Wednesday, September 10, 2008

Mengisi Ramadhan...(terima kasih bersamamu TV3)

Alhamdulillah...usai sudah test yg terakhir dlm minggu ni. Penat di bulan Ramadhan ni banyak berkatnya. Syukur...Tapi tunggu... jengjengjeng... eh,assignment dan report?! Er... eheh.




Oden si gemok tgh menjajahi laptop. Kalau saya x sibuk dgn assignment dia siapkan.(ye la tu... tolong lambatkan kerja lg ada..bangun la oden...kakak nak gune laptop ni...)


Well,macam ni lah keadaanya. Jika tak sibuk dgn test,sibuk dgn assignment dan report experiment. Ditambah subjek2 yang semakin concentrated. Teringat kata2 seorg teman, "Kau buat apa dlm bilik x keluar2? Kumpul kulapuk roti?" Almaklum la dia tu chef,samelah dgn gfnya,tergelak bila pikirkan balik.


BERBALIK KE PROGRAM PENGHAYATAN....


Bersama Pakcik Lahat

Baiklah,sbnrnya nak kongsi pengalaman ketika khidmat masyakt di Perak baru ni. SOPHYS atau society of Pharmacy Students UITM berkolaborasi dgn program Bersamamu TV3 utk melakukan penghayatan Ramadhan. Kami pun bertolak ke tempat yang telah dijanjikan oleh pihak TV3 bermula jam 8.30. Mcm2 masalah dihadapi,(dugaan...) tapi demi melaksanakan misi, Alhamdulillah berjaya.
(atas nasihat seorg teman,InsyaAllah saya akan publishkan blog dan cuba ceritakan dgn cara terbaik)


Izma dan Ijat dlm sesi menemuramah.






E,eh jgn salah sangka yang kami ni nk mencari publisiti nak promosi yg kami ni baik. Tak... Pernahkah anda dengar hadis yang mengatakan Jika kamu bersedekah dan kamu tunjukkan maka ia menjadi contoh yang baik,dan jika kamu bersedekah secara sembunyi maka ia merupakan sedekah yang baik?
(jika ada teman yang merasakan hadis ini salah sila tampilkan pembetulan,saya memang bukan pakar hadis)


Selalunya kita hanya melihat di TV atau mendengar cerita dari org. Saya teringin nak tahu keadaan dan menghayatinya betul2. Pelbagai perkara saya belajar malam itu termasuk pengalaman baru yang benar2 menginsafkan. hasil dari program kami,2 pihak dapat dibantu. Satu pihak ialah keluarga teman seprjuangan kami iaitu keluarga Izma yang begitu baik menumpangkan kami sebelum pergi ke rumah Pak Cik Lahat(misi utama). Terima kasih tak terhingga di atas layanan yang baik dan begitu ikhlas. Kami benar2 terhutang budi.

Kami berkhidmat sampai malam,dan berbuka puasa dalam keadaan yang benar2 kekurangan, tetapi saat itulah yang paling saya rasa bahagia sekali. Serba kekurangan mengajar saya erti penghargaan. erti ketenangan. Saya sembunyi sepanjang rakaman TV3 krn rasa diri ini tidak cukup layak untuk tampil di depan kamera.
Pesan Imam Ghazali jika ingin hidup bahagia di akhirat jauhi dari terkenal,siang berbakti kpd org ramai dan malam merindui Tuhan. Saya mahu mengikuti pesan ini dan memambaiki kekurangan diri. Subhanallah..Subhanallah...

Jika nak tau sepanjang masa kami basah kerana hujan. Krew TV3 dtg lmbt maka sampai ke malam kami di situ. Masing2 gusar almaklumlah test Isnin,kalau ditunda sampai ahad,alamatnya x terjwb test. Tapi Alhamdulillah Allah memudahkan segala2nya.
Berkat bulan Mulia dan niat yang benar,kami menghayati pengisian program kami kali ini.

Tahniah buat SOPHYS atas program yang baik dan bermakna. Ohya,saya takkan lupakan bagaimana rasanya pondok kecil dan dipenuhi realiti itu. Hidup ini benar2 bergantung kpd pilihan kita.

Sekian teman saya akan menulis lagi. InsyaAllah kupasan realiti kehidupan dan sejarah Nabi akan cuba saya teliti utk renungan diri yang serba kekurangan ini...


"Sesungguhnya sedekah itu dapat meredakan kemarahan Tuhan dan menjaga seseorang dari kematian yang buruk"dari Anas R.A. (Sunan Tardmizi.)

1 comment:

Anonymous said...

kucheng itu chomel!!