Thursday, June 30, 2011

Konsisten mengejar cinta.

TERIMA KASIH

Sy menerima emel drpd pembaca blog di email yahoo. Sy menghargainya. Sangat menghargainya. Terima kasih kepada seorang senior UITM dan kenalan librarian dari UIAM. Email kalian ada sy baca dan saya masih kesuntukan masa untuk menjawabnya. Sy mahu menjawab dgn hati yg penuh perhatian seperti kalian juga menulis emel itu dgn penuh prihatin. Seboleh-bolehnya sy mahu begitu.

Sepanjang minggu ini saya menyelesaikan kerja berkaitan research dan hal keluarga. Ditambah flu yg tiba-tiba menyerang menyebabkan sy batalkan beberapa aktiviti luar. Cadangnya mahu singgah lama di Pesta Buku SACC tetapi sy hanya sempat singgah dalam beberapa jam saja. Tak sempat nak tinjau buku baru yg dilancarkan. Tak apalah,sy sempat tengok buku yang saya kehendaki dan berkira-kira mahu membelinya Ahad ini. Ya,hadiah buat diri sendiri ketika ulangtahun nanti.=)

Buku kewangan,buku motivasi,informasi terkini tentang badan NGO dan tentunya potongan harga buku yg dinanti. Minggu ini biarlah kesihatan saya pulih betul-betul dahulu. Ahad ini sy mahu meraikan diri. 9 tahun hidup dgn SLE,24 tahun baru mengabdi diri pd Pencipta dan baru kini bergelar graduan ijazah. Perjalanan masih panjang. Sy mahu konsisten mengejar cita-cita. Juga,konsisten mengejar cinta. Salam berehat buat semua.=)

p/s: Mahu tonton TV9,6.30 ptg utk melihat vlogger matluthfi. Video beliau memang bestlah! hehe...


No comments: