Thursday, May 26, 2011

Andreanism-EDENSOR

BERMIMPILAH!


Aku ingin hidup! Aku ingin merasa sari pati hidup!

Sy memeluk karya Edensor,buku pertama Andrea Hirata yg dibeli. Sebelum ini terlalu sibuk mengejar pencarian kerja sementara. Dan esok bakal melawat kampung sebelum ditelan kesibukan yg benar-benar sibuk.

Andrea Hirata mengajar sy bermimpi semula. Kerana sy ini pernah dikecewa oleh sebuah cinta terhadap cita-cita, sy takut mengharap lagi. Barangkali sy tidak mahu mengalami nasib yg serupa. Atau sebenarnya sy belum bersedia utk bermimpi lagi.

Aneh,sy sebak membaca novel Edensor. Ini kerana kesungguhan penulis ini mengejar impiannya. Menolak seribu mahupun sejuta alasan mengejar mimpi-mimpinya.

Dari daerah kecil Belitong entah dari mana ke benua Eropah,mengejar sebuah cita-cita.


MIMPI-MIMPI SAYA

Sy sudah pun di satu garisan penamat ciptaan dunia sy sendiri. Baru habis perjuangan mendapat degree. Sungguh,sewaktu mencari kerja sementara di sekeliling bandar,sy seperti tiada arah tuju lagi. Hambar hidup ini. Tanpa mimpi-mimpi.

Terdengar-dengar dialog Rapunzel dari filem Tangled karya Disney
Rapunzel: I've been looking out of a window for eighteen years, dreaming about what I might feel like when those lights rise in the sky. What if it's not everything I dreamed it would be?
Flynn Rider: It will be.
Rapunzel: And what if it is? What do I do then?
Flynn Rider
: Well,that's the good part I guess. You get to go find a new dream.

Mungkin benar. Sudah tiba masanya. Sy bermimpi lagi.

Bermimpilah,kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi kita -Edensor, Andrea Hirata.

1 comment:

anumz sarah said...

Salam sis,

Thank you. ^^ I love your blog too. =)