Saturday, September 13, 2008

Rabb,pinjamkan ketenangan...

Ramadhan yang berlalu.... Ada suka,ada duka, ada kebenaran dan ada pengajaran. Perlahan membisik pd diri yang ujian ini terlalu kecil jika dibanding dgn saudara di bumi Darul Syahid. Mengutip semula diri yg tinggal,menyatakan pada diri yg berhenti menipu lagi. Sudah lama dia kenal realiti dan fantasi.

Cuma kali ini, indah Ramadhan tercalar krn telah berlaku bnyk kekhilafan. Sejujurnya,ingin rebah memohon maaf krn lalai,terlupa siapa diri. Lupa yg cinta utama siapa,terlupa siapa yang harus diutamakan.

Jelas mama,anak perempuannya ini perlu jujur,krn kasih mesti didpati dgn cara yang jujur. Dia melupakan keadaan dirinya yg serba kekurangan. Melupakan kasih Ilahi dan kedua org tuanya yg pasti dgn mengingat pd janji yg belum tentu benar dan pasti.Mama tidak mahu dia terluka. Masih segar di ingatannya betapa lemahnya dia di hospital,ketika Mama memandikannya di kerusi roda krn dia tidak dpt bangun lantaran sakit. Melupakan Mama yg menemani dia sepanjang masa di Hospital dan sepanjang malam sujud menangis memohon pd Rabb agar disembuhkan.

Lantas dia melupakan kasih sayang Allah dan org tuanya krn perasaan mudanya. Maafkan anak ini Mama. Bukan krn Mama tidak suka cuma Mama tidak mahu dia terluka. Seperti lukanya dia ketika dikeluarkan dari asrama penuh kecintaanya,seperti lukanya dia tatkala cita-cita ke luar negara dilupakan kerana sakitnya. Ya,dia lupa pd luka-luka ini krn janji yg x pasti.


Dia lupa pada kasih sayang yg ada di hdpan mata. Dia lupa pd tanggungjawab dirinya. Sungguh kdg2 teringin merasa lembutnya kasih manusia,lantas dia menipu diri. Maafkan diri Tuhan.


Dia mahu melupakanya buat selama-lamanya. Seperti dia padamkan rasa cinta pada asrama yg mendidik ertinya iman dan indahnya Islam atas didikan arwah Cikgu Thani. Seperti dia cuba padamkan keinginan menjadi seorang mahasiswa lulusan luar negara. Seperti dia padamkan tawaran cinta dari pemuda kerana sedar kekurangan dirinya.

Dia biarkan ia pergi. Jika dgn jujur hatinya lebih tenang. Maka dia biarkan cinta itu pergi.

Rabb,pinjamkan dia ketenangan. JanjiMu yg pasti,semoga dia sentiasa istiqamah dlm meiniti Ramadhan Mu.

No comments: