Sy bersyukur. Berjumpa dgn seorang wanita tabah yang memilih Islam sbg kepercayaanya dalam dunia serba mencabar ini. Bukan mudah. Dalam dunia high fashion terutama di negara minoriti Islam bukan mudah menginterpretasikan pemakaian muslimah.
Hijab,menjadi isu besar di negara barat. Bayangkan ini: Di Perancis wanita dibenarkan mendedahkan payudara tetapi purdah diharamkan. Pelik? Ya. Tapi benar.
Saya menyatakan rasa gembira dan bersyukur amat sangat kepada beliau. Jenama internasional yg menekankan pemakaian hijab berfesyen masih muda,tetapi punya potensi besar. Bermula dengan penyanyi Yunalis Zarai yg memperagakan hijab pelbagai gaya di Malaysia,fesyen berjilbab terus menempa nama.
Persoalan ini pula timbul: Sejauh mana fesyen pakaian muslimah ini mematuhi syara' (atau dalam bahasa mudah,syarat-syarat agama Islam?
MELIHAT SUDUT UNTUK PERKEMBANGAN LEBIH POSITIF
Ya, saya faham. Lilitan hijab di kepala sudah pelbagai gaya sehingga sesiapa pun boleh menonton tutorial shawl di You Tube. Pin atas,bawah,tengah,tepi,senget dan macam-macam lagi. Ia satu perkembangan yg menarik tetapi diselit komen-komen yang kadangkala membunuh kreativiti dan ruang perkembangan positif.
Ini pendapat peribadi ya: Saya bersyukur kerana adanya perkongsian memakai tudung pelbagai gaya yang sopan,menarik dan mematuhi syara'.
Tunggu: Ada yg tidak menutup dada? Kenapa pula ada yg menampakkan rambut? Ada yg nampak leher??
Lihat,ini ruang yang boleh dibaiki. Ambil pendekatan yg membaik pulih bukankah lebih banyak fesyen tudung yg mematuhi syara' akan muncul lagi? Silakan komen membina bukan komen menghina!
UKHWAH YG DIBINA
Berjumpa dengan pemilik Shop SPUTNIKSWEETHEART juga merupakan agenda utama saya keyika menghadiri bloggers fashion sale.
Kak Ami Schaheera,merupakan inspirasi alam maya dari aspek kehidupan dan berfesyen. Sy menghormati beliau yang memiliki kekuatan seteguh konkrit. Diuji dengan penyakit kanser tidak mematahkan beliau untuk terus berjuang untuk hidup. Malah inspirasi fesyen bertudung beliau melalui Sputniksweetheart boleh dibanggakan. Jujur,sy harap dapat mengenali lebih dekat lagi dan sentiasa mendoakan yg terbaik untuk beliau.
Turut berjumpa dengan 2 lagi fashion bloggers yg saya kagumi, Ms Adriani Adnan dan Ms Shea Rasol dari Pastelina. Jenama ini menempa nama apabila maxi skirt mereka mendapat perhatian dalam rancangan Wanita Hari Ini. Tahniah! Masih muda,berbakat dan punya potensi untuk menghidupkan fesyen Muslimah di Malaysia.
Mana tahu, kita mampu mengikut jejak Dian Pelangi dari Indonesia yg mendapat liputan BBC.
p/s: Oh ya,malu pula mahu nyatakan ini: Saya adalah seorang yg sederhana dalam fesyen,malah lebih gemar santai saja. Berminat terhadap perkembangan fesyen muslimah kerana bidang ini mampu memberi input positif mengenai Islam dan wanita di seluruh dunia. Juga sudah tidak mahu membayar mahal utk memiliki baju yg sentiasa tak cukup kain serta sendat melampau!
No comments:
Post a Comment