Tuesday, October 7, 2008

untuk bertemu dan berpisah...


Saya amat suka pd pementasan,teater dan tarian tradisi. Cukup untuk katakan yang ia adalah sekadar minat warisan. Kemuncak kesukaan saya apabila PGL dan teater P. Ramlee mewarnai dunia teater. Selain pementasan-pementasan kecil seperti Aladdin,Malim Kundang dan sewaktu denganya saya mengagumi kecintaan warisan anak bangsa. Saya jatuh cinta untuk kesekian kalinya dengan dunia pementasan teater.

Acap kali saya memutar-mutar ingatan saya terhadap babak di mana P. Ramlee berpisah dgn kekasih pertamanya, Azizah. Dan babak itu menjadi kesukaan saya kerana adanya realiti yang tidak kurang hebatnya.

"Kenapa aku mesti pergi Azizah?"

"Kau mesti pergi Ramlee. Cita-citamu,Takdirmu di Singapura."

Senyap.

"Kita ditakdirkan untuk bertemu dan berpisah Ramlee"


Lalu Ramlee pergi mengejar cita-cita membawa cintanya kepada Azizah sebagai semangat. Saya jadi sgt rindu pada babak tersebut. Dan lagu Engkau Laksana Bulan menjadi bukti.

Entah kenapa saya suka pada realitinya dan kurang dgn bait2 lagunya. Ya,sekadar hiburan yang punya mesej. Namun saya jadi terkesan dan menghayatinya dgn lebih jauh.


Tetapi saya akui dengan sejujurnya, larangan dan suruhan Tuhan kabur di dalam dunia hiburan ini. Itu memang saya akui.


Dan saya diberi Tuhan untuk mengenali 'dunia' ini di mana gemerlapan cahaya kamera merosakkan peribadi dan cerita sensasi sebati dengan perjalanan karier. Teman2 di sekeliling mengatakan tuahnya saya berada di pentas of "attention".

Ingin saja saya jerit yang saya amat berlainan lansung!! Saya hanya di pinggiran dunia 'sensasi' ini dan saya mengambil iktibar kerana saya tahu bukan ini yang saya mahu. Di dunia ini kawan boleh jadi lawan dan sebaliknya.



Namun saya bersyukur kerana Allah mahu mengajar saya tentang karenah manusia. Allah mahu saya belajar dan menguji keimanan senipis kulit bawang. Saya jadi semakin tahu akan realiti sebenar kehidupan.

Saya cemburu pula pada golongan ilmuwan yang tersembunyi dan secara ikhlas menyebarkan ilmu. Saya jadi cemburu pula pada anak-anak yang dididik supaya besederhana dan dunia ini tidak bukan hanyalah mainan semata-mata. Tiada yang kekal. Ketahuilah teman,bahawa kata-kata orang alim itu lebih besar harganya dari dunia 'sensasi bukan-bukan ini'.

Kali ini saya menulis setelah penat cuba mengelak dari menerima hakikat yang saya sedang dan sudah pun berada dalam dunia yang 'berlainan'. Dunia naif saya ialah ketika kecil,belajar utk dptkan tiket ke universiti,kemudian di universiti belajar utk tiket pekerjaan dan akhirnya keluarga yang sederhana saja. Tetapi tidak terfikir akan ditempias oleh wadah2 yang luar jangkaan akhirnya menyebabkan saya menilai semula diri yang jauh dari kecintaan sebenar saya.



Benarkah? Saya ditakdirkan untuk bertemu dan berpisah dengan cinta saya? Cita-cita saya yang saya anggap cinta abadi dahulu ditelan realiti kehidupan. Atau ujian Allah kerana kita merancang Tuhan yang menentukan?



Saya amat memahami perasaan kehilangan sesuatu yang paling dicintai dan disayangi. Saya memahami kesedihan itu kerana saya kehilangan cita-cita saya yg merupakan cinta abadi saya. Tetapi saya juga tahu yang Allah merupakan pemilik segala cinta. Saya serahkan segala-galanya pada Allah.Saya berdoa semoga akan ada cinta cita-cita yang lebih baik dan diberkati diganti oleh Pemilik Segalanya.


Semoga saya semakin mendekati Pemilik Nyawa saya. Pemilik kpd segala cita-cita!

1 comment:

iahz said...

salam hanum..

u've been tagged..

when u tired,do visit my blog and answer it ya..

syukran