Sunday, November 29, 2009

Finishing November

GET ME A TRUE MALAYSIAN PLEASE!

Alhamdulillah,November is almost at it's end.And I should be typing in my umphteen case study in retail pharmacy training but 'only work and no play make Jack a dull boy'.

Uploading Yuna's newest hits after having brekkie downstairs with Mum and Grandma while watching 'Keluarga 69' the P. Ramlee movie. Thinking when will I have the time to check out the novel by Abu Hassan Morad entitled 'Suu Phea' during MPH latest sale.

Wondering why the English entry suddenly?



Menguasai bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan memandangkan ia merupakan lingua franca. Menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula melambangkan kesedaran pentingnya bahasa ibunda,mempertahankan identiti bangsa,pada masa yang sama mahu turut dalam kemajuan ilmu sains dan teknologi.

Menguasai Bahasa Arab pula ialah untuk memenuhi tuntutan agama malah merupakan bahasa dunia akhirat.Bagi org Islam,agama itu yg utama,bukan bangsanya.

Namun saya masih tidak gemar pada kenyataan Malaysia tiada penulis berbakat,atau pun karya yang boleh dibanggakan. Kenyataan ini datang daripada orang Malaysia yang tidak kenal pd negara dan budaya sendiri. Memalukan betul.

Mungkin mereka ini sangat bangga dengan penulis 'luar' lantas terlalu mengagungkan mereka walhal 'penulis kebanggaan' mereka ini tidak memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemerdekaan negara kita pun.

TAKSUB PADA YANG MENJAJAH

Antara karya kegemaran terdiri dari penulis seperti Jane Austin,Louisa M. Alcott,Sir Thomas Moore,Stephen King dan Amy Tan. Karya Andrea Hirata,Laskar Pelangi yg mengujakan selepas Kang Abib yang mengambil persis penulisan Hamka. Juga pada Khaled Hosseini dan Dr. Aidh yang mencetus motivasi.


Minat pada penulis Al-Amin,A.Samad Said,novelis cinta Islami,Abu Hassan Morad serta kekuatan sejarah dalam penulisan Faisal Tehrani.Karya tokoh perjuangan Islam oleh Abdul Latip juga boleh dibanggakan. Pernah membaca Siru Kambam karya Uthaya Sankar? Buku itu pernah menjadi santapan di sekolah menengah Sains Hulu Selangor dulu. Atau pemenang anugerah S.E.A Prof. Dr Lim Swee Tin?

Mungkin anda patut selak Anak Bumi Tercinta,sebuah buku sastera wajib tingkatan 3. Oh,baru tahu?

Belum dikira susunan hadis sahih oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim atau Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali.

Masih banyak lagi penulis-penulis Islam dan Malaysia yang boleh dibanggakan. Namun yang saya geram kenyataan 'Malaysia tiada penulis berbakat' dikeluarkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang tidak membaca karya Malaysian atau lansung tak membaca!

Hampeh betul.Tiada penulis berbakat atau tidak membaca? Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak tu yang lebih!

AKHIR NOVEMBER

Masih sibuk dengan rutin di farmasi seksyen 7. Terima kasih diucapkan pd Puan Faten yg sudi menerima dan mengajar kami.


Disember yang semakin dekat. Cepat sungguh masa berlalu.... Dan sy masih dihantui rindu membara pada kedai buku!

p/s: 1 Malaysia.

2 comments:

aZilsah said...

salam. lama xsinggah. yep, setuju sngt. banyak je karya m'sians yg bagus2. tapi org msia jgk ygkurang mghargai ilmu, especially sastera. nk jumpa org membaca pun susah. mcmmana nk dedah kan karya2 msians.
hmm. berat kan psoalan ni.

anumz sarah said...

Salam has,

Anum sedih dgt bila ada org2 mcm ni. secara tidak lansung membawa imej yg kurang baik pd negara kita. Malah rasa malu pun ada. Bukan menolak globalisai atau ilmu teknologi maju tetapi kalau sampai dh hilang identiti lebih barat dari barat maka perlu diingatkan.

p/s: org yeng mengikut lebih daripada yg diikuti....