FINISHING FINAL
Masa:4.50 petang.
Tempat:Dewan peperiksaan tingkat 1,Fakulti Farmasi UITM Puncak Alam.
Agenda: Menjawab kertas final PHR 500,Drug Delivery System II
'cepat la 5.15 petang...cepatla....'
*Sebenarnya mata dah mengantuk habis. Kertas soalan dh abes jawab,tapi macam biasa manalah tahu tepat atau tak kan? Yang penting mencuba sehabis baik menjawab dengan soalan yang memang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif.
'Uuu.... kenapakah lambat saja masa berlalu....
Masa: 5.15 petang.
'Oh segarnya mata... Yippiiieeee!!! Freedom!! Yeeaaaahuuuuuu!!!'
Kawan-kawan... cuti kita semester ini hanya seminggu. Kerana ada praktikal retail pharmacy selama sebulan. Dr Teh sudah beritahu kena ada buku log dgn 1 kes satu hari.
5 hari kerja x 4 minggu = 20 hari
20 hari=20 kes.
'Hanya ada 3 semester utk grad? Wah...mesti mahu berusaha bersungguh-sungguh ni. Usaha!! Aja2!!'
*Mata segar sbb dh boleh kemas brg di asrama utk balik rumah. Hehe...^^
p/s:Kamu tahu saya rindu nak rehat betul-betul dan tidur dgn nyenyak di bilik saya sendiri? Tapi setiap kali balik ada agenda keluarga yg menyebabkan sy penat sangat... Uu... sy mahu menghargai cuti ini. Terasa gembira betul krn dapat cuti setelah berhempas pulas study. Ya, saya mahu cuti sekarang. ^^
8 comments:
bercuti la cik anum. Happy Holiday!
selamat bercuti
wah seronoknya dah habis.
ada lagi 1 paper, tu pun seminggu lagi.huhu
Salam Sarah...lega ye dah habis exam..selamat bercuti..jaga diri baik2
Salam anjut,
Time kasey! *sila bace dgn nada Alleycats ye...hehe...
Salam akh fareast,
Domo arigato fais san. ^^
Salam biskott,
Terima kasih.Goodluck untuk last paper. Bestnye...dh thn 4...^^
Salam kak tirana,
Terima kasih kak. Anum cuma berdoa harap lulus cemerlang semua paper... usaha sudah. tawakal je skrg ni kak...terima kasih kak sudi singgah blog sederhana anum ni... ^^
Post a Comment