Sunday, March 8, 2009

KIRIMAN CINTA BUAT SEMUA

ASTRO OASIS

Kembara Palestin membuat air mata mengalir. Masjid dijadikan pub. Ada juga pernah dijadikan penjara. Al-Aqsa yg direbut menjadi saksi kejamnya layanan pemegang bendera berbintang David kpd penduduk Islam di sana.


Zalim amat siapa yg suka pd black metal.Penjunjung bintang david yg tidak reti menghormati Al-Quran.

Usai bacaan Aku Terima Nikahnya,sy jadi sgt teringat pd chapter sunnahkah meramaikan anak? Kerana kebimbangan beliau sgt berasas. Benarkah semua anak akan jadi umat Muhammad? Zaman fitnah yg dekat. Bekalan apa yg diberi pd anak utk mengharunginya?

Tidak mahu ulas panjang.Bukan siapa sgt diri ini. Lgpun hari ini hari baginda Nabi lahir. hanya mahu mengenang baginda.Selawat ke atas mu,Kekasih Allah.

DALAM CINTA

Peringatan seorg teman betajuk 'Airmata seorg Nabi'. Kisah saat-saat baginda menghadapi sakaratulmaut. Yg menyayat hati ialah selepas Jibril menerangkan hak baginda di hadapan Allah,wajah beliau tetap penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendgr khabar ini" tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kpdku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jgn kuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendgr Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamanya," kata Jibril.

Lihat. Lihat semua. Ini baginda Rasul yg sdg sakit sakaratulmaut. Masih tetap mahu membela umatnya. Adakah kita membela baginda sebagaimana baginda membela kita?

PESAN


" Uushiikum bis shalati,wa maa malakat aimanuku. Peliharalah solat dan peliharalah org2 lemah di antara mu "

Di luar pintu tangis mulai terdgr bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yg m,ulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii...Umatku,umatku,umatku..."


Di pangkuan isteri kepalanya,
Berkata ia sukar diterka,

Dan tengah Rabiulawal tahun 11 Hijrah,
Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.

Hari panas ketika itu,
mentari mempunyai kisahnya sendiri,
dan langit masih penuh rahsia.

Hari panas ketika itu,
Aduh Nabi sudah tiada.

KIRIMKAN CINTAMU




Sampaikan salammu. Ingatkan yg tersayang dgn salam dan selawat. Semoga dgn kiriman ucapan salam dan selawat yg beberapa ayat cuma menjadi penyelamatmu nanti.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Malaikat Jibril,Mikail,Israfil dan Izarail A.S. telah berkata kepadaku:


Jibril A.S: Wahai Rasulullah brgsiapa yg membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sbnyk 10 kali maka sy akan bimbing dia dan melintasi titian spt kilat menyambar.

Mikail A.S.: Mrk yg berselawat ke atasmu akan aku beri mereka itu minum dr telagamu.

Israfil A.S.: Mrk yg berselawat ke atasmu akan aku sujud kpd Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni org itu.

Malaikat Izrail A.S.: Bg mrk yg selawat ke atasmu,akan aku cabut ruh mrk itu dgn selembut-lembutnya spt aku mecabut ruh para-para nabi.

P/S:SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA BLOGGERS MALAYSIA. Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

10 comments:

izzatizaki said...

hanum maisarah,

salam maulidur rasul dari izzati.
:D

Ibnurashidi said...

Alhamdulillah..Allahuhamma Solli ala Muhammad wa a'ala alihi wasohbihi ajma'ein..

Salam Maulidur Rasul.

fareast said...

Salam maulidur rasul

anumz sarah said...

Salam semua,

Ukhti izzati,
Syukran.^^ Semangat ye lompat tali utk jantung. Aja2!!

Akh ibnurashidi,
Syukran ustaz utk selawatnya. Terima kasih sudi jenguk blog anum yg sempoi ini.

Akh fareast,
Terima kasih ya. Semoga selamat perjalanan kembara di Jepun nanti.

Koishie said...

anum, aku baru sahaja pulang daripada menonton Teater sirah junjungan bersempena maulidur rasul hari ni.. tidak tergambar perasaannya.. hanya air mata yang menjadi penyudah kepada rasa... membaca pula entrimu ini... ermmm..

salam maulidur rasul...

anumz sarah said...

Salam koishie,

Segala mengantuk hilang dgn berita kamu ke pementasan Sirah Junjungan. Wah!!! (sila baca dgn nada kagum sekali ya...hehe..)

satu ayat lagi: MAHU PERGI!! ^^

P/S: Buat ulasan di blog mu ya cik koishie? Pasti akan ku jejak dan baca sepuas2 hati. salam dan selawat atas Baginda Nabi. ^^

mr chocolate said...

salam kenalan. bila dikenangkn kembali perjuangan Rasulallah SAW rasenye sungguh jahat diri ini yg sering leka.. saat2 kewafatan baginda masih lg mengikatkn kita. sayang dan cintaku padamu wahai junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. salam maulid Nabi buat sahabat.. peace!!

anumz sarah said...

Salam mr chocolate,

Baru usai melawat blog mr chocolate. Isu PPSMI yg hangat kini. Sudah sy catatkan sedikit buah pemikiran yg brgkali cuma kerdil amat sbnrnya. Terima kasih utk mr. chocolate yg sudi dtg ke blog kerdil ini. Syukran ya!

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam maulidur rasul anumz..
lama kt x bala comnt awak..huhuh
sebenarnya bl anum sebut pasal black metal..hmm teringat anak2 melayu..sebb pd pndpt & pndngn kt ramai anak melayu yg beragama Islam yg mudh sgt terpengaruh ngn budaya songsangni..tmbh2 remaja kg..knpala mereka ni x nak fikir2 btul2

anumz sarah said...

Salam ayong,

anum memahami. kdgkala dunia maya ini mesti ditinggalkan krn kehidupan yg realistik ada dn mesti diuruskan. Sy juga brgkali akan meng'hilang' pd hujung March dan kemungkinan keseluruhan April.

Majalah Mastika yg membuatkan anum selalu kenangkan akhir zaman. Takut ada. Tak sangka pun ada. Anum setuju dgn ayong. Kita mesti berfikir dan asaskan kpd Al-Quran dan Sunnah. Dan zaman sekarang tidak semua suka kpd kebaikan.
Ternyata betul pesan Rasul Allah ttg ghuraba'.

Semoga kita tergolong dlm golongan yg sedikit.Amin...