Monday, May 9, 2011

the final: It's achieavable.

ANTARA CINTA-CINTA
Setahu sy tiada perkara yg lebih menyenangkan apabila sesebuah urusan diselesaikan dgn baik dan bersungguh-sungguh. Perasaan ini sungguh menyenangkan.

Walau dalam misi menyelesaikan sesuatu,segala ranjau berduri,panas terik matahari,diuji sakit tidak terubat dan keadaan menguji kesabaran sebuah iman yg masih dikira bertatih-tatih. Saya,mencintai semua ini.

Dugaan mencari ilmu,merupakan satu jalan pendakian jatuh,bangun,daki,terjatuh lagi dan kini masih mendaki. Cuma puncak yg baru pula. Setiap halangan menuju ke puncak. Sy terima,walau tidak terkira air mata yg menangisi episod perjuangan ilmu ini. Entah berapa kali sy jatuh tersungkur dan bangun lagi.

Yang pasti,hanya Allah menjadi teman menangis,mengadu,sujud,syukur,kasih dan segala yg sy perlukan. Hanya Dia. Dan antara cinta-cinta yg pernah sy alami,hanya Dia yg sentiasa kekal dan menemani. Agungnya kasih Allah! Subhanallah!

Sayalah yg lalai mengingat Dia. Saya juga hambaNya yg menangis kemudian ketawa tanpa malu. Saya,sebetulnya hanyalah Hamba. Betapa kerdilnya kita jika dibanding rahmat Tuhan Yang Maha Besar.

BUKAN AKHIR
Akhirnya,saya dapat menyelesaikan paper terakhir pengajian saya. Sukar digambarkan perasaan ini. Ada sebak di situ. Ada lega di situ. Juga rindu.

Ini bukan tanda akhirnya sebuah perjalanan. Ia cuma petanda akan bermulanya sebuah perjalanan baru yg lebih mencabar dan penuh pengajaran.Sy mahu terus belajar,dan belajar dan belajar hingga ke liang lahad. Kerana adanya kasih sayang Allah pd manusia yg kasihkan ilmu. Kerana itu sy mahu terus belajar. Sungguh berharap agar sy dapat merasa kasihNya dalm perjuangan ilmu. Semoga sy terus yakin dan berusaha.

"Life is no straight and easy corridor along which we travel free and unhampered, but a maze of passages, through which we must seek our way, lost and confused, now and again checked in a blind alley. But always, if we have faith, a door will open for us, not perhaps one that we ourselves would ever have thought of, but one that will ultimately prove good for us."
- A.J. Cronin -

p/s: Sy mendoakan kejayaan untuk semua rakan2 seperjuangan. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Ameen.^^

No comments: