dan sombong sekali gara2 aku mengambil gambar Buku Utopia Trauma karya Rahmat Harun. Tjuan gambar buku itu diambil adalah mmudahkan seorang rakan mengenalpasti buku itu apabila dia datang untuk mendapatkan buku itu kelakk... ermm...

Tirana said...

Anum..

Terimakasih kerana memberi sedikit review tentang novel "cinta madinah". Kak Tirana rasa ada drama tv kan? tapi kak tirana tak ikuti sangat siri tu..hehehe..tak ada masa nak melangut depan tv.

Buku penulisan kreatif tu ada jual di MPH ye? Kenapa selalu pergi tak pernah terserempak pulak dengan buku tu? Di seksyen mana buku tu berada sebenarnya?

anumz sarah said...

Salam Koishie,

sy juga hampir di'tangkap'. Ahhaha... Bak kata Jamil(P.Ramlee dlm madu 3,): "Sumpah Tipah, abang tak buat lagi."

Well,sy xnk dikata ajar benda jahat pula,(tp tetap nk bgtau..hehehe..) Phone silent. Jadi sambil bersila di lantai,sempat senyap2 amik.

Tp itulah "abang janji tak amik gambar lg Tipah". ^^

anumz sarah said...

Salam Kak Tirana,

Penulisan Kreatif Faisal Tehrani tu? Jika di MPH Shah Alam ada di section self-guide. Tapi,x tahu jika di MPH kwsn lain.

Pesan through mphonline lagi best kak. Byr di maybank dan delivery within 7 days.

Tp kontranya ialah kena byr charge penghantaran rm7. Cuma jika belian melebihi RM 150(x silap saya,kena cek balik ni...) x perlu charge penghantaran.Ada membership lg bnyk diskaun/kelebihan.