Sunday, September 21, 2008

Kita yg meminjam...

Malam 10 terakhir ramadhan... Knp begitu sayu? Ada post blog dr teman2 yg sgt menyentuh hati. Ada post blog dari laman kegemaran yg menyentuh ttg betapa manusia itu hanya manusia. Sering sy beranggapan yg insan berjaya merupakan insan yg punya jwpan kpd setiap persoalan kehidupan. Ternyata saya silap.

Umum,kita terlalu mengagungkan kejayaan manusia sdgkan ia adalah pinjaman dari Tuan segala kejayaan. Sy silap lg... lemahnya saya. Sukar menerbitkan kata2 apabila blog dr laman kegemaran menjerit dgn penuh perasaan yg beliau juga perlu kaunseling. Terkedu saya seketika.
Orang ini,insan ini memerlukan bantuan.Sedangkan beliau yg sering membantu org lain.
Lama mengadap laptop sy. Memikir2. Jika tiada sesiapa membantu sesiapa jadi siapa nak bantu siapa?



Itulah,sy lupa lagi. Allah kan ada. Allah mahu hamba-hambaNya sentiasa meminta2 kepadaNya. Allah mahu hamba-hambaNya merayu-rayu kpdNya. Lalu kita manusia hanya mengingati ini tatkala dalam kesusahan yang teramat sangat!! Astagfirullah...Astagfirullah...Astagfirullah...


Sayakah manusia itu? Sayakah yang menangis tersedu-sedu dlm doa meminta diampunkan dosa,tetapi tatkala kesenangan saya ketawa tanpa malu?


Jadi siapa yg lebih berhak saya minta tolong?

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung,Maka mereka kembali dgn nikmat dan kurnia(yg besar dari) Allah,mereka tidak mendapat bencana apa-apa,mereka mengikuti keredhaan Allah, Dan Allah mempunyai karunia yang besar"
(Ali Imran:173-174)



Sy termenung lagi. Mengingat2 perjumpaan sy dgn professor kesayangan saya di fakulti tercinta. Sy punya masalah ingin berbincang dgn beliau. Kami berdiskusi.Awalnya mengenai jiwa pengajian sy yang makin rapuh dek kurang motivasi dan cabaran pengajian yg begitu concentrated.Namun sepanjang diskusi,jiwa sy semakin mendalami insan yg sy anggap seorg yg punya semua jwpn lantaran di mana beliau sekrg.


Bukankah awal2 tadi sy kata sy silap?


Ya,sebaliknya kami berbincang seperti 2 teman yg sama2 mempunyai masalah. Yg sama2 lemah. Kami manusia yg sama2 manusia. Beliau org yg sy kagumi lantaran beliau mengakui kemanusiaan seorg manusia.


Professor saya,professor saya yg sudah melampau 4 dekad kehidupan mengakui yg beliau juga masih tercari2 jwpn kehidupan. Beliau juga tidak ketahui semua jwpn maka kami berdiskusi agar kami berdua sama2 dpt mencari. Lalu saya kenali jiwa di hadapan saya.

Di sebalik kejayaan manusia itu,adalah usaha yang tidak putus2 dgn segala deria dan pemberian Allah meliputi jasad,roh dan akal.Lalu usaha manusia itu diterjemah dgn kudrat,pemikiran,usaha fizikal dan rohani dan diakhiri tawakal. Tawakal agar diizinkan kejayaan setelah usaha secara keseluruhan.Justeru,kejayaan adalah MILIKNYA.


Kita manusia hanya mampu meminjam. Jika Allah mahu mengambil nikmat2 ini,maka dgn sekelip mata kita hilang segla yang dipinjamkan.

Teman...
Saya malu dgn anggapan saya. Sangka sy manusia yg hebat tidak perlu pertolongan,tetapi manusia yang hebat adalah manusia yang telah diberi pertolongan yang paling hebat. Siapa lagi yang mempunyai karunia sebegitu besar selain AllahuAkbar??
izinkan sy berkongsi sebuah cerita teman...



Begini,ada seorg kenalan yg merupakan pelajar yg begitu hebat.Selesai tingktn 5 terus ke luar negara dan akhirnya pulang dgn PhD dan bertugas sbg org atasan di sebuah Universiti tempatan. Beliau seorg yg westernize,tidak akan bergaul dgn kerani2 atau org2 'biasa'. Islam itu ah..mudah saja. Atas nama.

Masa berlalu,beliau dianugerahkan nikmat dunia yg banyak. mewah dan punyai segalanya di dunia. Dalam umur 30-an beliau sudah punya segala nikmat. Lalu,Allah mula mengambil semula 'pinjaman' yg diberi. Bukankah kalau sudah dipinjam mesti dipulangkan?

Mata beliau semakin kabur. Lalu,disahkan menghidap unknown cause degenerative eyesight. Tiada ubat,tiada rawatan dan buta adalah kesan yang pasti. Insan itu mula mengira2 diri.

Selama ini apa yang dia miliki?
Apa yg akan dibawa pulang ke 'sana' nanti?
Rumah besar,kereta mewah atau ijazah yang tinggi?
Mahukah Allah terima hasil 'tanaman' yang sgt kecil ini?

Sungguh dia tidak miliki apa-apa pun!!

Allah masih sayang padanya. Allah mahu dia kembali di sisiNya. Lalu Allah berikan apa yang dia perlukan. Kerana kasih sayang Allah, dia kembali semula mengenali pencipta.Semakin dekat denganya.

Dengan kehilangan mata akhirnya beliau mempunyai apa yang paling beliau perlukan.


Teman,
Sy akui lewat bulan ini sy akan jrg berada di ruang maya. Ada kepentingan yg perlu sy penuhi. Kepentingan jasmani dan rohani. Semoga Allah mengganti kehilangan sy di alam maya dgn keadaan yg lebih baik.

Salam 10 malam terakhir ramadhan teman. Sy takut rindu sy tidak terbalas lagi. Jika Allah mahu mengambil apa yang dipinjamkan,takkan dilewatkan walau sesaat pun.


Saya mahu 'pulang' kpdNya dlm keadaan yang paling diredhai.
Semoga harapan ini dpt dipenuhi.

Dan tidakkah Tuhan yg menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan kembali jasad2 mereka yg sudah hancur?Benar. Dia berkuasa.Dan dialah Maha pencipta lg Maha Mengetahui.

Ssungguhnya perintahNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia.
Maka,Maha Suci (ALLAH) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Yassin:81-83






No comments: