Monday, September 1, 2008

Saudaraku,izinkan aku berkongsi rindu...


Saudaraku, Aku begitu lupa pada sebuah buku karangan penulis tempatan bernama Abu Hassan Morad. Beliau penulis novel Julia yg pernah menggegar tanah air kita. Tulisannya berdasarkan cinta Ilahi, Sayang jika tidak aku kongsikan dgnmu saudaraku.


Yang paling disukai ialah apabila terdapat petikan Sajak Al-Amin karangan penulis tersohor tanah air,A.Samad Said. Izinkan aku berkongsi dgnmu saudaraku,kerana ku juga kerinduan. Kerinduan yg tak terhingga pada kasih sayang kekasih Rabb,Rasulullah. Kerinduan pada Allah yang mana ku terlalu rendah darjatku sebagai hamba yang selalu berdosa. Izinkan aku berzikir dgn nama cinta pada karangan blogku kali ini,berkongsi kasih,berkongsi rindu.


Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri,
Dan langit masih penuh rahsia.

Hari panas ketika itu, Alam mempunyai ceritanya sendiri
Dan gurun masih penuh rahsia.


Nabi meminta benjana air dan diusap wajahnya,
Berkata tenang datangnya ajal dan rela.
Di pangkuan isteri kepalanya,
Berkata ia sukar diterka,


Dan tengah Rabiulawal tahun 11 Hijrah, Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.


Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri, Dan langit masih penuh rahsia.


Hari panas ketika itu,

Aduh Nabi sudah tiada.


Saudaraku,aku biarkan kalian menghayati bait-bait Puisi Sajak Al-Amin karangan A. Samad Said. Katakan padaku kalian,apakah kau tidak rindu?


P/S:Novel beliau berinspirasikan Tanah Suci Makkah dan Madinah kerana novel ini usai setelah usai juga Haji beliau.Tajuknya Cinta Madinah. Begitu sederhana,begitu indah. Jika dibaca karangan beliau kita kan menangis kerana cintanya wtak Syeikh Hasyim pada baginda Rasulullah. Tema cintanya juga menyeluruh,meliputi cinta tanah air,sgt sesuai dibaca ketika tanah air kita sedang bergolak.


Alhamdulillah…

Syukran kerana hari pertama bulan puasa dapat dilalui dgn sempurna. Rasa kasih dan syukur yg tidak terhingga. Betapa kegembiraan tidak bergantung kpd bnyknya lauk,mahalnya kuih atau rasa tamak yg keterlaluan. Hidangan rumahku sederhana teman. Tiada yg mahal2 malah cukup sekadar mengisi perut yg sememangnya memerlukan rehat setelah hampir setahun bekerja mencerna makanan.

Ramadhan…Ramadhan ialah bulan yang paling disukai kerana fadhilatnya begitu banyak tak terkira. Dari segi kesihatan,kekuatan ilmiah dan rohaniah,begitu mantap pengisiannya. Perlukah aku keluarkan hadis himpunan Bukhari dari Baginda Rasul tercinta? Kerana pastinya aku tak menang tangan menaip hadis2 indah ini untuk memenuhi kecintaan Ramadhan.

Ramadhan yang mulia,Ramadhan yang pengasih penuh keampunan.Tanda kasih sayang Tuhan kpd manusia. Hati sebak menyambut kedatangannya,seperti kekasih yang sudah lama menhilang lalu muncul,menyuburkan cinta yang lalu. Rindu… Sgt rindu. Jika boleh didakap, takkan dilepaskan dakapan itu.Saat kalimah2 Allah dilaung penuh ketenangan,nikmat apa lagi yang lebih hebat dari ini? Cinta Ramadhan,cinta bepanjangan.

No comments: